Langkau ke kandungan utama

JIHAD DI ERA TEKNOLOGI.



PERJUANGAN DI ERA MODEN.

Keupayaan internet membelenggu manusia sejagat.Internet dicipta pada akhir tahun 1950an oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bagi mewujudkan jaringan komunikasi yang cekap dan kebal. Pada mulanya jaringan ini hanya dibuat diantara jabatan-jabatan kerajaan Amerika syarikat termasuk angkatan tenteranya.
Bagaimanapun kemudiannya ia merangkumi universiti-universiti
Amerika Syarikat dan setelah itu ia mula disebarkan ke merata dunia. Revolusi komputer pada tahun 1980an membolehkan komputer peribadi menjadi murah dan mampu dimiliki ramai. Menjelang awal 1990an jaringan internet telah mula merangkumi komputer peribadi dirumah-rumah perseorangan.

Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi, dalam bukunya bertajuk AQIDAH MUKMIN I telah mentakrifkan erti perjuangan jihad fisabilillah (dalam waktu aman) adalah sebagaimana berikut:-
Perjuangan jihad fisabilillah
ialah perjuangan yang bernar-benar kerana ALLAH dan untuk ALLAH semata-mata. Ianya benar-benar satu jihad menegakkan agama ALLAH dan hukum-hakam ALLAH samada melibatkan yang Wajib, yang Sunat, yang Makruh mahupun yang Haram. Mana-mana hukum yang Harus
diperjuangkan agar menjadi ibadah.
(Bagaimana perkara-perkara yang Harus boleh menjadi ibadah kepada kita?. Seperti makan, minum, bekerja, tidur, safar, dll.

Iaitu ia mesti menepati tentang 5 Syarat berikut - Niat, Perkara, Perlaksanaan, Natijah dan Amalan Asas tidak boleh ditinggalkan.Sila rujuk ‘5 Syarat-Syarat Ibadah’ untuk lebih maklum).
Perjuangan yang dibangunkan itu pula tidak boleh atas dasar hendak berkuasa dan memerintah, atas dasar hendakkan pangkat dan nama, atas dasar hendak menegakkan bangsa, atas dasar hendak menghapuskan kezaliman (walaupun disuruh) dan lain-lain.
Kalau kita berjuang dan berjihad atas salah satu daripada maksud di atas, perjuangan kita itu sia-sia sahaja. Belum lagi digolong sebagai jihad fisabilillah.
Kalau kita berjuang atas dasar kebangsaan sahaja, Rasulullah SAW ada mengingatkan kita di dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Tidak ada fahaman kebangsaan di dalam ajaran Islam”.

Fahaman kebangsaan adalah fahaman yang sempit yang akan mengajak manusia bergaduh, kerana masing-masing ada bangsa. Perjuangan demikian hanya akan mencetuskan puak-puak. Kemudian Rasulullah bersabda lagi, “Bukan daripada golongan kami, orang yang berjuang kerana kebangsaan”.

Sebenarnya, kalau kita berjuang kerana menegakkan agama, bangsa akan terbela dengan sendirinya. Tetapi kalau kita berjuang membangunkan bangsa, agama akan dicuaikan. Hingga kerana itu, bangsa belum tentu dapat dibangunkan, agama sudah hancur berkecai. Kemungkinan besar fahaman kebangsaan dalam perjuangan itu akan mengambil-alih fahaman berjihad kerana agama.

Begitu jugalah dengan perjuangan menegakkan agama melalui konsep kapitalisme, sosialisme, sistem demokrasi terbuka@berpilihanraya dan sebagainya. Semuanya merupakan perjuangan yang tidak tepat untuk dinilai sebagai fisabilillah.
Inilah yang perlu kita awasi. Walaupun dalam berjuang itu, macam api keluarnya ayat-ayat Al Quran dan Hadis, tetapi kerana perjuangan tidak tepat, orang yang berjuang begini bolehlah kita katakan sebagai telah memperalatkan Al Quran dan Hadis untuk mencapai matlamatnya. Dan bagi kita pula, tidak seharusnya terpengaruh dengan perjuangan sedemikian.Ia
bukan digolongkan sebagai jihad fisabilillah!.Jihad fisabilillah yang sebenarnya adalah jihad yang setiap inci perjuangan tepat dengan kehendak ALLAH, yakni kehendak Al Quran dan Sunnah.

AL Quran dan Sunnah itu mesti dilaksanakan pada semua peringkat. Bukan pada negara sahaja tetapi juga di dalam diri sendiri, di dalam rumahtangga, di dalam masyarakat, di dalam pendidikan, di dalam ekonomi, di dalam politik, dan seterusnyalah hingga kepada persoalan alam sejagat.
Kemudian perlaksanaannya juga mesti betul hingga syariat lahir dan batin dijaga betul-betul. Kalau semuanya tepat mengikut kehendak Al Quran dan Sunnah, itulah yang dinamakan jihad fisabilillah, dan sekiranya orang yang berjuang itu mati dibunuh atau terbunuh, insya-Allah nilainya adalah sebagai syuhada ALLAH.
Baharulah jisimnya dikekalkan oleh ALLAH SWT.

Malangnya, ada di kalangan pejuang-pejuang Islam pada akhir zaman ini, semacam beria-ria benar berjuang hendak menegakkan agama ALLAH dalam negara tetapi diri sendiri dicuaikan, anak isteri masih mendedah aurat, dia terlibat dengan maksiat dan mungkar.

Pejuang-pejuang begini telah mempersempitkan persoalan agama kepada aspek negara sahaja.
Sedangkan Islam itu bukan untuk negara sahaja tetapi untuk semua aspek dan semua bidang. Dan semua bidang itu mesti diperjuangkan samada mengenai aqidah, ibadah, perjuangan dan jihad, ekonomi, pendidikan, rumah tangga, politik dan seterusnya hingga kepada persoalan negara dan hubungan alam sejagat.Kemudian yang diperjuangkan itu pula mestilah bermula daripada alif, ba, ta (dari peringkat rendah, yakni bina iman dahulu), bukan terus melompat hingga ke hujung.

Demikianlah kuliah yang disampaikan Abuya Ashaari Muhammad, yang kita ikuti kuliahnya, amat jelas dan terang sekali akan maksud ‘Jihad Fisabilillah’’’’. Tidak ramai ulama yang boleh memperkatakan hal demikian, lebih-lebih lagi sekarang ini ramai yang sudah tidak berkecuali. Sudah berpihak kepada parti-parti politik tertentu. Samada terikut-ikut dengan kumpulan ramai, iman tidak teguh atau tidak ada ilmu/minda yang relevan dengan zaman muktahir ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N