Langkau ke kandungan utama

KELILING DUNIA BERSAMA ABUYA.




( Jabal Magnet di Arab Saudi ).

( Benua-benua di dunia ).


Perjalanan Jordan ke Iraq dan Turki, kemudian kembali ke Jordan dan terus ke Arab Saudi.Tanpa kesungguhan, kesabaran, sikap toleransi dan semangat kerjasama, perjalanan sejauh itu mungkin sekadar ide Apatah lagi kalau perjalanan tersebut melibatkan urusan yang lebih besar iaitu menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah.


Perjalanan dari Iraq,Turki ke Jordan terus di ikuti  perjalanan Jordan ke Arab Saudi. Iaitu pada tahun yang sama 1990. Mod perjalanan darat sangat berkait rapat dengan kesihatan badan. Bermusafir lebih-lebih lagi banyak menggunakan fizikal sangat bergantung dengan kesihatan fizikal.


Kembara Ke Bumi Suci 1990 itu adalah kesan semangat suntikan oleh Abuya Ashaari Muhammad ketika penulis bermusafir bersamanya pada tahun 1986 mengelilingi hampir seluruh dunia. Iaitu ke Benua Asia, ke Benua Amerika ( Utara+ Selatan), ke Benua Eropah, ke Benua Afrika dan ke Benua Oceania.


Namun begitu, sesetengah orang mengatakan terdapat cuma 5 benua. Mereka menggabungkan Amerika Utara dan Amerika Selatan sebagai satu benua, manakala Antartika pula tidak dikira sebagai benua kerana tidak didiami secara kekal.


Dari Ketujuh Benua tersebut, Benua terbesar di Dunia ini adalah Benua Asia yang memiliki luas daratan sekitar  29.5% dari Total luas daratan di Bumi ini. Sedangkan Benua yang terkecil adalah Benua Australia yang hanya memiliki luas daratan sekitar sekitar 5.9% dari total luas daratan Bumi ini. Perjuangan Abuya bertapak di Benua paling besar iaitu di Asia hinggalah benua paling kecil iaitu Australia. 


Tujuan bermusafir adalah untuk menyaksikan kebesaran Tuhan. Melihatkan keluasan muka bumi berdasarkan Benua-benua yang wujud sangat menimbulkan perasaan betapa kerdilnya diri kita sewaktu mengharungi bumi Tuhan ini.


..Takutkan Tuhan atau cinta pada-Nya boleh melembutkan hati. Lembutnya hati, mazmumah boleh mati. Tidak takutkan Tuhan atau tidak cinta kepada-Nya, hati buta atau mati. Bila hati buta atau mati, nafsulah yang akan menjadi raja di dalam diri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...