Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

JEMAAH AKHIR ZAMAN.

Sudah lumrah manusia cenderung berkumpul dan menggabungkan dirinya dengan mana-mana golongan atau jemaah yang mempunyai kesamaan faham, keyakinan, dan ideologi. Bertolak dari sinilah berbagai jemaah  lahir dalam masyarakat Islam sejak zaman sahabat lagi.  Definisi jemaah Islam yang berbunyi: "Jemaah umat Islam ialah jemaah ahl al-halli wa al-'aqdi yang berhimpun di bawah naungan seorang khalifah, atau mujaddid dan umat Islam mengikut kepada mereka". Maksud firman Allah: Dan sebahagian dari orang-orang A'raab (Arab Badui) itu ada yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan memandang apa yang mereka dermakan (pada jalan Allah itu) sebagai amal-amal bakti (yang mendampingkan) di sisi Allah dan sebagai (satu jalan untuk mendapat) doa dari Rasulullah (yang membawa rahmat kepada mereka) Ketahuilah, sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah); Allah akan masukkan mere

RAHSIA KEMATIAN.

Tidak ada sesuatu yang kekal di dunia ini. Kematian merupakan sebuah hakikat yang akan menghampiri semua manusia. Tidak ada seorang pun yang mampu menolak atau menunda nya. Kematian menurut Islam adalah kepastian. Hanya Allah yang mengetahui waktu dan cara nya. Kematian sesuatu yang menjadi rahsia tidak ada manusia yang tahu bila ajalnya tiba. Hanya Tuhan saja yang tahu. Segala Pencerahan Serta Panduan Yang Terkandung Dalam Al Quran dan Sunnah adalah panduan. Di huraikan lagi oleh ulama. Wajar dihayati Oleh Setiap Umat Islam sebagai persediaan menghadapi kematian. Ajal  atau  kematian  adalah batas dan penamat muktamad bagi fungsi biologi. Iaitu terpisahnya roh dengan jasad. Juga dikenali sebagai fana, maut, meninggal dunia, mati, mangkat, mampus. كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ. "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepa

BERJIWA TAUHID.

BERJIWA TAUHID. Orang yang berjiwa tauhid cara menerima sesuatu berbeza dengan orang awam yang hanya ada ilmu tauhid. Walaupun perkara yang di lihat dan diterima perkara yang sama tetapi pemahaman orang yang berjiwa tauhid jauh berbeza. Contoh, anak-anak adalah amanah dari Allah. Kerana anak-anak itu amanah dari Allah, maka rezeki mereka Allah yang selesaikan. Caranya Allah salurkan rezeki anak-anak itu kepada yang diamanahkan. Maka kita Jaga elok-elok anak-anak tersebut dengan di beri kasih sayang yang cukup. Di didik dan di bimbing dengan agama elok-elok. Sedangkan ulat  dalam batu pun Tuhan berikan rezeki. Begitu juga kita menjaga ibu dan ayah. Mereka sudah tidak berupaya. Kalau tidak berlaku demikian ertinya kita tidak berjiwa tauhid. Apapun yang dilihat dan diterima hati sangat terhubung dengan Tuhan.  Bahkan mereka melihat Akhirat itu sangat hampir. Tauhid tidak hanya merupakan salah satu prinsip agama, tapi ia adalah ruh dan jiwa seluruh ajaran Islam. Ol

KEAJAIBAN ROH.

( Struktur manusia: jasmani,roh ) Manusia diciptakan Allah dalam struktur yang paling baik diantara makhluk Allah yang lain. Struktur manusia terdiri atas unsur jasmaniah dan rohaniah. Allah memberikan manusia kemampuan fizikal  (jasmaniah) dan kemampuan rohaniah. Hati manusia yang sering berbolak-balik berhadapan cabaran hidup. Runtuhan hati itu menyebabkan perjuangan hati Tuannya longgar.  Kadangkala kuat. Keadaan tidak konsisten. Malah selalu hati hanya di dalam gelombang kederhakaan dan kemurkaan Allah SWT. Dengan memiliki hati manusia mempunyai kemahuan, kekuatan dan kemampuan. Mempunyai kemungkinan untuk dikembang kan. Atau dengan kata lain manusia memiliki potensi. Bahawa hidayah ialah cetusan halus yang dicampakkan Allah SWT menyerap masuk ke lubuk hati seseorang sehingga memiliki kekuatan dan mampu untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan diri demi kepentingan hidup di akhirat. Al-Huda lazimnya kalimah yang sering disebut di dalam Al-Qu

CUCU-CUCU ABUYA BERDAKWAH.

GENERASI KETIGA TERUSKAN USAHA DAKWAH Usaha dakwah Abuya di teruskan oleh generasi ketiga Abuya iaitu cucu-cucu nya. Mereka ada yang di Kashmir, ada di Indonesia dan ada di Australia.Berdakwah kepada masyarakat kita mudah dapat popular. Berdakwah kepada keluarga sendiri lebih susah dan tidak popular. Namun kita perlu bermujahadah supaya kerja dakwah tersebut dapat dilaksanakan. Disini lah kita perlu melawan nafsu supaya dakwah tidak terhalang. Contoh diatas usaha dakwah tersebut perlu di teruskan sekalipun nafsu kita rasa sakit. Melawan hawa nafsu satu jihad.Usaha membaiki hati adalah satu yang wajib. Dalam mengingatkan manusia perlu gabungan unsur ungkapan kebenaran dan keindahan agar dapat difahami, di ingati dan di amalkan. Kita lihat contoh yang di sampaikan oleh Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi dengan ungkapan madah yang pendek sekali pun mampu menghasilkan impak yang besar kepada masyarakat. Yang penting kata-kata dari hati akan jatuh ke hati. Kata-kata dari te

KEHIDUPAN AKHIRAT.

Fasa yang dilalui manusia setelah kehidupan dunia memiliki beberapa nama. Antaranya kiamat kecil, barzakh dan maut. Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati. Maksud Firman Allah s.w.t : “Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat.” ( Ali Imran, 3:185 ).                                                                                                            1. Alam Barzakh atau alam kubur adalah permulaan hidup di Akhirat.Kehidupan setelah mati menurut islam yang pertama adalah alam kubur. Alam kubur adalah merupakan tempat persinggahan pertama setelah mati. Didalam alam kubur inilah manusia sudah boleh mengetahui dimana akan tinggal di akhirat kelak, apakah di syurga atau di ner

TUJUAN HIDUP MANUSIA.

( Silaturrahim bersama Badwi ). Manusia tidak diciptakan Allah dengan tanpa tujuan. Bahkan Allah SWT telah menentukan matlamat hidup manusia untuk beribadat kepada-Nya. "Tidak Tuhan jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaNya." Melaksanakan apa yang disuruh merangkumi ketaatan dan kepatuhan  kepada syariat Allah dalam segenap aspek kehidupan dan urusan hidup. Manusia adalah Khalifah Allah di muka bumi. Justeru manusia bertanggungjawab memakmurkan buminya ini dengan segala kebaikan bukan memusnahkannya. Kita telah menerima amanah Allah semenjak di Azali lagi. Tidak boleh elak amanah dari-Nya. Orang yang berjaya akan bergembira manakala golongan yang rugi akan dibalas dengan azab yang setimpal. Allah s.w.t Maha Penyayang. Bagi mendapat maksud tersebut, Allah s.w.t tidak membiarkan manusia sendirian dan meraba-raba dalam kegelapan. Tuhan lengkapkan kejadian manusia dengan akal. Ia adalah sebahagian hidayah kurniaan-Nya. Manusia yang d

HIDUP SESUDAH MATI.

Saidina Usman R.A selalu menangis di kubur melebihi di tempat lain. Bila ditanya mengapa, jawabnya; “Inilah tempat pertama, jika selamat, selamatlah di tempat lain. Jika disini kita gagal, gagal lah di tempat lain.” Tiada kehidupan yang kekal melainkan kehidupan di Akhirat. ( اللهم لا عيش إلا عيش الأخرة ). Mati ialah pergantian hidup dengan jasad atau tubuh dengan kehidupan Akhirat. "Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya." ( Al Baqarah, 2:154 ). Hakikat adanya hari " القيامة " pembalasan, hari Akhirat telah ditanam kepercayaan ini ke dalam jiwa umat Islam. Kepercayaan dan keyakinan tersebut telah disampaikan oleh Rasulullah SAW hampir 1500 tahun yang lalu. Siapa buat baik di dunia ini akan akan menerima ganjarannya. Begitulah juga seba

EGO MENGHAKIS KASIH SAYANG.

SOMBONG MEMBAWA RUGI. Muaz r.a berkata, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Firman Allah Taala: ( Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagungan-Ku akan mendapat mimbar-mimbar daripada cahaya yang di inginkan oleh para nabi dan syuhada.” ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi ). Sifat mazmumah ego ia menghakis rasa cinta dan kasih sayang dan silaturrahim yang telah lama dibina. Sifat ego inilah sebenarnya dugaan Allah terhadap kita. Kata hikmah: “Luka di tangan nampak berdarah, luka di hati tak siapa yang tahu.” Benar, memang benar tiada siapa yang tahu betapa hati kita terluka dengan perbuatan seseorang terhadap kita. Kita sedih, kita pilu, lantas menghukum dengan membawa diri dan tidak berpaling lagi untuk memaafkan. Tapi sedarkah kita di satu pihak lagi juga mempunyai perasaan yang sama. Dia juga mungkin terluka dengan kita, bertambah parah apabila kita bersikap dingin dengan tidak mahu memaafkan, apatah lagi meminta maaf. Sama salin

PARA SAHABAT MENYAKSIKAN KEAJAIBAN.

KISAH NABI SAW SEBELUM WAFAT. ( Makam Rasulullah di Madinah ). Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah SAW sebelum wafat. Rasulullah SAW telah jatuh sakit agak lama, sehingga kondisi beliau sangat lemah. Pada suatu hari Rasulullah SAW meminta Bilal memanggil semua sahabat datang ke Masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah Masjid dg para sahabat. Semuanya merasa rindu setelah agak lama tidak mendpt taushiyah dr Rasulullah SAW. Beliau duduk dg lemah di atas mimbar. Wajahnya terlihat pucat, menahan sakit yg tengah dideritainya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Wahai sahabat2 ku semua. Aku ingin bertanya, apakah telah aku sampaikan semua kepadamu, bahwa sesungguhnya Allah SWT itu adalah satu2nya Tuhan yg layak di sembah?" Semua sahabat menjawab dg suara bersemangat, " Benar wahai Rasulullah, Engkau telah sampaikan kpd kami bahwa sesungguhnya Allah SWT adalah satu2nya Tuhan yg layak disembah." Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Persaksi

MEMBINA ROH ISLAM.

( Abuya menyuntik roh Islam kepada keluarganya ). Bagaimana Abuya membina roh Islam ke dalam jiwa anak-anaknya.  Abuya sangat serius menyuntik  roh ISLAM ke dalam intitusi keluarganya. Sudah menjadi kebiasaan Abuya, selepas solat Abuya akan mengambil sedikit masa untuk berkongsi dengan anak-anak dan isteri-isterinya. Waktu itu disedari oleh anak-anaknya Abuya telah menanamkan roh perjuangan Islam kedalam jiwa mereka. Dalam masa yang sama Abuya akan bertanya yang solat berjemaah bersama nya. Siapa yang tiada dikalangan kita. Cara tidak langsung terbina kepekaan dalam setiap orang yang sering di tanya. Sedar atau tidak dikalangan anak-anak, jiwa mereka sentiasa dihidupkan dengan kepekaan antara satu sama lain. Begitulah roh hidup berjemaah ditiupkan kedalam jiwa anak-anaknya. Apa yang berlaku didalam rumahnya, begitulah yang Abuya lakukan kepada jemaah perjuangannya. Abuya orang yang sangat kuat disiplin. Dimana penjuru rumah Abuya kita berani solat sebab ter

CUCU ABUYA HUBUNGKAN DUA NEGARA.

( Silaturrahim yang diperjuangkan oleh generasi penerus perjuangan ) Malaysia dan Australia dua buah negara yang baik hubungan. Malaysia dan Australia adalah termasuk anggota negara-negara Komanwel. Baru-baru ini cucu Abuya menghubungkan silaturrahim dengan keluarga yang sudah lama menetap di Australia. Kesempurnaan iman seseorang didukung oleh banyak faktor, tidak hanya setakat beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, bahkan hubungan sesama insan juga menjadi kayu pengukur terhadap kesempurnaan iman seseorang. Islam amat menuntut umatnya untuk menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia, kerana akibat memutuskan silaturrahim itu amat besar risikonya bukan hanya setakat di dunia sahaja bahkan juga di akhirat kelak. Lazimnya, gejala mumutuskan silaturrahim berpunca daripada salah faham, pertengkaran atau perselisihan yang disebabkan oleh harta benda, harta pusaka, hutang piutang, hasutan, fitnah, sifat sombong dan mementing diri sendiri. Hatta perkelah

GENERASI BERJIWA BESAR.

Sejarah telah membuktikan besarnya peranan 'ibu kedua' dalam mendidik pemimpin-pemimpin besar Islam. Nabi Muhammad SAW sendiri mempunyai dua orang ibu susuan. Iaitu Halimah Saadiah dan Thuwaibatul Aslamiah. Ibu dan ayah kandung Nabi SAW  telah meninggal ketika  Nabi SAW kecil lagi. Ibu susuan Nabi di suatu pergunungan yang terpencil. Kecil-kecil lagi baginda sudah memikul tugas menjaga kambing untuk membantu keluarga bapa saudaranya, Abu Talib. Banyak kelebihan dan keistimewaan mewujudkan sistem ibu kedua ini. Kita ikut melakukannya kerana ikut apa yang berlaku kepada Nabi SAW. Keuntungannya bukan sahaja pada pihak anak, tetapi pada pihak ibu kedua itu sendiri. Anak yang diasuh oleh ibu kedua itu akan terdidik kuat jiwa, pandai berdikari, merdeka jiwanya. Mereka pandai bawa diri dan tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa. Anak-anak yang tinggal dengan orang lain atau ibu kedua lebih mudah dididik. Berbeza jika anak itu

HALA TUJU PERJUANGAN.

( Aktiviti terkini 2018 keluarga Abuya dan koleksi lama aktiviti perjuangan Abuya ). Kemana hala tuju perjuangan Islam? Apakah tujuan perjuangan atau jihad dalam Islam?. Ada orang berjuang untuk melonjakkan maruah bangsanya. Ada yang berjuang untuk menaikkan taraf ekonomi. Ada yang ingin negaranya setanding dengan negara maju seperti Amerika Syarikat. Ada yang sudah ada kuasa dalam masyarakat, maka inilah masanya hendak bertindak kepada mereka yang  tidak disenangi selama ini. Itu perjuangan hasad dengki namanya. Tujuan perjuangan Islam kerana hendak mengenalkan Tuhan pencipta alam. Agar disanjung, dicintai, disembah dan dijadikan idola. Selepas itu hendak memperkenalkan syariat-Nya untuk keselamatan manusia. Agar manusia hidup bersatu, berkerjasama, harmoni dan bahagia. Berjuang bukan kerana ekonomi, membangun dan berkemajuan. Ia merupakan sampingan sahaja, kalau boleh dijadikan untuk Tuhan. Berjuang mengajak manusia membesarkan Akhirat. Menging

SYAITAN YANG MENYESATKAN.

( Syaitan membisik-bisikkan ke dalam hati manusia ). Musuh orang mukmin yang ke empat ialah Syaitan. Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan penghuni syurga.Mereka dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati).  (Al Baqarah, 2:36). Menurut bahasa Arab adalah ruuhun syariirun atau roh yang sangat jahat/buruk atau suatu kehidupan yang sangat buruk atau pendurhaka yang merusak”. Sedangkan syaitan secara istilah adalah sifat yang jahat yang tersembunyi dalam diri jin dan manusia yang dapat menimbulkan kerusakan dan kehancuran. Jadi syaitan adalah sebutan dari kalangan jin dan manusia yang jahat. Hal ini sesuai dengan definisi Allah mengenai syaitan dalam Al Quran maksudnya : “Syaitan yang membisikkan (k

BAHAYA HASAD DENGKI.

Sabda Rasulullah SAW: “Seorang mukmin selalu dikelilingi   lima musuh yang membahayakan, iaitu s eorang mukmin yang hasad, orang munafiq yang membenci, orang kafir yang memerangi, syaitan yang menyesatkan dan hawa nafsu yang menyeretmu. (Termidzi) . Pengertian Hasad. Hasad ialah perasaan tidak senang melihat orang lain mendapatkan kenikmatan (kesenangan). Hasad dapat membuat seseorang mudah membuat dan menyebarkan berita yang tidak benar (kejelekan) orang lain yang tidak ada buktinya. Sifat hasad mudah membuat gosip (berita tidak benar) terhadap orang yang tidak disukainya. Sifat hasad dapat merusakkan kebaikan yang dimiliki seseorang. Nabi saw bersabda : اَلْحَسَدُ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ (رواه ابوداود) Ertinya : “Dengki itu memakan kebaikan, sebagaimana api memakan kayu bakar” (H.R. Abu Daud). Firman Allah : أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَى مَا آتَاهُمُ اللهُ مِنْ فَضْلِهِ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ

KEPALA CUCU NABI SAW DIPANCUNG.

Golongan Munafik adalah golongan yang menzahirkan diri sebagai Muslim sambil menyembunyikan kekafiran mereka. Mereka boleh memperkatakan tentang Islam, mereka alim dan arif tentang ilmu-ilmu Islam, mereka petah dan lancar membicarakan dan membahaskan hal ehwal Islam, tetapi disebalik penzahiran Islam mereka, terkandung agenda untuk merosakkan dan menyesatkan umat Islam. Kaum munafik ini diibaratkan bagai "musang berbulu ayam" atau "musuh dalam selimut". Mereka menzahirkan keislaman mereka, lantas kita sukar untuk mengenali mereka melainkan perkhabaran yang datangnya dari Rasulullah SAW serta tanda-tanda yang disebut di dalam Al Quran. Firman Allah dalam Surah Al Munafiqun ayat 1 hingga 6 : إِذَا جَآءَكَ ٱلۡمُنَـٰفِقُونَ قَالُواْ نَشۡہَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ ۥ وَٱللَّهُ يَشۡہَدُ إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ لَكَـٰذِبُونَ (١) ٱتَّخَذُوٓاْ أَيۡمَـٰنَہُمۡ جُنَّةً۬ فَصَدُّواْ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّہُم

PERANG RIDDAH.

( Ladang kurma di Madinah berlatar belakangkan bukit Uhud ). Perang Riddah  (Arab: حروب الردة), juga disebut Perang Melawan Kemurtadan Melawan Kemurtadan Melawan Kemurtadan Melawan Kemurtadan, membentuk pasukan yang terbagi atas sebelas infantri.Pasukan tersebut melawan pemberontakan beberapa suku Arab. Perang ini dilancarkan oleh Khalifah Abu Bakar selama tahun 632 dan 633 M, setelah kematian Nabi Muhammad SAW. Pemberontakan-pemberontakannya, dalam penulisan sejarah Islam pada masa itu dianggap bersifat keagamaan, oleh kerana ada salah seorang pengikut Nabi Muhammad yang kemudian mengaku sebagai seorang nabi iaitu, Musaylamah Al Kazzab. Pemberontakan tersebut ada aspek keagamaan lainnya. Madinah telah menjadi pusat sistem  sosial dan politik, yang di dalamnya agama menjadi bagian penting; akibatnya tidak terelakkan lagi bahwa reaksi melawan sistem ini juga memiliki aspek keagamaan. Di awal pemerintahan khalifah Abu Bakar telah terjadi peristiwa riddah s