Langkau ke kandungan utama

UJIAN JAWATAN.




Maksud firman Allah:
"Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".
( Al Anbiya 21:105 ).


Maksud firman Allah:
"Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".
( Al A'raf, 7:128 ).


Bumi ini hak Allah maka bebas dan mudah saja bagi Allah untuk mengalihkan dari tangan ke tangan siapa saja yang dikehendaki-Nya. Maka kalau pun salafussoleh tidak memintanya tapi Allah mentakdirkan juga kuasa dunia itu jatuh ke tangan mereka. Lalu mengalirlah kekayaan ke dalam tangan mereka, pangkat dan jawatan ke bahu mereka.


Segala isi dunia ini jadi milik mereka. Semua di bawah pengawasan dan pentadbiran mereka. Mereka
pun tidak menolaknya. Tapi bagaimana mereka mengendalikan? Sayidina Abu Bakar As-Siddiq, ketika jawatan khalifah diberikan kepadanya ( walaupun beliau tidak berhajat padanya), telah tampil ke muka umum dan dengan penuh rasa takut kepada Allah, berucap begini:


"Sesungguhnya aku diamanahkan untuk mengendalikan urusan kamu tapi bukanlah aku ini orang yang paling baik dikalangan kamu. Maka bantulah aku  kalau aku benar, tapi kalau aku menyeleweng maka betulkan lah aku."
Sayidina Abu Bakar As-Siddiq, masalah orang sudah tenggelam dalam rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan.


Tidak ada lagi kepentingan 
yang lain bagi orang yang seperti ini melainkan Allah semata-mata. Inilah golongan As Siddiqin ( yang benar ).


Marilah kita sama-sama memupuk dan menajamkan rasa kehambaan dan rasa ke khalifahan. Kerana rasa-rasa inilah yang menjadikan kekuatan bagi kita untuk melaksanakan peranan hamba Allah dan khalifah.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...