Langkau ke kandungan utama

EMPAYAR PARSI.



EMPAYAR JAHILIAH PARSI.


Empayar Parsi ialah satu siri empayar sejarah yang memerintah penara Iran dan kawasan di seberang sana. Entiti politik yang diperintah oleh kemaharajaan-kemaharajaan ini ialah negara Iran(secara harfiahnya bermaksud "Tanah Arya"). Secara amnya, entiti terawal yang dianggap sebagai sebahagian Empayar Parsi ialah Wangsa Achaemenid (648 SM - 330 SM), sebuah kemaharajaan Arya asli bersatu yang berasal dari kawasan yang kini dikenali sebagai Fars dan dibentuk oleh Cyrus Agung. Kemaharajaan-kemaharajaan yang berturut-turut di Iran sebelum tahun 1935 telah digelarkan secara kolektif sebagai Empayar Parsi.



MEMBENTERAS JAHILIAH
Jahiliah secara harpiah bererti bodoh, sesat, biadap, dungu, tidak mengetahui, tidak berilmu, keliru atau melakukan sesuatu tanpa pengertian dan pengetahuan. Tanggapan umum pula, jahiliah ialah keadaan yang berlaku sebelum kedatangan Islam atau dikenali sebagai zaman pra-Islam.


Ini biasanya ditujukan kepada masyarakat Arab di Semenanjung Arab sebelum Rasulullah SAW diutuskan. Umumnya membatasi pengertian jahiliah pada gejala syirik atau paganisme (tanpa agama), primitif, krisis keruntuhan akhlak yang melanda masyarakat Arab pada ketika itu.Menurut pendapat Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi dalam bukunya, Jahiliah ialah mereka yang menolak hukum Allah. Mereka yang gagal menjadikan Islam adalah cara hidup. Gagal mengambil Islam is the way of live. 


Menggambarkan konsep jahiliah bukan berdasarkan masa, tempoh atau zaman tertentu, tetapi disebabkan individu atau masyarakat tidak mengakui Islam sebagai syariat hidup yang cukup sempurna. Abuya menjelaskan lagi didalam buku  dan kuliah-kuliahnya,pula menyebut: "Masyarakat jahiliah ialah masyarakat yang tidak menerima dan lakukan  pengabdiannya kepada selain Allah. Ini bermaksud pengabdian yang menjelma dalam kepercayaan atau keyakinan dalam syiar, lambang, peribadatan dan dalam peraturan serta undang-undang." Lebih merialisasikan ideologi, samaada sosialis, kapitalis dan sebagainya.


Usaha memperjelaskan pengertian jahiliah dalam erti kata sebenarnya, al-Quran menggambarkan beberapa ciri untuk menjadi panduan sifat dan ciri-ciri jahiliah itu. 
Firman Allah yang bermaksud: "(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan sombong angkuh secara jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu)." (Surah al-Fath, ayat 26) 
Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Sesudah itu, patutkah mereka berkehendakkan lagi kepada hukum jahiliah? Padahal kepada orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah." (Surah al-Maidah, ayat 50) 
Beberapa ciri jelas untuk mengkategorikan beberapa golongan dalam erti kata masih jahiliah iaitu: 
Tidak mengikut hidayah Allah. 
Alim ulama menyatakan dalam aspek ini, golongan itu terdiri daripada orang yang tidak beriman kepada Allah. Mereka sentiasa menyengutukan Allah dan seterusnya tidak melaksanakan syariat Islam. Keadaan ini seterusnya melahirkan manusia syirik, kufur, kafir serta orang tidak mempunyai pegangan hidup. 
Hidup mengikut hawa nafsu.
Orang hidup di dunia berdasarkan hawa nafsu yang membawa keburukan tanpa kawalan. Golongan itu tidak mempunyai ciri keperibadian Muslim dalam kehidupannya sebagai hamba Allah. Allah sudah memberi peringatan yang tepat bagi golongan ini. 
Firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menetapkan hukum seperti diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu." (Surah al-Maidah, ayat 49) 
Jika manusia mengikut kehendak nafsu, mereka terdorong melakukan perkara keji. Penilaian yang dibuat adalah berdasarkan akal fikiran semata-mata dan tidak berteraskan kebenaran. Ini sekali gus menjadikan manusia semakin jauh daripada hidayah Allah. 
Adanya golongan pemusnah Islam.
Golongan itu sentiasa berusaha memusnah kesucian agama Islam melalui pelbagai cara sama ada secara fizikal, mental atau spiritual. Musuh Islam sentiasa berusaha menjatuhkan kekuatan umat Islam secara bersepadu. Jika umat Islam tidak mempunyai keimanan dan keyakinan kepada Allah sudah tentu terjerumus ke arah kebinasaan dan Islam musnah. 
Justeru, orang Islam yang tidak menyedari diri mereka sudah diperguna dan diperalatkan golongan itu menjadi faktor terhadap keruntuhan Islam seluruhnya. Bagi orang yang jahil sudah tentu mereka tidak dapat membezakan dengan jelas perkara ini. 
Gejala keruntuhan akhlak. 
Memang tidak dapat disangkal lagi gejala keruntuhan akhlak dan moral adalah ciri orang jahiliah. Lantaran demikian, beberapa keadaan berlaku di sekeliling kita sedikit sebanyak memberikan `tempias' terhadap perkara itu. 
Ternyata sekali kualiti masyarakat semakin merosot. Pelbagai gejala keruntuhan akhlak seperti pergaulan bebas, bohsia, dadah, rempit, zina, bohjan, pengkid, lepak, judi, hiburan yang mengasyikkan, arak, khalwat dan dadah melanda remaja mutakhir ini. 
Berdasarkan faktor itu, ternyata ciri jahiliah sedang merebak dan meresap dalam diri umat Islam. Tindakan segera merangkumi aspek kesedaran dan pendidikan perlu dilaksanakan kerana kejahilan akan memberi kesan terhadap manusia. 
Buku Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ada menghuraikan Secularism, krisis berlaku dalam masyarakat berpunca daripada tiga faktor iaitu kekeliruan dalam ilmu pengetahuan, kehilangan adab dan lahirnya pemimpin Islam yang tidak berkelayakan, tidak mempunyai nilai moral, intelektual dan kerohanian yang tinggi. 
Oleh demikian, usaha kita untuk menyelesaikan pengaruh jahiliah perlu bersandarkan kepada maruah, sejarah serta identiti tersendiri kerana Abuya sering menyarankan: "Masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dulu
ialah manusia melalui insaniah manusia."
Penghapusan jahiliah di kalangan manusia daripada aspek pemikiran, pengalaman dan daya tindak adalah perlu. Ini juga memerlukan satu sistem pendidikan Islamik yang mampu menggarap manusia sebagai insan mempunyai rohani, fikiran, perasaan serta keseimbangan. Kesedaran semula umat Islam mestilah tepat bagi membentuk kesedaran menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan sama ada ekonomi, politik, sosial dan budaya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N