Langkau ke kandungan utama

TUHAN SUMPAH MANUSIA JADI BABI.



TUHAN SUMPAH JADI BABI.


Bukankah Allah berfirman di dalam Al Quran mengenai manusia yg disumpah menjadi babi dan kera kerana kederhakaannya kepada Allah. Cerita yg dikira pelik ghoib ini mungkin berkaitan hanya Allah Al Alimul Ghoibi sahaja yg Maha Tahu dan mendalam pengetahuannya. Kisah ini kisah lama yg sering diceritakan sebagai teladan dan kita kutip lalu kongsikan bersama.
Nabi Musa memang terkenal gigih bertahun tahun berjalan dengan kembara ilmu nyata dan ghaib yg diberi Allah dalam kenabiannya hinggalah kemuncak dia menerima Taurat dan kembali kepada kaumnya sehingga fizikalnya dikatakan tidak lagi dikenal oleh pengikut pengikutnya berubah kerana berkat wahyu itu atau kelebihan yg diberi Allah lantaran Allah jua –
Bukankah Allah berfirman di dalam Al Quran mengenai manusia yg disumpah menjadi babi dan kera kerana kederhakaannya kepada Allah. Cerita yg dikira pelik ghoib ini mungkin berkaitan hanya Allah Al Alimul Ghoibi sahaja yg Maha Tahu dan mendalam pengetahuannya. Kisah ini kisah lama yg sering diceritakan sebagai teladan dan kita kutip lalu kongsikan bersama.
Nabi Musa memang terkenal gigih bertahun tahun berjalan dengan kembara ilmu nyata dan ghaib yg diberi Allah dalam kenabiannya hinggalah kemuncak dia menerima Taurat dan kembali kepada kaumnya sehingga fizikalnya dikatakan tidak lagi dikenal oleh pengikut pengikutnya berubah kerana berkat wahyu itu atau kelebihan yg diberi Allah lantaran Allah jua –
Tersebutlah al-kisah, Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setip kali baginda hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah SWT.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah,
 “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?” 
Allah pun mejawab dengan menyatakan nama orang itu, kampung dan tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju tempat yang diberitahu oleh Allah SWT
Akhirnya, Nabi Musa berjumpa dengan orang yang maksudkan, lalu Nabi Musa memberi salam, lalu dijemput masuk ke dalam rumah orang lelaki itu. Nabi Musa dipersilakan duduk, namun lelaki itu meminta izin untuk menyiapkan tugasnya terlebih dahulu. Maka  tunggulah Nabi Musa sementara orang tu siapkan kerja sambil Nabi Musa tertanya-tanya kenapa lelaki itu boleh menjadi jirannya di Syurga kelak.
Tidak lama kemudian, dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.Babi itu dibersihkan dan di mandikan dengan baik. kemudian babi itu, dilap sampai kering serta dipeluk cium dan dihantar semula ke bilik. Tidak lama selepas itu, dia keluar sekali lagi dengan membawa seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta dicium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
mahu kah kita menjaga ibu ayah sekiranya menyerupai khinzir?
Selesai sahaja kerjanya, barulah dia melayan Nabi Musa.
“Wahai saudara! Apa agama kamu?” 
“Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
 “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.
 “Sebenarnya kedua-dua babi itu ialah ibu bapa kandungku. Oleh sebab mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku,”
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah, agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah belum memakbulkannya lagi,”tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 
“Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami.”
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
 “Oleh sebab dia telah berada di maqam anak soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga.”
Itulah berkat doa anak yang soleh.Sejahat mana pun ibu atau bapa,kita sebagai anak berbuat baiklah pada kedua orang tua kita.Mohon lah supaya mereka berubah.Tidak cukup sekadar berdoa sahaja, bahkan berbaktilah kepada ibu bapa dengan penuh keikhlasan.  Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk kedalam neraka hingga dapat berpindah ke syurga. Subhanallah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N