Langkau ke kandungan utama

BENUA ASIA MENJADI PUSAT KEBANGKITAN ISLAM.




BENUA ASIA MENJADI FOKAS KEBANGKITAN.


Benua Asia menjadi fokus dunia. Di dalam benua ini terdapat tapak kebangkitan Islam di Timur. Di era kebangkitan Islam ini ada
janji Tuhan. Timur menjadi tapak kebangkitan. Benua Asia menjadi fokas kerana didalamnya terdapat negara Malaysia, ia terpilih sebagai tapak kebangkitan Islam di Timur. Bangsa Timur setelah memperjuangkan Tuhan dan berjaya membawa manusia kepada Tuhan, dunia akan diserahkan kepada mereka.
Negara Malaysia – Malaysia adalah sebuah negara beraja menerajui negeri-negeri yang  yang terletak di Asia Tenggara. Kepala Negara Malaysia adalah Yang di-Pertuan Agong yang digilirkan setiap lima tahun diantara sembilan Sultan Negeri Melayu. Di era kebangkitan Islam kali kedua raja-raja ada peranan.Benua Asia merupakan Benua terbesar di Dunia 
baik diukur dari segi luas 
wilayah maupun jumlah
penduduknya.Benua Asia merupakan benua terbesar di dunia. Wilayahnya mencakup 8,6% permukaan Bumi dan terdiri lebih dari 50 negara.30% daratan yang terdapat di permukaan bumi ini merupakan wilayah benua Asia. Jika dihitung dari jumlah keseluruhan permukaan bumi yang termasuk daratan dan lautan, maka Luas wilayah benua Asia ini menutupi sekitar 8,7%  dari keseluruhan permukaan bumi. Di segi jumlah penduduk, 60% penduduk di dunia ini mendiami Benua Asia.
Negara-negara yang memiliki jumlah penduduk terbanyak di dunia seperti China, India, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Rusia dan Jepun merupakan Negara-negara Asia. Luas Wilayah Benua Asia : 44,579,000 km2
Jumlah Penduduk Benua Asia : 4,164,252,000 Jiwa
Jumlah Negara di Benua Asia : 48 Negara berdaulat yang diakui PBB. Titik Tertinggi Benua Asia : Puncak Himalaya (8.848m)
Danau Terbesar di Benua Asia : Laut Kaspia (371.000km2). Sungai terpanjang di Benua Asia : Sungai Yangtze, China  (6.380 km).Bahasa-bahasa di Benua Asia : Arab, China, India, Indonesia, Melayu, Jepun, Korea, Rusia,Thailand, Turki, Vietnam dan lain-lainnya.

Perkembangan PRU14 ada kaitan dengan kebangkitan Islam semula. Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia. Lanjutan peristiwa tersebut, apa yang Tuhan lakukan dapat kita
fahami melalui jadual Allah.
Keyakinan tentang kebangkitan dari timur telah Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi kongsikan dengan kita hampir 40 tahun yang lalu.


Perkara tersebut sengaja disebutkan , sebelum ianya benar-benar terjadi, untuk menarik perhatian umat Islam supaya sudi berfikir tentang peristiwa yang sangat besar ini. Kalau tidak jadi, kita tidak rugi. Tetapi kalau jadi, kita untung. Kerana kita sudah bersedia. Seperti kondomonium yang runtuh itu, bukankah elok kalau sebelum ia berlaku, ada seorang memberitahu perihal ia akan runtuh. Kerana bila ia betul-betul runtuh, kita tidak terkejut dan kita sudah ada persiapan.
Umat Islam dari timur
akan menjadi empayar
dan mengulangi kejayaan umat Islam di era kebangkitan pertama.
Menebus kembali maruah umat Islam dan kuasa Arab yang lemah, kuasa Islam kuat semula.Umat Islam melalui Islam di segani oleh dunia, Islam mulia semula
Barat terpaksa menyerahkan apa yang dia kuasi dan ambil dari umat Islam akan diserahkan kepada Timur.

Di Malaysia Tuhan telah siapkan tokoh dalam  membangunkan dunia atau tamadun kebendaan ini, dan Tuhan siapkan juga tokoh 
yang mencetuskan model membangunkan tamadun insaniah atau rohani dan model membangunkan material yang ada roh Islam. Model pembangunan lahir yang membawa kepada  Tuhan.Manusia yang berperanan sebagai khalifah Tuhan dan manusia yang berfungsi sebagai hamba Tuhan. Manusia seperti ini sahaja yang mampu mentadbir pembangunan tamadun kebendaan ini dengan selamat.


Abuya telah mencetuskan model daulah Islamiah. Walaupun model tersebut telah diharamkan melalui ISA. Iaitu ketika perjuangan Abuya diharamkan di zaman kerajaan yang lalu. Telah mengenakan hukuman ISA ke atas  Abuya Ashaari Muhammad dan keluarganya. Keluarganya yang turut dikenakan ISA ialah isteri-isterinya, adiknya, dua orang anak lelakinya  yang terlibat dalam sama-sama membahu perjuangannya. Sebelum Akta ISA di mansuhkan.

Sinario politik di Malaysia semakin membenarkan kebangkitan Islam yang bertapak di timur ini. Alangkah indah hidup ini.
Bila Islam bersinar kembali.
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari. Kebenaran mewarnai bumi. Kalam Allah memimpin manusia.Sunnah Rasul memandu langkahnya. Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya.Kebatilan tiada tempatnya.

Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia dalam kegelapan
Merindukan cahaya pembela
Pasti datang saat itu.
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia. Syurga Tuhan kekal selamanya.
Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam menjadi idaman dan ia pasti akan berlaku kerana ia adalah janji Tuhan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N