Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

MANUSIA PALING AJAIB.

SEPANJANG ZAMAN TUHAN SIAPKAN PARA PEJUANG KEBENARAN. Apakah kita sudah di atas 'line' yang betul dan tepat menuju kemenangan. Atau berada bersama musuh tanpa kita sedari. Sekarang adalah era kebangkitan Islam.Tuhan telah setkan pada azali lagi atau telah jadualkan kebangkitan tersebut. Kita kena siapkan Landskap untuk kebenaran. Bagi yang menunggu dajjal mereka telah persiapkan landskap untuk dajjal. Bagi umat Islam kita bertanyakan pada diri sendiri apakah Landskap yang kita sediakan. Orang yang hendak bersama Imam Mahdi, dia menanamkan cita-cita untuk jadi pejuang. Jiwanya, fikirannya dan seluruh fizikalnya memang dipersiapkan untuk berjuang. Perjuangan Islam adalah minatnya, kesukaannya, darah dagingnya, jiwa raganya, akal fikirannya dan hidupnya diserahkan untuk Allah SWT dan Rasulullah SAW. Pejuang Islam yang berjuang bersama Rasulullah SAW, mereka disebut Para Sahabat. Mereka yang tidak bertemu dengan Rasulullah tetapi mereka berjuang dengan Para Sahabat d

PERJUANGAN AKHIR ZAMAN.

HADIAH DARI GURU MURSYID. Di hadapan kita ini ialah sebuah artikel tentang IMAN. Kita kongsikan sebuah kuliah Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Anggaplah ia sebagai hadiah istimewa dari guru mursyid kita. buat kenangan dan pusaka peninggalan  yang telah  sempat Abuya abadikan pada kita. Abuya bantu kita supaya dapat kita gunakannya dengan sebaik baiknya sebagai satu-satunya hadiah yang paling berharga buat guru mursyid kita. Bagi kehidupan kita di dunia apalagi kehidupan di Akhirat. (Pendidikan awal mengenal Tuhan). Iman ialah punca tenaga,tempat lahirnya segala-gala yang kita perlukan dalam hidup ini. Iman ialah harta manusia yang akan mengkayakan hati. Iman ialah kekuatan manusia yang akan menguatkan jiwa kita. Iman  ialah pendidikan yang akan menjadikan kita manusia yang berakhlak mulia dan berbudi tinggi. Iman ialah sahabat kita yang karib dan setia, yang sentiasa bersama di waktu suka dan duka.Iman ialah pembimbing kita yang akan memandu kita kep

TAQWA FAKTOR KEBANGKITAN.

TUHAN KAWAL KEBANGKITAN. Kebangkitan Islam di dokong dengan taqwa.Bahawa Tuhan telah taqdirkan kebangkitan Islam bermula di Timur. Tapak kebangkitan Islam tersebut Tuhan yang taqdirkan, maka Tuhan sendiri ada cara untuk mengawalnya. Firman Allah SWT: وَٱللَّهُ يَرْزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ Maksudnya:" Allah memberikan rezeki kepada mereka yang bertaqwa tanpa diduga." (Al Baqarah 2:212). Faktor taqwa adalah ciri penting yang telah Tuhan tetapkan syaratnya. Sebab itu umat Islam terus di ingatkan dengan taqwa.Ketika kita hadir solat jumaat,  pak Imam atau tok khatib membaca khutbah. Antara rukun khutbah ialah berpesan dengan takut kepada Allah. Orang yang bertaqwa dijanjikan dengan kemenangan. Dan dijanjikan dengan jalan keluar tanpa diduga. Sesungguhnya ayat-ayat Al Qur’an , mengandung berbagai janji. Allah telah menjanjikannya bagi para hamba-Nya yang beriman. Dia memberikan khabar gembira di dalamnya dengan kemenangan Islam.Namun, sebahagian u

MENAGIH JANJI ALLAH SWT.

MENAGIH JANJI ALLAH. "Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya". (Ali Imran 3:194). Apa janji Allah di akhir zaman untuk kita membuktikannya? Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum kiamat Islam pasti kembali gemilang walaupun antara masa kegemilangan itu dengan kiamat hanya sekadar masa memerah susu." Kalau sudah dijanjikan begitu, sewajarnyalah kita berjuang untuk membuktikan Islam benar-benar gemilang. Lebih-lebih bagi pejuang-pejuang Islam di Timur, kerana telah diisyaratkan  oleh Hadis bahawa di akhir zaman Islam akan bangkit di Timur. Timur yang dimaksudkan ialah kawasan yang terletak di bahagian timur semenanjung Tanah Arab yang merentasi benua Asia hingga ke Jepun (Timur Jauh).Secara khususnya, Timur yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW ialah gugusan Kepulauan Melayu yang merangkumi negara-negara seperti Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei Darussalam. Di dunia sebelah sinilah kebangkitan pengamalan Islam kini paling

KEADAAN MALAYSIA TEGANG.

Keadaan politik di Malaysia semakin meruncing. Sekalipun perubahan kerajaan baru telah berlaku. Parti Harapan telah menggulingkan kerajaan Barisan Nasional, namun kemelut politik masih berterusan. Ketika saya di Haramain beberapa orang Arab bertanyakan kepada saya, apakah peranan Agong atau raja di negara kamu? Hanya inginkan kepastian saja. Politik Arab Saudi berlaku dalam konteks sebuah raja mutlak dengan beberapa garisan Islam, di mana Raja adalah ketua negara dan kerajaan. Keputusan dibuat, berdasarkan sebahagian daripada perundingan di antara para panglima kanan keluarga diraja dan penubuhan agama. Mereka sendiri sudah maklum peranan Raja di Malaysia.  Saya salinkan nota berkaitan peranan Yang di-Pertuan Agong atau  Raja Malaysia(Tulisan Jawi: يڠ دڤرتوان اڬوڠ) ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kita imbau kembali panduan yang telah Abuya

MAJU BERSAMA AKHLAK.

"Apa yang ada di Amerika Syarikat ada di Malaysia dan apa yang ada di Malaysia tidak ada di Amerika Syarikat". Itulah antara ungkapan pelancung daripada Timur Tengah kepada penulis. Ertinya kemajuan yang berlaku di Amerika Syarikat ada di Malaysia tetapi kebangkitan Islam yang berlaku di Malaysia tidak ada di Amerika Syarikat. Apakah bentuk kemajuan, pembangunan dan tamadun yang mahu diperjuangkan oleh umat Islam? Adakah serupa seperti yang telah dicipta oleh Barat, Amerika dan Komunis? Kalau itulah bentuk tamadun yang hendak diperjuangkan, tidak payahlah kita menyebut Al Quran dan sunnah. Tidak payahlah kita bersusah-susah dengan yang canggih dan mudan. Cukup dengan kita ikut nafsu sahaja. Umat Islam mesti berjuang dan membangunkan kekuatannya yang tersendiri yang mempunyai satu bentuk dan identiti yang tersendiri yang mempunyai satu bentuk dan identiti yang unik, yang dapat mengatasi Barat dan Amerika tetapi disenangi dan disukai oleh manusia sejagat dan yang m

MALAYSIA DI TERAJUI OLEH AGUNG.

KEADAAN POLITIK MALAYSIA. Keadaan politik di Malaysia semakin meruncing. Sekalipun perubahan kerajaan baru telah berlaku. Parti Harapan telah menggulingkan kerajaan Barisan Nasional, namun kemelut politik masih berterusan.  Ketika saya di Haramain beberapa orang Arab bertanyakan kepada saya, apakah peranan Agung di negara kamu? Hanya inginkan kepastian saja. Mereka sendiri sudah maklum peranan Raja di Malaysia. Kita imbau kembali panduan yang telah Abuya kongsikan dengan kita. "Orang mukmin melahirkan rasa syukur kepada Allah dengan menerima ujian yang datang dan bersyukur dengannya. Dalam ujian ada nikmat silih berganti. Itulah rahmat Allah buat hamba-Nya yang bersyukur. Berdasarkan panduan yang telah Abuya berikan kepada kita, walaupun kita rasa cemas dengan suasana sekarang tetapi tetap ada berita gembira. Iaitu Tuhan dengan segala kebijaksanaan Nya telah lahirkan tokoh-tokoh rohani di Malaysia ini. Melalui tangan pemimpin rohani tersebut umat Islam

PEMIMPIN AKHIR ZAMAN.

IMAM MAHDI TOKOH PENYELAMAT. Imam Mahdi seorang pemimpin yang menjadi benteng kepada umat Islam. Beliau terus memimpin umat Islam dengan perjuangkan Usuluddin. Imam Mahdi memberi manusia Tuhan. Ilmu Usuluddin adalah ilmu yang berkaitan dengan Tuhan. Kalau diibaratkan bangunan, Usuluddin adalah foundation nya.Bangunan rumah serta peralatan peralatannya ialah syariat dan akhlak. Kalau begitu,ilmu Usuluddin dalam ajaran Islam amat penting dan utama. Kerana ia mengesahkan syariat dan akhlak. Kedatangan Imam Mahdi mengembalikan semula zaman kegemilangan Islam seperti yang pernah berlaku di era kebangkitan Islam  kali pertama. Kegemilangan Islam pernah berlaku dan ia  berlangsung selama 300 tahun. Bermula dari zaman Rasulullah SAW, di ikuti zaman para Sahabat, dan zaman Tabiut Tabiin. Imam Mahdi menyelamatkan iman dan dajjal merosakkan iman. Sistem dan budaya yang dibawa Imam mahdi menyelamatkan manusia di dunia dan di Akhirat. Dajjal pula merosakkan iman dan memporak-perandakan keh

DAPATKAN GUDANG MAHMUDAH.

TAQWA GUDANG MAHMUDAH. Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tahun bukan bererti takutkan Tuhan. Takut hanyalah satu daripada sifat mahmudah terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau kasya. Taqwa atau ittaqu berasal dari perkataan wiqoyah- wiqoyati wiqoyatan yang ertinya terpelihara. Yakni peliharaan dari Tuhan atau hendaklah jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau benteng. Taqwa bukan setakat solat atau sembahyang sahaja. Bukan setakat membaca Quran atau berwirid dan berzikir sambil menggentel biji tasbih. Bukan sahaja bersuluk dan menjauhkan diri dari orang ramai. Taqwa bukan sahaja di surau atau di masjid. Taqwa adalah apa sahaja amalan dan perbuatan yang berlandaskan syariat sama ada yang wajib, sunat atau harus, sama ada yang fardhu ain atau fardhu kifayah atau apa saja amalan dan perbuatan yang dijauhi dan ditinggalkan sama ada yang haram atau makruh yang dibuat berserta rohnya yakni ada batinnya, peng

MUSAFIR MENJEJAK TUHAN.

          (XPDC melihat kebesaran Allah). Musafir dan berkelana melihat kebesaran Tuhan.Musafir adalah tradisi orang soleh (Dakbussalihin). Semua para rasul bermusafir untuk berdakwah. Berikan manusia Tuhan adalah usaha taqwa. Mereka berdakwah dan memberikan Tuhan kepada manusia.  Dakwah yang ada roh akan memberikan kesedaran kepada masyarakat. Berdakwah membawa manusia kepada Allah adalah rohnya.Ketika bermusafir menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan, adalah usaha menjejak Tuhan.              (XPDC jalan darat). Ertinya kita telah menyuburkan hati dengan dengan merasakan kehebatan dan kebesaran Tuhan. Sepanjang bermusafir yang dapat dikaitkan dengan Tuhan adalah usaha taqwa.Musafir yang tidak ada kaitan dengan Allah tidak ada apa-apa nilai di sisi-Nya.  Bahkan musafir tersebut dinilai sebagai dunia semata-mata. Musafir yang tidak berkait dan tidak dibuat kerana Allah, itu adalah amalan bangkai yang tidak ada jiwa atau rohnya. Maksud firman

DUNIA IBARAT BANGKAI.

DUNIA IBARAT BANGKAI. Dunia ibarat bangkai. Bangkai adalah tubuh haiwan yang telah mati dan membusuk.Roh yang telah terpisah dari jasad manusia disebut mayat. Sifat bangkai dan mayat sama. Kedua-dua mengeluarkan bau yang busuk. Sebab itu dalam Islam manusia yang telah meninggal dunia atau mati disebut mayat. Kepada haiwan di sebut bangkai. Mayat kita kendalikannya mengikut syariat Islam. Ia diperjelaskan dalam ilmu feqah dalam bab jenazah. Lubang kubur memadai mengikut ukuran jenazah dan dalamnya lebih kurang 6 kaki atau sekurang-krangnya dalam kubur itu dapat melindunginya daripada binatang buas dan baunya tidak terhidu oleh manusia. Manusia macam mana cantik rupa parasnya tetap sifat bangkai terserlah pada dirinya. Semuanya yang dikeluarkan dari fizikal kita mengeluarkan aroma yang busuk, seperti berak, kencing, kentut, peluh dan sebagainya. Sunat berwangian bagi orang lelaki terutamanya ketika solat atau sembahyang.Dalam melakukan sembahyang kita disyaratkan supaya me

KERJASAMA MEMBENARKAN JANJI ALLAH.

( Foto: Kota Konstantinopel ). Al FATEH MENERUSKAN USAHA ABU AYYUB Al ANSARI. Siapa yang Allah SWT di rezekikan panjang umur, bakal melihat sendiri peristiwa besar yang penuh bererti berlaku kepada agama Allah SWT dan umat Islam yang beriman. Ini berdasarkan kepada tiga period yang sedang dan tiada lama lagi akan ditemui pertama sedang berada diawal kurun ke 15 Hijrah. Kedua akan memasuki awal kurun ke 21Masihi. Ketiga akan memasuki alaf baru iaitu alaf ketiga Masihi. Dalam Islam ada keyakinan asas dan keyakinan tambahan.Contoh keyakinan asas iaitu kita berpegang kepada rukun Iman yang enam. Iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada kitab, beriman kepada Rasul, beriman kepada Qada' dan Qadar dan hari Kiamat. Seterusnya bahagian keyakinan yang kedua iaitu keyakinan tambahan. Seperti apabila Abu Ayub Al Ansari bersungguh-sungguh berharap beliaulah yang menawan Konstantinopel, yang akhirnya berlaku bukan ditangannya, tidak menimbulkan seba

TAMADUN ISLAM DI EROPAH.

ERA KEGEMILANGAN ISLAM. ( Foto Istana Al Hamra ). Sepanyol pernah berada dibawah empayar Islam. Ketika itu Sepanyol berada di era  gilang gemilang. Kini Islam Sepanyol hancur dibasmi habis-habisan hingga seolah-olah tidak pernah tegak kerajaan Islam. Kemusnahan dan kehinaan ini bukan berpunca dari lemahnya pentadbiran, tentera, kemajuan, ilmu pengetahuan, ekonomi dan teknologi. Foto Cordoba Tetapi hanya disebabkan lemah keimanan, rendah ketaqwaan, runtuh akhlak, roboh perpaduan, lenyapnya kasih sayang. Pautan hati dengan Allah terlalu longgar. Kemungkaran dan kezaliman berleluasa. Mazmumah dalam diri sangat subur. Masing-masing memburu kepentingan duniawi yang melampau. Foto Jannatul Arif Jiwa menjadi kerdil kerana lemahnya cita-cita akhirat. Akal menjadi tumpul kerana penumpuan kepada aspek kepentingan diri dan keluarga. Semangat perjuangan terus luntur kerana terbius dengan kelazatan duniawi dan kerakusan nafsu. Situasi demikian itu menjadikan mereka terpisah d

TAMADUN YANG POSITIF.

TAMADUN YANG SELAMAT. Kita tidak dapat menafikan bahawa ilmu, kemajuan, pembangunan dan tamadun material dan fizikal itu boleh memberi kehidupan dan kemudahan hidup kepada manusia. Ia boleh memenuhi tuntutan dan keperluan hidup manusia. Tetapi itu bukan segala-galanya. Bagi merialisasikan model yang selamat dan menyelamatkan. Abuya berikan assignment kepada keluarga dan pengikut nya bermula dari menyusun selipar hinggalah cetuskan projek di premis-premis. membangunkan  M embangunkan satu model projek bandar atau kampung yang ada rohnya.  Roh model bandar atau kampung tersebut ialah model gabungan pembangunan  material dan pembangunan rohani atau pembinaan insan yang istiqamah dan berjadual. Sekadar pembangunan lahiriah dan fizikal sahaja tidak cukup. Pembangunan material belum boleh menjamin keselamatan, kebahagiaan dan keharmonian dalam kehidupan masyarakat di dunia ini. Apatah lagi untuk memperoleh keselamatan dan kebahagiaan di Akhirat kelak.Kalau k

MUSUH BATIN MANUSIA.

SYAITAN ADALAH MUSUH. Allah SWT memerintahkan supaya kita mendidik hati. Supaya kita sentiasa berlaku taat kepada-Nya. Seperti maksud firman-Nya: " Beruntunglah siapa yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya."  (As Syams : 9). "Pada hari itu, tidak berguna lagi harta dan anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah dengan membawa hati yang selamat." (Asy Syuara : 88-89 ). Pelik anih dan ajaibnya hati manusia. Yang ajaibnya, hati yang boleh beralih-alih rasa itu, ia sebenarnya boleh dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan ini pula akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa baik, baiklah tindakannya dan kalau rasa jahat, maka jahatlah tindakannya. Dengan kebolehan inilah hati seolah-olah raja yang bertakhta di dalam diri manusia.  Dialah bakal menentukan baik buruknya manusia. Namun ia ada penasihat iaitu akal. Sementara anggota-anggota lahir sebagai rakyat jelata yang sentiasa menurut perintahnya.  Sepe

BERKAT TAPAK KEBANGKITAN.

MALAYSIA TAPAK KEBANGKITAN ISLAM Malaysia ditakdirkan terpilih menjadi tapak kebangkitan Islam. Berkat menjadi tapak kebangkitan Islam, Allah SWT kawal negara ini. Sekalipun berlaku peralihan kuasa kerajaan namun negara tetap dalam keadaan aman. Peralihan kuasa yang berlaku di Malaysia tahun 2018 secara aman. Rakyat Malaysia  menyaksikan satu sejarah baharu tercipta apabila selepas 61 tahun ditadbir di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), baton kepimpinan negara bertukar tangan kepada Pakatan Harapan (PH). Kejadian tersebut mengingatkan saya dengan perkongsian yang pernah Abuya buat dalam pertemuan keluarga dan murid-muridnya. Kata Abuya peralihan kuasa di Malaysia akan berlaku secara aman. Kebenaran tersebut dapat disaksikan selepas pilihanraya ke 14. Sekalipun berlaku perubahan kerajaan, namun negara Malaysia tetap dapat kekalkan keamanan. Ini adalah anugerah Tuhan berkat Malaysia terpilih tapak kebangkitan timur. Islam itu satu sistem keselamatan. Kalau Islam itu

HIDUP DI PADANG PASIR.

KEHIDUPAN YANG EKSTRIM. Orang Badwi yang hidup dipadang pasir sahara yang luas bagaikan tidak bertepi. Padang sahara lebih dekat dengan kehidupan secara semula jadi. Kehidupan orang Arab Badwi mereka hidup berpindah randah. Kehidupannya ringkas dan simpel. Unta menjadi kenderaan mereka digurun sahara. Mereka suka memburu binatang di Gurun sahara.Mereka boleh hidup hanya berbumbung kan langit dan berlantaikan pasir sahara. Kaum badawi adalah penduduk padang pasir, mereka tidak memiliki tempat tinggal tetap tetapi hidup secara nomad yang berpindah-pindah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari sumber mata air dan padang rumput baru. Mata penghidupan mereka adalah berternak kambing, biri-biri, kuda dan unta. Kehidupan masyarakat nomad tidak banyak memberikan perluang untuk membangun sebuah peradaban. Dalam apapun cuaca dan suasana orang mukmin tetap mendapat Tuhan. Berdoa adalah hubungan rohani seorang hamba dengan Allah SWT.Doa akan membuat orang beriman teta

PENYELAMAT HAMPIR TIBA.

IMAM MAHDI HAMPIR TIBA. Umat Islam dihina di mana-mana. Contoh terbaru yang berlaku ke atas etnik Rohingya.Saban hari ditindas, dihenyak serta menjadi mangsa kerakusan askar di negara sendiri, begitulah nasib yang menimpa etnik Rohingya. Mereka bagai tiada negara, keberadaan mereka di Myanmar sama sekali dinafikan hak sebagai warganegara, seolah-olah mereka orang asing di tanah air sendiri. Kita telah lihat bagaimana rakyat yang tidak bersenjata berjuang untuk meneruskan kehidupan di celah-celah pertempuran bersenjata, pen­deritaan yang dialami di kem-kem pelarian, dan kesengsaraan yang dirasai oleh mereka yang dinafikan hak beragama. Penindasan  Tentera Zionis Israel ke atas rakyat Palestin berlarutan hingga ke hari ini.Kehinaan yang menimpa umat Islam kini bukan sahaja disebabkan kerana musuh tetapi berpunca dari kelalaian diri sendiri. Umat Islam sudah meremeh-remehkan persoalan iman, syariat dan akhlak iaitu tiga tunggak maruah dalam Islam. Jika iman kuat, syariat

XPDC SILATURRAHIM KE UTARA.

IMAN JENTERA YANG JITU. Kehinaan yang menimpa umat Islam kini bukan sahaja disebabkan kerana musuh tetapi berpunca dari kelalaian diri sendiri. Umat Islam sudah meremeh-remehkan persoalan iman, syariat dan akhlak iaitu tiga tunggak maruah dalam Islam. Jika iman kuat, syariat kemas dan akhlak meningkat, nescaya umat Islam menjadi tuan di dunia sebelum menjadi tuan di akhirat. Yang sebenarnya, untuk jadi bangsa yang benar-benar maju, bertamadun dan moden. Kita mesti kembali kepada kepada identiti Al Quran dan Sunnah mesti menjadi pakaian diri setiap kita. Kerana disanalah kemuliaan, kehormatan dan kehebatan kita sebenarnya. Iman adalah kekuatan atau tenaga penggerak untuk menegakkan kemajuan atau tamadun Islam. Hukum-hukum Allah atau syariat itu sebagai perkara yang hendak dibangun kan yang menjadi syiar kemuliaan, kehebatan serta ketinggian Islam. Manakala akhlak Islam itu adalah hiasan yang jadi daya penarik pada dunia tentang betapa benar dan indahnya Islam itu. Harta da

MANUSIA LEBIH GANAS DARI HAIWAN.

( Foto : dua orang masukkan kucing ke dalam mesin basuh ). MANUSIA LEBIH BAHAYA DARIPADA HAIWAN. Haiwan merupakan antara organisma hidup yang sukar untuk diramal. Sekalipun ada yang kelihatan nampak comel dan cantik, tapi hati-hati kerana mungkin ada sebahagian mampu membunuh kita. Namun manusia yang menjadikan nafsu sebagai Tuhannya adalah lebih bahaya. Haiwan mengganas apabila rasa terancam. Manusia mengganas anak-anak kecil dan orang tua juga menjadi mangsa. Haiwan yang pernah menjadikan manusia sebagai mangsa nya, apabila ia merasa terancam. Kita akan lebih terkejut dengan manusia yang mengganas hanya menurutkan hawa nafsunya saja. Lagi pandai dan mengusai teknologi lagi bahaya. Kerana turutkan hawa nafsu, demi nak senang di dunia akhirnya merana di Akhirat sana. Mengapa? Contoh yang telah berlaku viral manusia memasukkan kucing dalam mesin basuh.Salah satu perkara yang membezakan manusia dan haiwan adalah sifat berperikemanusiaan dan berlaku ihsan pada binatang.Dua lel

MARUAH UMAT ISLAM.

MARUAH UMAT ISLAM. Setelah umat Islam berjaya menjadi ikhwan Rasullullah Islam akan kembali gemilang. Maruah umat Islam terserlah kembali. Apa itu maruah? Apa pentingnya maruah? Bagaimana menjaga maruah? Apa jadi hidup tanpa maruah? Inilah persoalan yang kita perlu ungkaikan dalam artikel ini. Selaku umat Islam kita mesti mempertahankannya. Maruah inilah nilai-nilai kebaikan atau kemuliaan diri atau kehormatan diri (izzatun nafsi/عزة النفس) yang ada pada seseorang atau sesuatu kumpulan atau sesuatu bangsa. Maruah itulah yang menentukan harga diri seseorang atau sesuatu bangsa. Tanpa maruah, seseorang atau sesuatu bangsa dikira sebagai tidak ada harga, tidak ada kemuliaan dan tidak dihormati lagi. Begitulah pentingnya maruah dan kerana itu setiap orang sangat menjaga maruahnya. Cuma soalnya, nilai maruah itu tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Tidak sama antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Ia tergantung kepada satu-satu ketentuan yang dibuat oleh masi

CABARAN ERA GLOBALISASI.

(Foto: Jordan, Sendayan Negeri 9, China) DAKWAH DI ERA GLOBALISASI. Pada pertengahan sehingga akhir tahun 1990 an internet dibuka kepada orang ramai. Menjelang waktu yang sama, internet melalui e-dagang dan perbankan elektronik telah meluaskan kuasanya ke atas ekonomi besar atau kecil. Kini bertambah banyak komunikasi suara (telefon) menggunakan kemudahan dan jaringan internet ini. Oleh kerana internet adalah sebahagian daripada prasarana ketenteraan Amerika Syarikat, kebergantungan penduduk dunia kepada IT dan internet telah mampu memperluaskan cengkaman Amerika (sebagai penaja Yahudi) keseluruh pelusuk dunia hingga kepada rumah-rumah peribadi!!! Kedaulatan sempadan tidak mempunyai erti dalam dunia tanpa sempadan ini. Inilah hakikat globalisasi. Menyedari hakikat ini umat Islam kena kembali kepada Allah dan Rasul. Kita ada Tuhan Maha pembela dan Maha Pelindung. Hanya kembali kepada Allah dan Rasul kita diselamatkan. Uamt Islam akan kembali mulia sepwrti yang telah ber