Langkau ke kandungan utama

HAMPIR KIAMAT.


BUMI HAMPIR KIAMAT.

Adalah sudah menjadi sunnatullah bahawa kalau manusia semuanya jahat-jahat belaka, Tuhan akan musnah dan binasakan mereka, kecuali kalau ada orang-orang yang bertaqwa dikalangan mereka. Ini yang orang tidak tahu. Ulama pun tidak tahu.

Bumi ini Tuhan tidak akan  kiamatkan selagi ada manusia yang menyebut nama Tuhan. Kalau sudah tidak ada lagi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Tuhan dan sudah tidak ada orang menyebut nama Tuhan, maka bumi ini Tuhan akan kiamatkan.

Tidak ada nilai apa-apa bumi ini kepada Tuhan kalau sudah tidak ada lagi orang yang bertaqwa di atasnya. Manusia yang hidup dan dapat melihat berlakunya kiamat sebenarnya bukan manusia lagi. Mereka itu haiwan yang bertopingkan manusia.

Mereka tidak beriman.
Mereka berbuat maksiat dan kemungkaran terang-terangan tidak ubah seperti lembu dan kambing. Orang yang sebesar zarah iman pun akan Tuhan matikan sebelum berlakunya Kiamat.

Oleh itu kita kena ajak manusia supaya ikut sunnah Tuhan. Jangan ingkar dan jangan langgar sunnah Tuhan. Kelak
kita akan binasa. Kita kena ajak
manusia supaya beriman dan bertakwa. Ini yang akan menyelamatkan kita dan sekaligus bumi ini dari kebinasaan dan kemurkaan Tuhan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

SERIKANDI DALAM ISLAM.

Antara nama-nama serikandi Islam yang perlu dijadikan tauladan kepada muslimah adalah seperti yang tertera berikut : 1. Srikandi Medan Pertempuran – Nusaibah binti Kaab 2. Pahlawan Wanita Pertama Membunuh Musuh Islam – Safiyah Binti Abdul Mutalib 3. Pahlawan Wanita Serba Hitam – Khaulah Binti Azwar 4. Berkorban Kerana Allah – Siti Masitah 5. Orang Pertama Mati Syahid – Sumayah Binti Khubath 6. Wanita Berhati dan Berjiwa Waja – Asma Binti Abu Bakar 7. Pulih Penglihatan Kerana Beriman Kepada Allah – Zinirah 8. Kisahnya Dalam Al-Quran – Ratu Balqis 9. Dahaganya Dipuaskan Oleh Allah – Ghaziyah Binti Jabir 10. Mahligainya di Syurga – Aishah, Isteri Firaun 11. Kehormatan Dirinya Dipelihara Allah – Sarah, Isteri Nabi Ibrahim 12. Orang Pertama Memeluk Agama Islam – Khatijah Binti Khuwalid 13. Kisahnya dengan Telaga Zam-Zam – Siti Hajar 14. Kebijaksanaannya Terbukti di Hudaibiyah – Ummu Salamah 15. Pejuang Wanita Pertama Menyeberang Lautan – Ummu Haram 16. Pejua...