Langkau ke kandungan utama

MUHASABAH DIRI.


( Keterangan gambar: Kebun sayur yang diusahakan oleh Mujahid anak Abuya, bersama dgn masyarakat kampung, membantu pendidikan anak-anak yg susah, bersama dgn masyarakat luar negara, kenalkan anak-anak dengan Tuhan dan hiburkan manusia dgn Tuhan).



Orang yang bercita-cita membaiki diri atau mendidik diri mestilah mengetahui ilmu tentang roh atau hati manusia kerana sesungguhnya ; pendidikan itu rapat dengan rohani manusia. Begitu juga mereka yang ingin melakukan muhasabah diri perlukan ilmu.


Mari kita muhasabah diri,
sebelum dididik oleh pimpinan mursyid kita hidup dalam dunia sekular. Abuya kongsikan dengan kita sekularisme menurut Islam.
Maksud firman Tuhan:
"Hendaklah kamu membaca atas nama Tuhanmu."
( Al Alaq 96:1 ).



Membaca mesti atas nama Tuhan. Ertinya dari membaca
kita dapat ilmu. Bila ilmu dilaksanakan, akan terbina tamadun. Dari membaca, menimba ilmu hingga kepada membina tamadun, semuanya mesti dibuat atas nama Tuhan. Ilmu tidak boleh dipisahkan dari Tuhan.
Kalau ia dipisahkan akan  jadilah  ia ilmu sekular. Kalau ilmu tidak boleh dipisahkan
dari Tuhan, betapalah hal-hal yang lain.


Mari kita muhasabah apakah kita telah menjalankan tugas
sebagai khalifah atau duta-Nya di dunia ini. Sementara, Allah mentakdirkan dunia ini adalah sebagai negeri yang sementara, negeri tidak kekal bagi manusia. Dan kehidupan manusia di dunia ini mengikuti batas waktu yang telah ditetapkan oleh Allah.


Begitu juga kita muhasabah diri, apakah kita telah menyiapkan bekalan sebanyak mungkin untuk bekalan di Akhirat kelak.Allah juga mentakdirkan bahwa selain dunia ini ada kehidupan akhirat yang kekal abadi. Manusia bukanlah warganegara tetap di dunia ini, melainkan hanya sebagai duta atau utusan Allah SWT di dunia.


Apakah kita telah bangunkan
mana-mana hukum yang
Harus diperjuangkan agar menjadi ibadah. Apakah kita
telah betulkan tauhid, jangan menganggap rezeki itu datang dari usaha kita seperti berniaga, bertukang dan sebagainya.


Tuhan perintahkan manusia
supaya takut kepada-Nya. Apakah sudah ada perasaan rasa takut kepada Tuhan di dalam hati kita. Kerana apabila manusia takut kepada Tuhan, manusia
menjadi baik. Apakah kita telah usahakan berkasih sayang, (silaturrahim) bukan Tuhan yang untung. Faedah dan manfaat dari berkasih sayang itu kembali kepada kita sendiri. Manusia akan bersatu-padu, bertolong
-bantu, bela membela dan saling mengenang budi dan jasa antara satu sama lain.






 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...