Langkau ke kandungan utama

ABUYA SEPERTI TUG BOAT.


( Tug boat :bot penunda ).

Peranan Abuya seperti tug boat (bot penunda) yang membawa kapal besar keluar dari dermaga. Abuya sebagai pejuang ahli sunnah Waljamaah sudah lama beritahu kita,  Abuya mulakan secara kecil-kecilan sahaja atau cetuskan model. Dengan adanya model memudah
kan orang untuk
mempelajarinya.



Berbuat dan bertindak dalam saiz yang besar adalah kepimpinan diperingkat sejagat iaitu Imam Mahdi.
Pemuda bani Tamim sediakan tapak sahaja, yang hendak bina saiz besar atau empayar itu adalah Imam Mahdi, kepimpinan diperingkat sejagat.



Kita bersyukur kepada Allah yang telah beri peluang sebelum ini bersama Abuya
yang mainkan peranan sebagai Tug boat. Melalui model yang Abuya cetuskan
atau peranan Abuya sangat membantu kita untuk buat persiapan perjuangan yang
akan datang. Dimana cabarannya lebih besar lagi sesuailah waktu itu apalah diperingkat ummah.



Sebab itu malang sekali kalau di era ini kita bergaduh berebut tapak. Sedangkan di atas tapak itu Imam Mahdi sedang membangun diatas  tapak ini istana yang gagah. Sesuai diperingkat sejagat.



Kesan perpecahan dikalangan umat Islam hingga ke saat ini, telah lahir dan berkembang di tengah-tengah masyarakat Islam berbagai-bagai aliran
aqidah dan pegangan. Sehingga kalau dihitung aliran-aliran aqidah itu, akan terjumlah ia kepada 73 pecahan yang kesemuanya
terkeluar daripada aqidah yang sebenar, kecuali satu
Ahli sunnah Waljamaah.



Dunia tidak selamanya kegelapan. Berkat kini peralihan kepada era Imam mahdi, dunia telah cerah dan meriah kembali dengan suasana Islam. Sedikit masa lagi model Islam is the way of live akan berkembang
luas ke peringkat sejagat.
Begitu juga satu perubahan luar biasa yang berlaku
di Indonesia dalam berjuang membela Islam, Al-Quran. Para pejuang ahli sunnah sudah diterima oleh semua golongan bahkan wahabi juga turut berganding bahu sama dan boleh bersatu.



Contoh Muhammadiah boleh mengisi ceramah di tempatnya Nahdatul ulama dan  begitupun sebaliknya.
Umat Islam di Indonesia sudah  banyak insaf dan sedar dengan tidak pentingnya mempertikaikan khilafiah sudah saat dan ketikanya  bersatu demi agama Islam ditegakkan dan dimuliakan.



Selari dengan kenyataan tokoh-tokoh dari Timur Tengah menyatakan
selama ini kita silap musuh kita bukan sunni tetapi yang sebenarnya adalah Syiah.
Sama dengan pendirian Abuya yang dinyatakan melalui bukunya " Bahaya Syiah". Ketika buku tersebut baru keluar umat Islam di Malaysia dan Indonesia tidak boleh terima. Tetapi era
 sekarang mereka yang menolak pandangan tersebut
sudah melihat kebenarannya
dan akhirnya menerima pandangan yang telah Abuya lontarkan dalam buku tersebut.



Peranan ulama-ulama yang bersatu menjadi contoh umat yang akhirnya ikut bersatu dan berukhuwah.termasuk hasil besar nya gubernur Jakarta dipimpin pemimpin muslim cucu pejuang muslim berketurunan arab. Banyak
mini market  muslim kini bagaikan cendawan tumbuh. Telah berdiri juga berbagai kegiatan budaya dan ekonomi Islam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N