Langkau ke kandungan utama

CARA MENGHADAPI ORANG YANG HASAD DENGKI.




BAGAIMANA CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MUKMIN YANG HASAD DENGKI?.



Cara untuk berhadapan dengan kejahatan yang dilahirkan oleh manusia muslim yang hasad dengki ialah dengan berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita. Dalam kitab dibahaskan empat cara iaitu :



Membalas kejahatan dengan kejahatan. Cara ini lebih baik ditinggalkan kerana ia akan menyebabkan perpecahan. Seorang mukmin yang hasad, sikap hasad itu menyemai benih perpecahan, dan perpecahan melemahkan kekuatan lantas menghancurkan dasar keimanan kerana Rasulullah SAW ada memberi peringatan : “Hasad akan memakan kebaikan seperti api memakan sekam” . Andainya cara pertama ini yang kita pilih untuk memerangi mukmin yang hasad, hakikatnya kita sendiri saling tidak tumpah, sama sahaja dengan mukmin yang hasad tersebut.



Berlaku diam, iaitu tidak membalas kejahatannya. Ini susah dilaksanakan kerana ia memerlukan mujahadatunnafsi dan sifat sabar. Dan ingatlah, sabar adalah sifat yang dimiliki oleh golongan bighairi hisab di yaumil mahsyar nanti.



Kejahatannya dibalas dengan kebaikan. Pelaksanaannya amat sukar sekali di ibarat kan seperti mencabut nyawa dari badan. Tahap kesabaran yang lebih tinggi dari kaedah kedua di atas. Cuba bayangkan, orang mendatangkan kepayahan kepada kita, tetapi kita balas dengan senyuman kepadanya. Mampukah kita lakukan ? Dan dalam pendekatan perjuangan Islam, dalam memberi kebaikan dalam membalas kejahatan yang dilakukan, seorang Muslim hendaklah menyampaikan seruan dakwah secara berhikmah dan berakhlak kepada mereka yang berbuat jahat. Seru mereka, didik mereka, dakwah mereka, ke arah iman dan akhlak Islamiah. Dan  inilah sebaik-baik cara kerana tingkatannya lebih tinggi dari kaedah kedua.
Mendoakan mereka agar dipimpin Allah ke arah keinsafan dan iman.



Antara keempat-empat cara memerangi orang mukmin yang hasad, hindarilah kaedah yang pertama. Dan sebaik-baik cara berhadapan dengan mereka ialah kaedah ketiga dan keempat. Kita balas kejahatan yang mereka lakukan dengan kebaikan. Antara kebaikan yang boleh ita lakukan ialah dengan memberi nasihat kepada mereka. Dengan memberi ilmu kepada mereka. Dengan membantu mereka beramal dengan ilmu mereka.Dan lainlain kebajikan yang mampu kita berikan sebagai khidmat kita kepada mereka atas jalan iman dan taqwa. Lantas, kita berdoa kepada Allah agar mereka dan diri kita serta seluruh umat Islam diberikan ampunan dan kekuatan dalam beribadah kepada NYA.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...