Langkau ke kandungan utama

WANITA SOLEHAH.


( Wanita Solehah menutup aurat ).


Personaliti wanita yang disayangi Allah dan Rasul. Islam telah memuliakan wanita setelah agama dan bangsa lain di muka bumi ini
menghina dan meletakkan
wanita sebagai hamba kepada nafsu seks dan sumber mencari harta dengan menggadaikan maruah dan akhlak mereka.
Meringankan tugas beban, meringankan bebanan perasaan dan lain-lain.



Sementara kedudukan di Akhirat, mereka diberi kemudahan oleh Allah untuk masuk syurga. Iaitu mereka mereka  hanya melakukan solat lima waktu, puasa Ramadhan, taat suami dan menjaga maruah. Allah menjamin mereka dengan balasan syurga.



Bila kaum wanita bermaruah
dan berakhlak, disitulah terletak nilai dan ketinggian darjat dan mereka menjadi golongan
 yang menyenang kan hati suami dan keluarga serta harapan masyarakat dan generasi akan datang.



Tapi jika akhlak wanita rosak, menyebabkan suami,
anak dan rumahtangga serta
masyarakat turut menjadi rosak dan porak peranda.
Tepat sekali kata hukama':
"Wanita asalah tiang negara
atau tunggak negara. Jika mereka rosak, maka rosaklah
negara dan jika mereka baik,
maka baiklah pula sesebuah
negara dan bangsa."



Sabda Rasulullah SAW, maksudnya; "Dunia merupakan satu keseronok kan (kenikmatan dan kebahagiaan). Sebaik-baik keseronokan  (kenikmatan dan kebahagiaan) ialah wanita solehah." (Muslim).


Sabda Rasulullah SAW, maksudnya; "Sebaik-baik wanita (isteri) ialah apabilaaapabila memandangnya
menyenangkan hati, jika diperintah ditaat dan jika ditinggalkan dirumah ia menjaga maruah dirinya dan hartamu."(HR An-Nasaie).



Inilah nilai wanita sebenar
yang menjadi pilihan lelaki dan diperlukan oleh masyarakat. Nilai mereka pada iman yang tertanam didalam jiwa mereka dan akhlak mulia yang menjadi perhiasan dan pakaian diri mereka.



Demikian kedudukan wanita disisi Allah dan disisi Islam. Ia berkait rapat dengan kedudukannya di sisi suaminya, dalam rumah tangga dan dalam masyarakat serta alam sejagat amnya.













Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N