Langkau ke kandungan utama

ULAMA ROHANI.



TABIB ROHANI ATAU ULAMA ROHANI.


Manusia adalah makhluk 
ciptaan Tuhan yang fitrahnya
sama saja di zaman mana pun mereka hidup. Di mana sahaja 
pun mereka berada, dan apa jua 
bangsa dan keturunan mereka.
Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW untuk mengubat penyakit umat di waktu hayatnya, maka cara dan ubat sama juga yang mesti
digunakan untuk mengubati
penyakit manusia, disepanjang zaman. 


Rasulullah SAW berbuat dua
perkara:Pertama: Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui rukun iman bukan bererti sudah beriman.Mungkin itu sekadar boleh mensahkan iman. Keimanan 
yang berjaya ditanam ke dalam hati para Sahabat adalah seperti yang digambarkan oleh Allah SWT
dalam Al Quran:


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."
(Al Anfal 6:2).


Begitu takut dan gerunnya mereka 
kepada Tuhan hingga gementar hati mereka, Kedua, Rasulullah SAW menanamkan kembali cinta kepada Akhirat. Baginda
mencanagkan kehidupan
Akhirat yang jauh lebih baik
dan utama dari kehidupan
dunia. Sebenarnya tidak ada
tandingan dan bandingan
tentang kehidupan Akhirat.


Maksud firman Tuhan:
"Akhirat itu adalah lebih utama, lebih baik daripada dunia." 
(Q.S. Ad Dhuha : 4)
"Akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal" (Q.S. Al A'la : 17)


Bermula dari alam Barzakh
maka berlangsunglah hidup era baru kehidupan manusia.
Lahirlah manusia yang jiwanya terpaut dengan Akhirat. Akhirnya bukan saja harta dihabiskan untuk Akhirat bahkan nyawa sendiri dikorbankan. Mereka mahu cepat-cepat kembali ke Akhirat. Mereka mahu mati syahid menjadi para syuhada.


Kehidupan dunia ini umpama
mimpi saja, seolah-olah bukan realiti dinisbahkan Akhirat. Satu hari diAkhirat menyamai seribu tahun didunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya.
Sabda Rasulullah S.A.W,
"Umur-umur umatku berkisar antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun. Sangat sedikit antara mereka yang umurnya lebih daripada itu". (Riwayat Tirmizi).


Oleh sebab itu, secara hitung panjang umur manusia zaman ini adalah 63 tahun (sama seperti umur Nabi Muhammad S.A.W ketika wafat).Malah jika kita berjaya mencapai usia yang sepanjang itu pun sudah dikira beruntung kerana ramai juga yang telah menemui ajal sebelum mencecah umur 50 tahun pun.
Sekalipun berjaya mencecah usia 63 tahun, tempoh itu masih dikira singkat berbanding jangka masa hidup di akhirat yang kekal abadi (infiniti).


Sebagai perbandingan, Al-Quran ada menyatakan bahawa 1 hari di akhirat adalah sama dengan 1000 tahun di dunia. Bayangkan......, Ini bererti jika kita berjaya hidup selama 63 tahun, maka itu sama dengan 1 1/2 jam sahaja hidup di akhirat. Sangat singkat. Rasa yang terlalu singkat ini tidak akan kita rasai hakikatnya di dunia ini, tetapi di akhirat nanti pasti kita akan merasainya.


Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud),"Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja daripada waktu siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia)". (Surah Yunus, 10:45)


Menyedari hakikat kehidupan
dunia ini terlalu amat singkat
berbanding kehidupan A
Akhirat yang kekal abadi itu.
Tentulah tidak akan sampai
mendurhakai Tuhan hanya
untuk kesedapan yang sedetik. Tentulah tidak akan sampai mendurhakai Tuhan hanya untuk mengilak penderitaan dunia yang sakitnya ibarat gigitan semut
Tentulah tidak sanggup berlalai lalai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat di Neraka, dan terlepas dari nikmat Syurga yang tidak dapat dilintaskan oleh hati.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N