Langkau ke kandungan utama

KINI ERA SUNNI.



KEGEMILANGAN SUNNI.

Perang Soviet-Afghanistan sering disamakan sebagai padanan Kesatuan Soviet daripada Perang Vietnam Amerika Syarikat. Peperangan di Telok yang diterajui  oleh Amerika dan Saudi. Selepas peperangan-peperangan   tersebut bermulalah era kebangkitan Islam sekali lagi.  Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi ada menulis buku bertajuk "Perang Teluk Islam kembali gemilang".

Di antara yang menjadi pegangan Rasulullah SAW dan para Sahabat dan yang mesti menjadi pegangan kita, iaitu pada hamba Allah itu ada usaha
dan ikhtiar. Tetapi usaha dan ikhtiar itu tidak memberi bekas.Malahan usaha dan ikhtiar pada hamba Allah itu pun Tuhan yang menjadikannya.

Jadi pada zahirnya, setiap hamba itu ada usaha dan ikhtiar.Namun usaha ikhtiar itu  tidak boleh memberi bekas. Yang memberi bekas itu hanyalah Allah yang bersifat Qudrah.

Adanya usaha dan ikhtiar pada seseorang hamba itulah letaknya taklif, dan disinilah dianggap hamba itu mukallaf, iaitu seorang yang wajib diperintahkan kepadanya segala suruhan Allah dan wajiblah dia menjauhi segala larangan Allah.
Kerana pasa seseorang hamba itu ada usaha dan ikhtiar yang dengannya dia boleh memilih di antara yang baik dengan yang buruk.

Dengan demikian, seorang hamba itu ada pilihan pada dirinya, dan kerana itu dia dikenakan hukum yang berupa perintah suruh yang mesti dilaksanakan dan perintah larang yang mesti dijauhinya.

“Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali Imran 3 : 110).

Tidak kira apa pun pekerjaan seseorang muslim itu, tugasnya untuk berdakwah tidak boleh ditinggalkan.

Setiap muslim wajib untuk menyampaikan dakwah sesuai dengan kemampuannya. Dakwah adalah jalan hidup yang akan sentiasa mewarnai setiap apa yang kita lakukan setiap hari.

“Katakanlah: “Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” (Surah Yusuf: 108)

Sememangnya untuk menyebarkan dakwah yang sempurna itu tak mudah. Akan ada sahaja rintangan dan cabaran yang bakal dihadapi.

Antara akhlak yang harus dimiliki oleh seorang da’i adalah bersikap lapang dada, menunjukkan wajah yang ceria dan bersikap lemah lembut.

Sesungguhnya lemah lembut tidaklah ada pada sesuatu kecuali akan menghiasinya, dan tidaklah dibuang daripada sesuatu kecuali akan mengeruhkannya.” (Hadith riwayat Abu Dawud).

Akhlak itu akan membantu untuk memudahkan penerimaan dakwah yang ingin disampaikan dan membantu mendidik saudara Islam untuk lebih mendalami agama, serta menyeru orang bukan Islam untuk tertarik mendekati dan mengenali Islam.

Rasulullah mengajar kita untuk berdakwah dengan begitu indah. Baginda tidak pernah memaksa mana-mana bukan Islam untuk masuk ke dalam agama Islam.

Bahkan, Baginda menarik mereka dengan menunjukkan sifat kasih sayang serta lemah lembut terhadap mereka. Dakwah yang dilakukan Baginda tersangatlah halus dan menyentuh jiwa.

Mengimbau kembali dakwah yang dilakukan oleh Abuya di Manila Filipina dan Thailand, pendekatan yang diambil oleh Abuya melaui kasih sayang telah mendapat tempat di negara-negara tersebut.

Abuya yang berpegang dengan iktikad Sunni atau ahli sunnah Waljamaah yang dikatakan iktiqad pertengahan. Dengan pegangan iktikad tersebut terbukti usaha dakwah yang dilakukan oleh Abuya boleh diterima oleh masyarakat yang bukan Islam. Iktiqad tersebut tidak terlalu kendur macam iktiqad jabariah dan tidak pula terlalu tegang berdenting macam iktiqad qadariah.

Iktiqad qadariah terlalu tegang hingga mengiktiqadkan atau meyakini bahawa manusia ada kuasa padanya. Kuasa yang ada padanya itulah yang membawa kejayaan bukan kuasa Allah. Sebaliknya iktiqad jabariah pula bahawa manusia itu langsung tidak ada kuasa. Contoh iktiqad Jabariah manusia langsung tiada usaha dan ikhtiar seolah-olah seperti daun lalang ditiup angin. Ertinya manusia langsung tidak boleh memilih. Hanya terpaksa tunduk sahaja kepada Qudrah dan Iradah Allah SWT.
Seolah-olah manusia ini menyerah diri sahaja ini yang dikatakan iktiqad yang kendur berjela-jela. Qadariah pula terlalu tegang, berpegang manusia itu ada kuasa sepenuhnya padanya.
















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N