Langkau ke kandungan utama

ALAT DAN MATLAMAT.



Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi telah melahirkan generasi penerus perjuangan Islam. Mereka membesar di tengah kepesatan kemajuan sains dan teknologi. Mereka telah menerima tarbiah rohiah atau menerima pendidikan  yang telah disuntik roh Islam. Justeru mereka telah dilatih memanfaatkan sains dan teknologi untuk menegakkan
agama Allah.



Mereka menerima sains dan teknologi hanya sebagai alat untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Makam mereka dapat manfaatkan  sains dan teknologi dengan selamat dan menyelamat kan Ertinya Abuya berjaya melahirkan mereka sebagai generasi sufi berteknologi.



Generasi penerus di asak jiwa mereka dengan latihan yang berterusan untuk membuang mazmumah dan di isi jiwa mereka dengan mahmudah. Mereka dibiasakan dengan tugas dan peralatan moden yang canggih. Ia menjadi keperluan dan kegunaan semasa.



 Pendedahan ini dibuat setelah sempurna proses melengkapkan diri dengan ilmu fardhu ain.
Pendidikan rapat dengan rohaniah manusia. Oleh kerana hati manusia mudah berbolak balik, maka hati ini perlu sentiasa di bawa kepada Tuhan sehingga timbul rasa takut dan cinta kepadanya.



Ya Allah tetapkanlah hati yang  berbolak-balik atas jalan MU ya Allah dan tetapkanlah hati  ini atas agama dan keataatan kepada Mu. Cinta menjadikan manusia itu suka
untuk beribadah kepada Tuhan-Nya.Dalam kita membuat kemajuan material, jiwa perlu
dipantau selalu. Kerana roh mudah terancam dengan lambaian dunia.



Kerana salah dan lupa itu adalah sifat manusia. Apabila kita cuai
dan terleka dengan dunia, kita
terpaksa korbankan kasih sayang, persaudaraan, kesatuan, perpaduan, rasa bersama kita.
Kita terpaksa menghadapi krisis, pergeseran dan cara hidup kita sudah nafsi-nafsi. Tidak
ada lagi ukhwah sesama kita.



Buah daripada ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.Mendidik untuk melahirkan manusia seperti ini bukanlah mudah. Ini kerana manusia itu ada jasad lahir (fizikal), ada jasad batin (akal,roh dan nafsu). Kejayaan mendidik manusia itu ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak
nampak itu.
  





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...