Langkau ke kandungan utama

HUBUNGAN GURU DENGAN MURID DALAM ISLAM.


Berkunjung ziarah, bermusafir, bersilaturrahim adalah tuntutan fitrah. Bila perkara-perkara tersebut menepati tuntutan Islam ia dikira ibadah. Kenangan bersama guru-guru yang pernah mengajar, terutamanya guru-guru ketika di sekolah rendah dan di sekolah menengah suatu pengalaman yang indah. Dalam Islam ada adab-adab antara murid dengan guru. Menelusuri dan menjejak guru dengan tujuan silaturrahim adalah usaha baik dan diberkati, sekalipun guru itu sudah tidak mengajar kita lagi. Menurut Imam Ghazali salah satu adab murid dengan guru ialah menziarahinya.


Maksud firman Allah:

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara
 (Surah al-Hujuraat, 49: 10)

Maksud Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim."
(H.Riwayat Bukhari).

Dari Anas bin Malik ra.: 
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kamu saling membenci, saling mendengki dan saling bermusuhan, tetapi jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal seorang muslim mendiamkan (tidak menyapa) saudaranya lebih dari tiga hari." Kitab Sahih Muslim (Bahasa Arab 4641).

     Mengimbau kembali ketika ziarah ke rumah guru, Abuya Ashaari Attamimi dan keluarga gurunya di Kelang Selangor. Setiap kali berkunjung ke rumah gurunya, Abuya membawa buah tangan. Saya bersyukur dapat peluang mengikuti Abuya menziarahi salah seorang gurunya iaitu Syeikh Khalil di Kelang. Selepas kematian gurunya Abuya mengambil berat keluarga gurunya itu. Iaitu dengan memberikan pendidikan secara rasmi kepada anak-anak gurunya dan disekolahkan di tempat Abuya. Sikap Abuya itu sangat mendidik dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri saya. Itu adalah salah satu contoh akhlak dalam Islam.

Ada seorang lagi guru Abuya di Melaka.  Setiap tahun Abuya bawa isteri-isteri, anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu dan anak-anak murid Abuya pergi menziarahi beliau ke rumahnya. Abuya membawa buah tangan seperti barang siap masak dan juga bahan-bahan mentah untuk dimasak.  Sayangnya Abuya kepada gurunya itu dan begitu jugalah guru itu sayang sangat dengan Abuya.  Dia bahasakan diri dia atuk kepada anak-anak Abuya.  Mula-mula kami ingat beliau ada pertalian saudara dengan Abuya, atau setidak-tidaknya beliau guru agama masa Abuya di sekolah rendah dahulu.  Rupanya tekaan kami salah.  Ternyata beliau adalah guru akademik waktu Abuya di sekolah rendah dulu.  Beliaulah yang mengenalkan Abuya huruf ABC, angka 123.  Abuya kata, walaupun beliau bukan mengajar agama, tetapi ilmu membaca dan menulis yang beliau ajar juga penting.  Dengan membaca kita dapat ilmu dan dengan menulis kita berdakwah. Jadi, besarlah  jasa guru yang mengajar membaca dan menulis.

     Apabila kita membawa  akhlak Islam, maka dilihat sangat indah umpama bunga-bunga yang sedang berkembang di taman. Contohnya, kasih sayang sangat disenangi semua manusia tidak kira apa umur atau peringkat kehidupan mereka. Kasih sayang adalah misi utama perjuangan umat Islam. Apa yang kita dapat lihat Abuya Ashaari At-Tamimi melahirkan model akhlak, misalnya bagaimana dia sangat membesarkan gurunya seperti yang dikongsikan diatas. 

     Hasil didikan dan pimpinan yang dipelopori oleh Abuya  dapat mengikat hati kita seperti hubungan guru murid, sekalipun kita tak pernah berada dalam kelas beliau.  Ada orang yang membaca dan mengamalkan ilmu dari Abuya, sekalipun tak pernah bertemu Abuya, tapi tetap dapat merasakan Abuya itu gurunya. Ia adalah ikatan hati yang payah hendak dijelaskan namun payah juga hendak dipisahkan. Ilmu guru yang datang dari hati akan jatuh ke hati. Hubungan antara guru dengan murid lebih seni daripada hubungan antara pemimpin dan pengikut. Hubungan ini adalah hubungan hati. 

Mengapa terjadi demikian? Ini kerana fitrah kita dapat merasakan bahawa guru itu amat berjasa, lebih-lebih lagi guru yang mendidik kita tentang Allah, Rasul, kehidupan ukhrawi, dan hal-hal rohani yang tak ternilai harganya.  Dia menyelamatkan kita secara maknawi.  Sedangkan orang yang memberi kita makan pun kita sayang, inikan pula guru yang memberi iman, menunjuk jalan kebenaran.  Abuya ada ingatkan kita dalam madahnya: 

"Orang yang paling berjasa kepada kita ialah orang yang menunjukkan kita jalan ke Akhirat."


Anggun, 27 Safar 1437/9 Disember 2015


     

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N