Langkau ke kandungan utama

ALAT DAN MATLAMAT PERJUANGAN.



( Alat dan matlamat perjuangan ).


Umat Islam hendaklah memahami dan dapat membezakan antara alat dengan matlamat atau tujuan. Dalam Al Quran ada diingatkan, "tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku (Allah).



Realiti kini adalah kita sudahpun berada di dalam satu era ketika teknologi sudah pun menjadi sebahagian daripada cara hidup, dan perkataan seperti robotik, teknologi nano, bioteknologi dan artificial intelligence (AI) menjadi bualan dalam kalangan masyarakat. Dengan dunia di hujung jari melalui pelbagai aplikasi dalam telefon pintar, kebergantungan masyarakat terhadap internet sudah berada pada tahap sama seperti keperluan asas yang lain.



Menurut Abuya Imam Ashaari at Tamimi, teknologi tidak salah. Cuma sejauhmana kita dapat gunakannya sesuai dengan kehendak Tuhan. Contoh pisau tidak salah, cuma. bagaimana ia digunakan. Kalau pisau berada ditangan
suri rumah tangga sudah tentu digunakan untuk memotong sayur atau ikan.
Tetapi kalau pisau berada ditangan perompak atau penjenayah dan digunakan untuk merompak dan membunuh sudah tentulah salah penggunaan pisau tersebut.



Kalau pembinaan roh atau insaniah masyarakat dibangunkan dengan serius, segala peralatan dan perkembangan teknologi dapat dimanfaatkan untuk Islam. Contoh lagi kalau buat
kuliah secara tradisi, guru hanya dapat menyampaikan
ilmu kepada murid-murid yang hanya ada dihadapannya sahaja. Melalui teknologi guru dapat
menyampaikan ilmu kepada murid-murid didepan matanya dan juga mereka yang tidak dapat dilihat depan mata dengan hanya lintas langsung boleh terhubung ketempat-tempat
yang jauh hingga melangkaui beberapa negara.



Namun begitu impak Revolusi Industri Keempat yang lebih besar adalah kepada nilai kemanusiaan itu sendiri dalam menjalani kehidupan sebagai masyarakat global. Sebagaimana Revolusi Industri terdahulu mengubah landskap kehidupan masyarakat kita hinggakan berlaku ketirisan dalam budaya ketimuran yang diamalkan, Revolusi Industri Keempat ini mempunyai impak yang lebih mendalam dan pastinya akan mempengaruhi paradigma dan world view masyarakat di negara ini, terutama generasi muda yang kini menjadi digital natives atau masyarakat asli digital.



Jangankan anak-anak, ibu bapa mereka sendiri akan merasa sesuatu yang kurang sekiranya telefon pintar tidak mempunyai akses internet ketika pulang ke kampung contohnya. Tidak berhubung melalui Facebook, Wechat, WhatsApp atau Instagram seolah-olah tidak lengkap kehidupan seorang individu kini. Kalau pada era 80an teguran “Lama tak nampak?” merujuk kepada kewujudan seseorang secara fizikal, kini teguran yang sama mungkin merujuk kepada kemunculan di media sosial dalam bentuk digital.



Tidak dapat disangkal kepesatan teknologi digital ini mempunyai impak yang positif dalam hubungan manusia. Ibu bapa yang anak-anak belajar jauh di luar negara tidak perlu risau lagi menunggu khabar berita kerana dalam masa sesaat, mereka akan tahu apa yang dilakukan oleh anak masing-masing melalui pelbagai aplikasi dalam telefon pintar.



Sesungguhnya kita tidak dapat lari daripada apa juga perkembangan teknologi yang berlaku di masa kini dan akan datang, justeru pengukuhan nilai kemanusiaan dan kerohanian perlu diperkukuh selari dengan usaha kita mendepani cabaran global. Sehubungan itu, satu revolusi kemanusiaan juga perlu untuk menangani ketirisan nilai yang berlaku hasil daripada revolusi industri terdahulu. Pembangunan roh
wajib dilaksanakan. Bila ini berlaku akan lahirlah manusia yang memiliki akhlak yang mulia dalam masa yang sama memiliki teknologi yang tinggi. Maja lahirlah masyarakat sufi yang berteknologi.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N