Langkau ke kandungan utama

PUSAT PELBAGAI TAREKAT.



MAGHRIBI PUSAT TAREQAT.


Islam sudah menjadi agama bagi penduduk Maghribi sejak abad ke 7M (abad pertama lahirnya Islam) lagi iaitu ketika Sahabat Uqbah bin Nafi’ menyebar Islam sampai ke hujung Barat Afrika merentasi Tunisia dan Aljazair.Sedangkan akidah Islam aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah persepsi al-Asy’ariyyah sudah masuk di Maghribi sejak dinasti Almoravid (المرابطين) pada kurun ke 10M. Masjid dan Zawiyah di Maghribi meriah dengan majlis ilmu dan zikir. Terutamanya kita boleh merasainya di Marrakech.


Bandar Marrakech ada tarikan tersendiri. Program zikir mudah diikuti kerana merata tempat buat. Terutamanya  mempunyai pelbagai tariqah sufi. Ahli sufi di sini bebas memilih tariqah yang sesuai dengan adat dan suasana kehidupan mereka serta dapat memenuhi tuntutan kehidupan mereka secara jasmani dan rohani. Oleh itu, kita dapat melihat ramai orang di sini yang berbai’ah atau mengikuti satu tariqah atau lebih, atau mengikuti tokoh-tokoh yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sesuatu tariqah, tetapi diikuti kerana budi pekertinya yang mulia dan kebaikannya terhadap manusia.


Morocco atau dikenal juga dengan Maghribi merupakan salah satu dari negara Islam di dunia moden ini yang masih mempertahankan sistem kerajaan beraja seperti di Malaysia. Sistem beraja negara ini berhasil menyelamatkan Islam sebagai agama rasmi negara dan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi pertama negara dengan meletakkan bahasa Perancis sebagai bahasa kedua – walaupun bahasa Perancis memiliki peranan yang sangat kuat di kalangan rakyat negara Barat Islam ini.


Dengan melihat sistem pemerintahan Morocco serta perlembagaan negara dan agamanya, maka Morocco pada dasarnya hampir sama dengan Malaysia. Hanya perbezaannya terletak pada mazhab fiqh di mana Malaysia memilih bermazhab Syafi’I sedangkan Morocco bermazhab Maliki.
Akidah al-Asy’ariyyah, atau al-Maturidiyyah adalah sama dengan Malaysia dan mejoriti negara-negara umat Islam. Tasawwuf berpegang pada metode Imam al-Ghazali dan Imam Junaid al-Baghdadi.


Secara perlembagaan dan sistem politik, Morocco telah mengerakkan jentera Asy’ariyyahnya di bahagian Kementrian Wakaf dan Urusan Keislaman (وزارة الأوقاف والشؤون الإسلامية). Ini dapat dilihat juga di dalam website rasmi kementrian tersebut. Di dalamnya, terdapat ketetapan apa dan mengapa akidah Asy’ariyyah, fiqh Maliki, dan Tasawwuf al-Junaid di Maghribi. Seperti yang telah masyhur.


Malaysia ketika tahlil dan bacaan Yasin meriah. Ada dikalangan masyarakat menaja buat kenduri. Biasa jamuan makanan disediakan untuk tetamu yang hadir.
Mengimbau kembali mengikuti suasana amalan
tariqat di Maghribi cukup meriah. Roh terasa subur ibarat pokok yang disiram air.














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N