Langkau ke kandungan utama

NEGARA-NEGARA SUNNI.




Ahli Sunah Wajama'ah
atau Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah (Bahasa Arab: أهل السنة والجماعة‎) atau lebih sering disingkatkan sebagai Ahli Sunah atau ahli  al-Sunnah (Bahasa Arab: 
atau Sunni. Ahl Sunah ialah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Sekitar 90% umat Islam sedunia berfahaman Sunni, manakala 10% pula menganut aliran Syiah.

Ketika penulis mengikuti XPDC Abuya ke Tunisia, kami
berpeluang menziarahi makam sahabat Nabi SAW bernama Abu Zam’ah (600-676 H) di Kairawan.
Ia ikut menjadi rombongan jamaah umrah bersama Rasul SAW pada th 6 H/628 H yang gagal masuk Mekah karena tidak mendapat izin dari penguasa Mekah yang dipimpin Abu Sufyan. Proses umrah yang gagal inilah yang berlakunya perjanjian Hudaibiyah.


Sebelum perjanjian tercapai, ada peristiwa penting, populer dengan perjanjian sumpah setia yang diridai Allah (bay’ah al-ridwan). Nah…… Abu Zam’ah adalah salah seorang sahabat yang terlibat langsung dalam bay’ah al-ridwan ini. Beliaulah yang membuka kota Kairawan (قيروان) Tunisia.


Peranan sejarah tidak boleh
diperkecilkan. Sejarah ada kaitan dan sejarahlah yang mencetuskan masa kini. Kerana  sejarahlah kita boleh dapat contoh dan teladan.
Dalam Islam, sejarah merupakan perkara yang penting. Sejarah adalah pendidikan dan pengajaran.
Bagi kita yang telah Abuya
tanamkan cita-cita Islam
sudah tentu kita rasakan terlalu pentingnya sejarah.


Kini kita berada diera kebangkitan Islam kali kedua. Untuk mengisinya
perlukan panduan. Disinilah terletak peranan sejarah untuk kita jadikan pendidikan dan pelajaran.
Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi, memulakan
Pada tahun 1975, Abuya memulakan sistem kehidupan Islam dengan membuka perkampungan Islam di Sungai Pencala, Wilayah Persekutuan.
Kami anak-anak Abuya bersama beberapa kawan yang lain seramai 12 orang pelajar, terdiri dari enam lelaki dan enam orang perempuan; sebagai perintis pendidikan sekolah yang dibangunkan oleh Abuya.


Masa itu lagi pelajar-pelajar dibesarkan dengan cerita sejarah para sahabat bersama Rasulullah dan kisah-kisah perihal keajaiban dan alam ghaib.Bermula dengan ilmu fardu ain, Nur Muhammad, berkaitan Rukun Iman, yang kesemuanya berkaitan dengan ghaibiat. Juga roh-roh suci yang hingga kini diyakini masih terus berperanan untuk membantu, dan menyuburkan kecintaan kepada Tuhan di hati manusia.


Masih segar diingatan, suasana di Kampung Sungai Pencala; ketika itu penuh dengan hutan pokok getah. Saya berusia sekitar 14 tahun, tiap kali Abuya masuk kelas mengajar kami beliau tidak akan lupa menyelitkan satu dua kisah para sahabat para wali dan orang soleh.Cerita-cerita seperti itu sudah menjadi basahan bagi membantu agar cita cita Islam terpindah pada kami. Ketika itu saya masih remaja tetapi Abuya telah berjaya menyuntikkan cita-cita perjuangan Islam. Kami memahami semua itu bukan sekadar sebuah cerita menarik, bahkan kini saya merasai dan mengalaminya sendiri. 
'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. 


Abuya memindahkan cita-cita kepada keluarga dan jemaahnya, dengan pelbagai cara. Kepada keluarganya, kami seawal dari kecil dibawa ke luar, ke medan dakwahnya. Sedangkan di masa itu umur kami baru setahun dua, bahkan masih pakai lampin lagi.
Abuya memindahkan cita-cita kepada kami dengan menjadikan para sahabat, tabiin, tabiut tabiin, para salafussoleh sebagai hero-hero atau idola kami. Cara itulah terpindahnya roh-roh perjuangan Islam kepada keluarga dan jemaahnya. Masing-masing bercita-cita nak jadi pejuang Islam seperti yang tercatit dalam sejarah.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N