Langkau ke kandungan utama

KOMUNITI MELAYU MEKAH.


( Kanak-kanak Melayu di Mekah).
( Lereng kg bukit Ajyad ).



KOMUNITI MELAYU DI  JABAL AJYAD MEKAH.

Pengembaraan ke Mekah melalui jalan darat merupakan perjalanan yang sangat mencabar. Penulis
( Fakhrur Razi Aahaari ) bersama Tuan Syeikh Abdur Rahim ikut jalan darat dari Jordan ke Mekah pada tahun 1990.  Kota Mekah merupakan sebuah kota utama di Arab Saudi yang menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.

Mekah juga merupakan kota suci bagi umat Islam dan tempat lahirnya nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW. Malah, Masjidilharam yang menempatkan Kaabah iaitu kiblat bagi orang Islam juga sentiasa menerima kunjungan puluhan ribu orang setiap hari untuk melaksanakan pelbagai ibadah.
Namun, di sebalik kunjungan ke Mekah untuk melaksanakan ibadah di masjid agung itu, tidak ramai para jemaah termasuk dari Malaysia yang mengetahui bahawa terdapat sebuah penempatan masyarakat Melayu di kota Mekah.
Hampir setiap hari, saya akan bertemu dengan jemaah umrah yang datang dari Malaysia kerana sebahagian daripada mereka mengambil pakej untuk mendiami hotel-hotel yang terletak kurang 500 meter dari Masjidilharam.

Apabila saya bercerita tentang kewujudan sebuah perkampungan masyarakat berketurunan Melayu di Mekah, sebahagian besar mereka tertanya-tanya adakah ia benar-benar wujud.
Sebenarnya, perkampungan itu memang wujud dan ia terletak tidak jauh dari sini (Masjidilharam).
Satu ketika dahulu
antara yang tersohor adalah Syeikh Daud Al-Fatani, Tok Kenali, Syeikh Abdul Samad Al-Palembangi, Syeikh Abdul Kadir Mandili, Syeikh Mohmmad Sail Al-Linggi dan Syeikh Arshad Al-Banjari.
Terdapat antara 5,000 hingga 6,000 penduduk di perkampungan itu yang kesemuanya berketurunan Melayu berasal dari Nusantara termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand. Mereka merupakan antara kira-kira 40,000 hingga 50,000 orang Melayu yang menetap di sekitar Mekah.

Perkampungan Melayu di Jabal Ajyad yang terletak kira-kira satu kilometer dari Masjidilharam.Orang Melayu sebenarnya telah bermastautin di Mekah sejak kira-kira 200 tahun lalu dengan kebanyakannya datang untuk menunaikan ibadah haji dan umrah sebelum mengambil keputusan menetap terus di situ bagi mendalami ilmu agama.

Ada antara mereka yang berjaya menjadi ulama Nusantara tersohor seperti Sheikh Daud al-Fathani, Syeikh Abdus Samad Al-Falembani dan Syeikh Mohammad Said Al-Linggi yang sangat terkenal di Mekah suatu ketika dahulu.
Dahulu, penempatan masyarakat Melayu adalah di sekitar Masjidilharam iaitu berhadapan Pintu Raja Fahad dan antara aktiviti yang dilaksanakan oleh mereka ialah menguruskan kemasukan jemaah haji dari negara masing-masing,

Ketika itu katanya, penempatan masyarakat Melayu di Mekah dikenali dengan beberapa nama seperti Rumah Selangor, Rumah Kelantan, Rumah Kedah dan Rumah Pattani mengikut asal-usul keluarga mereka.
Namun jelas beliau, selepas pemerintah Arab Saudi membuat keputusan untuk melaksanakan pembesaran Masjidilharam secara besar-besaran, penempatan tersebut terpaksa dipindahkan ke beberapa kawasan lain dan antara lokasi yang ditawarkan ialah di Jabal Ajyad yang menjadi penempatan sebahagian daripada mereka sehingga kini.
Malah katanya, keputusan kerajaan Arab Saudi memperkenalkan Muassasah Thawaffah iaitu sebuah badan khas yang diwujudkan untuk melayani jemaah haji yang datang dari luar Arab Saudi sejak tahun 2000 telah menghapuskan peranan yang dimainkan oleh masyarakat Melayu di Mekah dalam menguruskan kemasukan jemaah haji setiap tahun.
Justeru katanya, sebahagian besar masyarakat Melayu Mekah terpaksa menceburi kerjaya lain bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka di kota suci itu.

Sebahagian besar daripada penduduk di Perkampungan Melayu di situ sudah meninggal dunia selain ada antara mereka yang mengambil keputusan untuk pulang ke negara asal.
Kami masih mengamalkan cara hidup Melayu termasuklah cara pakaian dan hidangan makanan.

Malah, pertuturan seharian kami di sini juga masih menggunakan bahasa Melayu terutama ketika berkumpul semasa kami. Cuma, apabila bertemu dengan bukan Melayu, kami lebih kerap menggunakan bahasa Arab kerana ia merupakan medium komunikasi utama di sini, katanya yang dilahirkan di Mekah dan memiliki taraf pemastautin tetap Arab Saudi Justeru, tidak hairanlah jika kesemua orang Melayu di Mekah fasih berbahasa Arab.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N