Langkau ke kandungan utama

KEKAYAAN YANG WAJIB DICARI




Pada dua posting sebelum ini, telah dikongsikan panduan dari Abuya tentang cara-cara atau formula menjadi kaya. Kalau dilaksanakan dengan mengikut syarat-syaratnya insyaAllah boleh dapat kekayaan yang halal, bermaruah dan selamat.  Mencari kekayaan itu adalah salah satu bentuk ibadah, oleh sebab itu syarat-syaratnya juga sama dengan syarat ibadah, iaitu:

1. Niatnya betul iaitu kerana Allah
2. Perkara yang diusahakan betul
3. Cara pelaksanaannya juga betul mengikut syariat
4. Natijah atau hasilnya juga betul di jalan Allah
5. Tidak meninggalkan perkara yang asas seperti solat lima waktu.

Memang ramai orang nak kaya, sebab itulah aktifiti paling sibuk di dunia hari ini ialah berlumba-lumba mencari kekayaan.  Lebih-lebih lagi dalam keadaan politik dan ekonomi negara yang tidak menentu. Rasa takut miskin, gelisah sedang semarak dihembuskan oleh syaitan ke dalam hati manusia.  Hingga ada yang terlajak menghalalkan segala cara untuk mendapat kekayaan.  Moga-moga dua entri sebelum ini sedikit sebanyak dapat memberi jawaban atau jalan keluar atas kegelisahan masyarakat ini.

Mencari kekayaan memang tidak dilarang, tapi jenis kekayaan apakah yang patut kita cari? Apakah kekayaan yang sebenar yang betul-betul dapat memuaskan dan memberi kebahagiaan kepada manusia?

Rasulullah bersabda dalam hadis Abu Hurairah :

لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ، وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

“Bukanlah kekayaan itu karena banyaknya harta, tetapi kekayaan adalah kaya hati.” (HR. Bukhari dan Muslim ).

Hadis Abu Sa’id al-Khudri :

وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللهُ

“Siapa yang menampakkan kecukupan niscaya Allah akan membuatnya kaya.” (HR. al-Bukhari no. 1469 dan Muslim no. 1745).

Maksudnya, jika seseorang itu merasa cukup dengan apa yang Allah bagi, maka itulah hakikat kaya.  Yang kaya itu hati, perasaan kaya, rasa cukup, rasa puas, rasa selesa dengan apa yang Allah beri.  Ertinya kaya itu sebenarnya bukan pada nilai harta benda itu, tapi pada rasa hati seseorang. Ia sangat subjektif, sangat berbeza antara satu sama lain. Si A memiliki wang 1000 ringgit, rasa puas dengan apa yang dia ada itu.  Si B pula orang yang memiliki 10 juta ringgit, tapi rasa tak cukup.  Hakikatnya si A lebih kaya dari si B sekalipun nilai kekayaan maddiah atau lahiriah si A kurang dari B.

Menurut Abuya kekayaan itu bukan bersifat maddiah sahaja. Secara ringkasnya kaya ada 3 jenis:

1. Kaya harta (lahiriah/fizikal)

2. Kaya ilmu (mental)

3. Kaya iman (spiritual)

Kaya fizikal adalah kaya dalam makna awam.  Bila orang kata kaya, biasanya merujuk pada kaya jenis ini.  Gelaran OKK (orang kaya-kaya), jutawan, hartawan, milioner, bilioner, tycoon, tajir dan lain-lain merujuk pada kaya fizikal ini.  Orang-orang kaya begini dikelaskan mengikut jumlah kekayaan fizikal yang mereka miliki, seperti nilai asset, nilai saham, nilai perniagaan dan lain-lain.

Kaya ilmu merujuk kepada seberapa banyak ilmu yang dikuasai.  Walaupun istilah kaya ilmu ini tidak popular, tapi orang mengiktirafnya dengan sijil atau gelaran-gelaran keilmuan yang diperolehi, misalnya sarjana, doktor, profesor dan lain-lain. Dalam Islam pengiktirafan ini tidaklah dilarang, tapi jenis ilmu yang wajib dituntut sudah ditetapkan oleh syariat, iaitu ilmu fardhu ain, fardhu kifayah dan ilmu mubah (harus). Menjadi orang yang kaya ilmu dengan membangunkan akal ialah dengan belajar. Ini lebih susah dari membangunkan fizikal. 

Kita memburu ilmu adalah wajib. Kita tidak akan faham kehendak Tuhan tanpa ilmu. Maka untuk memahami, mengenal Tuhan perlukan ilmu. Maka memburu ilmu disini adalah WAJIB. Tidak akan sempurna tuntutan Tuhan melainkan dengan ilmu maka dengannya itu jatuh wajib.

"Menuntut ilmu wajib atas tiap muslim (baik muslimin maupun muslimah)". (HR. Ibnu Majah)

"Niscaya Allah akan meninggikan beberapa derajat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat" (Al mujadalah: 11)

Kaya iman (spiritual) merujuk kepada soal keyakinan. Orang yang kaya iman juga dikatakan kaya roh atau kaya jiwa. Sebenarnya kaya hati ialah kaya yang hakiki. Tidak ada lagi kekayaan yang boleh mengatasi kaya hati. Orang yang kaya hati, imannya kuat., keyakinannya kental. Akhirat adalah matlamatnya. Dengan dunia ini, ada atau tidak ada sama sahaja baginya. Bagi orang yang kaya hati, dunia ini sesuatu yang mudah. Dia merasa cukup dan puas dengan apa yang ada. Banyak atau sedikit serupa sahaja. Orang yang kaya merasa cukup dengan Tuhan.

Ulama menerangkan makna hadits Abu Hurairah, 

“Hakikat kekayaan bukanlah banyaknya harta yang dimiliki, karena kebanyakan orang yang diberi kelapangan harta oleh Allah justru tidak merasa cukup dengan apa yang diberikan kepadanya. Ia malah berupaya sekuat tenaga menambah hartanya tanpa peduli dari mana harta tersebut diperoleh. Orang yang demikian berarti seperti seorang yang fakir karena kemahuannya sangat kuat. Hakikat kekayaan adalah kaya hati, yaitu merasa cukup dengan apa yang diberikan kepadanya, qana’ah dengannya, merasa redha, dan tidak tamak menambah harta, serta tidak memaksa dalam meminta. Orang seperti ini seakan-akan orang kaya.” (Fathul Bari, 11/328—329).

Dari huraian di atas, dapat difahami bahawa kaya ilmu dan kaya iman adalah wajib, sedangkan kaya harta adalah harus.  Kalau orang miskin harta, dia miskin di dunia sahaja.  Kalau miskin sangat, mungkin akan kebulur dan mati.  Kalau dia sabar dan redha dengan keadaan itu, mungkin akan membawanya ke Syurga.  Sedangkan orang yang miskin ilmu hingga dia tak kenal Allah, tak faham agama, maka neraka padahnya.  Lebih-lebih lagi jika miskin iman, walau ilmu dan harta melimpah, tidak menjamin untuk dia selamat di Akhirat.

Marilah kita ubah persepsi, ubah tindakan, dari mengejar kekayaan fizikal semata-mata kepada mengejar kekayaan ilmu Akhirat dan kekayaan iman. Berlumba-lumba menambah ilmu yang membuat kita makin kenal, cinta dan takut kepada Allah.  Mari berlumba-lumba mengkayakan hati dengan menambah sifat-sifat mahmudah, memperindahkan akhlak, mengkhusyukkan solat, memperbanyakkan zakat, sedekah.  Meriahkan dunia ini dengan kasih sayang sesama manusia, silaturahim, tolong menolong dan bertolak ansur.  Jadikan Allah matlamat hidup, Rasul suri tauladan kita.  Membesarkan Rasulullah dengan membanyakkan selawat dan mengamalkan sunahnya. Itulah aktifiti yang patut kita berlumba-lumba demi mengumpul kekayaan ilmu dan kekayaan iman.  InsyaAllah kekayaan fizikal itu akan datang bersamanya.

Sebagai contoh, bila kita mengutamakan solat, maka segala sesuatu yang berkaitan dengan solat itu akan bangun.  Solat perlu air untuk thaharah, maka teknologi dan perniagaan air akan terbangun.  Solat perlu menutup aurat, maka teknologi dan perniagaan kain akan terbangun.  Solat berjemaah perlukan masjid, maka teknologi kejuruteraan dan perniagaan pembinaan akan terbangun. Jadi, dalam menegakkan ibadah solat sahaja, pelbagai kekayaan fizikal akan turut serta.

Abuya  juga mengingatkan, kita hidup adalah untuk menjadi hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.  Kita berjuang dengan tujuan untuk menegakkan hukum Tuhan dan mendapatkan reda Tuhan. Semasa berjuang kita diberikan kemudahan dan kesenangan, itu bukanlah tujuan tetapi adalah bonus dari Tuhan.  Kesenangan itu hanyalah alat yang Allah beri untuk memudahkan perjuangan kita.  Jangan pula kita tertipu menukar alat menjadi matlamat dan matlamat pula menjadi alat.  Allah, Rasul, agama, ayat-ayat Quran jangan dijadikan bahan dan alat untuk mendapat duit.

Anggun, 20 Disember 2015

Ulasan

  1. Syukran..atas ingatannya.. minta izin share ya.

    BalasPadam
  2. Kaya dengan mengunakan sedekah orang yg ditujukan kepada anak anak yatim dan asnaf zakat?? Kaya dengan sumbangan orang yg ditipu dengan ajenda ugama .. banyak bini, anak melambak lambak .. makan duit sedekah orang yang tertipu ..

    Segeralah bertaubat .. setan betina tu jadi wasillah kononya...lebai lebai bahalol terhangguk hangguk walaupun setan betina itu melalut entah apa apa .. patutlah puak puak bodoh yang tidak mahu menggunakan akal ini selayaknya dibakar dalam neraka ..mensia siakan akal yang diberikan oleh Allah..

    Islam itu melalui Nas al Quran dan Sunnah Rasululullahnya ... macam mana lah kau booleh tertipu dengan si tua kutok dari pilin itu?? pembantu Imam Mahdi mulut macam pantat berok?? tak der akai ker puak puak arqam bahalol ni????

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N