Langkau ke kandungan utama

ILMU HATI (TASAWUF).



BAHAYA MENOLAK ILMU HATI.
عن النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله، وإذا فسدت فسد الجسد كله، ألا وهي القلب))؛ متفق عليه.
Maksud Hadis:
"Ketahuilah sesungguhnya dalam diri manusia ada segumpal darah, apabila baik ia  maka baiklah seluruh anggota lahir dan apabila jahat maka jahatlah seluruh anggota yang lain ketahuilah itulah hati".

Apabila sebuah kereta tidak dapat berjalan dengan baik. Apabila kenderaan yang dipandu rosak di tengah jalan pasti akan membuatkan kita terfikir akan keadaan kenderaan tersebut.  tentu ada kerosakan atau kesilapan pada mana-mana sistem dalam kereta itu. 

Hati mana yang tak risau bukan?
Supaya kereta dapat berjalan dengan baik semula, apa yang mesti dibuat ialah membaiki kerosakan tersebut atau membetulkan kerosakannya.
Kerja ini hanya boleh dibuat oleh orang yang faham tentang masalah kereta tersebut.

Demikianlah apabila sesebuah masyarakat tidak lagi aman damai tidak lagi harmoni dan selamat sejahtera, tentu adasilap dimana-mana dalam pengurusan masyarakat itu.
Supaya keadaan dapat dipulihkan, kenalah kesilapan pengurusan itu diperbetulkan. Dan ia hanya boleh dibuat oleh orang yang benar-benar faham tentang kedudukan perkara itu.
Tidak dinafikan lagi bahawa masyarakat hari ini termasuk masyarakat kita di Malaysia, sedang mengalami berbagai-bagai masalah, krisis dan penyakit.
Keamanan, perpaduan, keadilan, kemakmuran dan kesejahteraan hanya tinggal sebagai slogan oleh orang-orang tertentu. Realiti kehidupan memperlihat kan keadaan yang sangat membimbangkan. Krisis politik,
krisis ekonomi, krisis akhlak, krisis perlembagaan, krisis budaya, krisis nilai dan lain-lainnya. Sedang menjadi isu yang telah menggoncang kesetabilan masyarakat kita. Kian hari kian meruncing dan kronik.
Usaha-usaha penyelesaian yang dibuat, bukan mengurangkan masalah, tapi menambah rumitkan lagi masalah yang ada, bahkan menimbulkan masalah lain pula. Ibarat banjir besar yang diempang; empangan itu bukan lagi menyelamatkan keadaan tapi membuatkan banjir makin ganas melanda dan merempuh daerah lain hinggakan kawasan yang dilanda banjir lebih luas lagi. 

Ia menambah rosakkan lagi keadaan-keadaan yang ada; atau ibarat pesakit yang makin diubat, makin menjadi-jadi sakitnya. Atau ibarat benang yang kusut, makin diungkai makin kusut.
Masalah dan krisis yang menimpa manusia, kini, bukan makin kurang tapi makin bertambah dan mengembang biak kepada berbagai-bagai masalah lain. Inilah adalah.  hakikat. Perpaduan makin hancur, kecoh dan makin lenyap,
keamanan makin jauh dan jauh dari kehidupan masyarakat manusia moden ini.

Pembangunan lahiriah yang dibanggakan tiada bererti lagi apabila faktor-faktor kemanusian yang murni kian luput daripada manusia-
manusianya. Membiarkan keadaan ini samalah seperti membenarkan manusia terjun ke Neraka dunia sebelum Neraka Akhirat. Alangkah malangnya kalau begitu.

Maksud Hadis:
Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi ” (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih.
Keselamatan hakiki dunia Akhirat hanya boleh dicapai kalau manusia kembali pada Allah SWT dan Rasulullah SAW
sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah dalam hadisnya diatas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...