Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

KAYA JIWA DAPAT GEMBIRAKAN DIRI DAN ORANG LAIN.

Orang kaya jiwa adalah orang yang memiliki kekayaan yang sebenar. Kekayaan yang betul-betul dapat memuaskan dan memberi kebahagiaan kepada diri sendiri dan manusia lain. Orang yang kaya jiwa dapat gembirakan diri sendiri dan juga gembirakan orang lain. Orang yang kaya jiwa juga memiliki kekuatan yang berjaya melawan nafsu yang ada didalam diri manusia.  Nak kenal orang kaya jiwa bukan dengan mengira berapa banyak hartanya, atau  degree keilmuan yang dimiliki, tapi dengan melihat sikap atau perangainya.  Kalau ada orang menghina, mengumpat, mencaci maki di depan atau di belakang bagaimana sikap kita? Dapatkah kita merasa senang dan tenang? Mudahkah  kita menahan hati yang sedang membara menahan marah? Dapatkah kita diam saja tanpa sakit hati atau susah hati atau menyimpan dendam? Dapatkah kita ucapkan “Assalaamualaikum,” dan meninggalkan mereka dengan senyum manis? Mampukah kita memaafkan mereka? Tentu bukan mudah. Hati kita tentu sakit dan menderita. Apalagi hendak berbuat baik dengan

KEKAYAAN YANG WAJIB DICARI

Pada dua posting sebelum ini, telah dikongsikan panduan dari Abuya tentang cara-cara atau formula menjadi kaya. Kalau dilaksanakan dengan mengikut syarat-syaratnya insyaAllah boleh dapat kekayaan yang halal, bermaruah dan selamat.  Mencari kekayaan itu adalah salah satu bentuk ibadah, oleh sebab itu syarat-syaratnya juga sama dengan syarat ibadah, iaitu: 1. Niatnya betul iaitu kerana Allah 2. Perkara yang diusahakan betul 3. Cara pelaksanaannya juga betul mengikut syariat 4. Natijah atau hasilnya juga betul di jalan Allah 5. Tidak meninggalkan perkara yang asas seperti solat lima waktu. Memang ramai orang nak kaya, sebab itulah aktifiti paling sibuk di dunia hari ini ialah berlumba-lumba mencari kekayaan.  Lebih-lebih lagi dalam keadaan politik dan ekonomi negara yang tidak menentu. Rasa takut miskin, gelisah sedang semarak dihembuskan oleh syaitan ke dalam hati manusia.  Hingga ada yang terlajak menghalalkan segala cara untuk mendapat kekayaan.  Moga-moga dua entri sebelum ini sedikit

MENUMPANG KAYA SECARA HALAL

Bila tengok orang kaya dengan kehidupan mewah dan selesa, setiap orang pasti akan terdetik rasa ingin  jadi begitu.  Kalau rasa itu didorong nafsu, timbullah iri hati, hasad dengki.  Kalau didorong roh yang baik, timbullah rasa gembira tengok orang lain selesa, lebih-lebih lagi kalau orang itu ada kaitan keluarga atau sebangsa, seagama, senegara dengan kita.  Paling sering terjadi mungkin kita akan rasa termotivasi untuk menjadi seperti dia. Atau ada yang terfikir untuk menumpang kekayaan orang itu.  Yang jahat fikir secara jahat, misalnya dengan menipu atau merompak. Yang baik mungkin terfikir bagaimana nak minta sumbangan atau bekerja atau buat kerjasama  dengan orang itu.  Tak adakah cara lain yang halal dan bermaruah? Sebenarnya ada!  Ada cara menjadi kaya dengan menumpang secara halal dan bermaruah.  Mengapa dikatakan halal? Kerana ia memang sah dalam syariat, termasuk dalam hukum halal. Tiada unsur hutang, riba, tipu, curi, rompak dll. Adakalanya yang ditumpangi itu pun tak tahu,

MENJADI KAYA DENGAN USAHA SIFAT TAQWA

Suatu hari, sewaktu saya kecil dahulu, Abuya bawa saya pergi makan di sebuah kedai makan di halaman masjid Pakistan, Kuala Lumpur.  Abuya tunjuk satu frame ayat Al Quran yang digantung di dinding kedai itu. Abuya kata, kamu nak tahu tak, dengan ayat ini tauke kedai ni jadi kaya.  Saya menjawab dengan semangat, nak ..nak ..nak!!  Maka Abuya pun kongsikan ilmu berikut ini kepada saya. Siapa tak nak kaya? Semua nak kaya; kaya iman, kaya ilmu, kaya harta, kaya jiwa dan lain-lain.  Tapi malangnya orang lebih fokus hendak mendapatkan kaya harta, kurang mengambil berat tentang kaya iman dan kaya ilmu, terutama ilmu agama. Ramai manusia menyempitkan skop kaya itu pada wang ringgit, harta benda atau popularnya disebut Rezeki. Maka dari itu orang belajar agama pun untuk dapatkan rezeki.  Dan ayat-ayat Al-Quran tentang rezeki sangat popular, salah satunya adalah ayat yang Abuya tunjukkan pada saya di dinding kedai makan Pakistan itu.  وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًا. وَيَرْزُقْهُ م

HUBUNGAN GURU DENGAN MURID DALAM ISLAM.

Berkunjung ziarah, bermusafir, bersilaturrahim adalah tuntutan fitrah. Bila perkara-perkara tersebut menepati tuntutan Islam ia dikira ibadah. Kenangan bersama guru-guru yang pernah mengajar, terutamanya guru-guru ketika di sekolah rendah dan di sekolah menengah suatu pengalaman yang indah. D alam Islam ada adab-adab antara murid dengan guru. Menelusuri dan menjejak guru dengan tujuan silaturrahim adalah usaha baik dan diberkati, sekalipun guru itu sudah tidak mengajar kita lagi. Menurut Imam Ghazali salah satu adab murid dengan guru ialah menziarahinya. Maksud firman Allah: “ Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara ”  (Surah al-Hujuraat, 49: 10) Maksud Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim." (H.Riwayat Bukhari). Dari Anas bin Malik ra.:  Bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kamu saling membenci, saling mendengki dan saling bermusuhan, tetapi jadilah kamu hamba-hamba