Langkau ke kandungan utama

IRAQ PENCETUS PERANG TELOK.




IRAQ DISTINASI AKHIR.

Destinasi akhir lawatan kami di Iraq ialah bandar Basra. Zaman kegemilangan Basra adalah zaman pemerintahBasrah
an Kerajaan Bani Abbasiyah dimana Basra menjadi tempat persinggahan laluan laut ke negeri China. Basra atau 
 (البصرة al-Baá¹£ra) adalah kota terbesar kedua di Iraq, terletak sekitar 545 km dari Baghdad. 



Penduduknya berjumlah 2.016.217 jiwa (per 1 Januari 2005). Basra memiliki pelabuhan utama di Iraq 
serta merupakan ibukota Basra. Terletak di sepanjang sungai Shatt al-Arab dekat Teluk Persia, Basra memiliki industri pengilangan 
minyak dan pertanian.



Negeri-negeri yang terdapat di Iraq sekarang, negeri Mosul, Dewaniah, Najaf, Umm Qasr, Zakho, As Sulaimaniah, Al Kut, Basra, Samawah, Kirkuk, Arbil, Dahuk, Baghdad. Kota Basra telah dibuka zaman Khalifah Umar Al Khattab. Khalifah telah mengirim Utbab bin Ghazwan membuka kota Basra.



Negeri-negeri di sebelah utara Iraq berada diantara dua sungai. Iaitu sungai Dajlah dan sungai Furat. Dari bandar Tishfun hinggalah ke bandar Mosul, adalah kawasan yang kaya dengan air sungai dan bandar-bandar tua. Bandar-bandar ini dulu nya termasuk di dalam negeri Parsi. Orang-orang Arab menggelar tempat tersebut  Madain.



Madain pernah menjadi ibu negeri Parsi suatu ketika dulu. Penduduk asal Iraq terdiri daripada bangsa Babylon, Asyria dan Kaldan.
Mejoriti mereka bekerja sebagai petani. Negeri Ninawa terletak disebelah utara Iraq. Ia negeri terbesar di Utara Iraq. Menurut 
sejarah disini terdapat ibu negeri Asyuria dan bandar-bandar penting mereka. 



Ninawa memainkan peranan penting pada zaman Abbasiyah dan Umawi.Iraq adalah salah sebuah negara yang kaya dengan sejarah Islam. Ketika di Timur Tengah kami dapat rasai, sekaligus menghayati sebahagian kisah-kisah dalam Al Quran secara praktikal dan langsung ketempat-tempat kejadian. 



Mosul merupakan ibu kota Pentadbiran Ninawa. Bandar ini bermuara di Sungai Tigris. Terletak 396 km dari utara 
Baghdad. Pada tahun 2002 bandar ini memiliki jumlah penduduk sebanyak 1,739,800 orang dan merupakan bandar ketiga terbesar diIraq setelah Baghdad dan Basra.
SEJARAH IRAQ PURBA.
Secara sejarah Iraq dikenal sebagai Mesopotamia, yang secara harfiah bermaksud "di antara sungai-sungai" dalam bahasa Yunani. Tanah ini menjadi tempat kelahiran peradaban pertama dunia yang dikenal,budaya 
Sumeria diikuti dengan budaya Babylon dan Asyur yang pengaruhnya meluas ke daerah-daerah tetangganya sejak sekitar 5000 SM.


Pada awal abad ke-7, Islam tersebar ke daerah yang kini bernama Iraq. Sepupu sekaligus menantu Nabi Muhammad Ali memindah kan ibukota di Kufah "fi al-Iraq" di mana ia menjadi Khulafa al-Rasyidin yang ke-4
Bani Umaiyyah yang berkuasa dari Damsyik di abad ke-7 menguasai Wilayah Iraq.


Baghdad, ibukota Khilafah
Abbasiyah, adalah bandar utama bagi dunia Arab dan Islam selama 5 abad. Pada tahun 1258, Baghdad dihancurkan oleh bangsa Mongol. Turki Uthmaniyyah
mengambil alih Baghdad dari Parsi pada tahun 1535. Uthmaniyyah kehilangan Baghdad ke Dinasti Safavid Parsi pada tahun 1509, dan mengambilnya kembali pada tahun 1632. Kekuasaan Uthmaniyyah atas Iraq berlangsung hingga Perang Dunia I ketika Empayar Uthmaniyyah berada bersama Empayar Jerman dan Kuasa Tengah.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N