Langkau ke kandungan utama

MENJADI KAYA DENGAN USAHA SIFAT TAQWA



Suatu hari, sewaktu saya kecil dahulu, Abuya bawa saya pergi makan di sebuah kedai makan di halaman masjid Pakistan, Kuala Lumpur.  Abuya tunjuk satu frame ayat Al Quran yang digantung di dinding kedai itu. Abuya kata, kamu nak tahu tak, dengan ayat ini tauke kedai ni jadi kaya.  Saya menjawab dengan semangat, nak ..nak ..nak!!  Maka Abuya pun kongsikan ilmu berikut ini kepada saya.

Siapa tak nak kaya? Semua nak kaya; kaya iman, kaya ilmu, kaya harta, kaya jiwa dan lain-lain.  Tapi malangnya orang lebih fokus hendak mendapatkan kaya harta, kurang mengambil berat tentang kaya iman dan kaya ilmu, terutama ilmu agama.

Ramai manusia menyempitkan skop kaya itu pada wang ringgit, harta benda atau popularnya disebut Rezeki. Maka dari itu orang belajar agama pun untuk dapatkan rezeki.  Dan ayat-ayat Al-Quran tentang rezeki sangat popular, salah satunya adalah ayat yang Abuya tunjukkan pada saya di dinding kedai makan Pakistan itu.

 وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًا.

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْرًا.         

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya (tidak diduga). Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaq, 65:3).
                                          
Ayat ini begitu popular sebagai ayat rezeki, ada yang menyebutnya Ayat Seribu Dinar.  Umat Islam ramai yang membuat frame ayat ini dan menggantungnya di dinding rumah atau kedai, misalnya di kedai makan mamak.  Tujuan asalnya ialah supaya senang dilihat, dibaca dan diingat.  Yang lebih penting lagi supaya ditubi atau diresapkan dalam hati maksud ayat itu hingga menjadi keyakinan yang kental bahawa Allah Maha Memberi Rezeki.  Rasa tawakkal yang mantap itulah yang hendak didapatkan. Kerana, rasa tawakkal itu adalah salah satu dari sifat taqwa.

Walaupun seseorang itu belum bertaqwa sepenuhnya, baru mengusahakan satu sifat taqwa, tapi sudah dapat habuannya.  Sebab itu, tidak hairanlah orang-orang yang mendapat faedah dari ayat ini sekalipun dalam perkara-perkara lain masih derhaka.  Ada orang yang solat pun belum istiqomah, masih mujahadah, tapi berkat satu sifat taqwanya iaitu tawakkal, yakin sangat bahawa Allah Maha Memberi Rezeki seperti yang dijanjikan Allah dalam ayat ini, maka Allah beri rezeki yang dia minta.

MasyaAllah, itulah kasih sayang Allah.  Baru sahaja seseorang itu mengusahakan satu sifat taqwa yakni tawakkal, Allah dah jadikan dia kaya.  Sediakan salurannya seperti berniaga, bertani, mengambil upah dan lain-lain usaha lahir, kemudian tanam betul-betul rasa tawakkal, maka Allah salurkan kekayaan yang diminta. Tapi kekayaan seperti itu tidak menjamin seseorang itu selamat.  Di dunia lagi macam-macam anacaman dan masalah menimpa orang kaya.  Di Akhirat pula entah apa nasib orang kaya, belum tahu lagi. 

Namun sekurang-kurangnya dia sedang mengusahakan satu sifat taqwa yakni tawakkal dan mendapat habuan kekayaan harta di dunia. Bayangkanlah kalau makin banyak sifat taqwa yang diusahakan, tentu makin banyaklah habuan yang Allah akan beri.  Mengusahakan sifat taqwa SABAR misalnya, maka Allah beri ketenangan, Allah beri ramai kawan, Allah beri wajah yang ceria, dan lain-lain lagi.  Kiaskanlah kepada sifat-sifat taqwa yang lain.

Taman Rehat Anggun, 11 Disember 2015

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N