Langkau ke kandungan utama

TANDA KASIH SAYANG.



RASAILAH KASIH SAYANG TUHAN.

Tanda kasih sayang Tuhan kepada hamba-hamba-Nya adalah terlalu banyak. Di antaranya, dapat melihat benda-benda yang indah. Dapat mendengar kata-kata yang indah. Dapat mendengar perkara-perkara yang sedap didengar. Setiap detik kita menghirup oksigen. Merasai kelazatan makanan dan minuman. Apabila kita letih ditidurkanNya kita. Bangun dari tidur, dapat mandi rasa segar kembali.

Semua ini adalah tanda-tanda kasih dan sayangNya Tuhan kepada kita. Hamba dan makhluk ciptaanNya. Namun begitu mengapa kita tidak rasa kasih sayang Tuhan itu? Ini menunjukkan bahawa hati kita telah mati. Matinya hati kita kerana kita telah cinta dengan dunia.

Justeru ubat bagi hati itu
zuhud yakni hati tidak terpaut dan tidak terpesona dengan dunia. Walaupun dunia itu dalam genggaman kita. Sabda Nabi SAW, حب الدنيا رأس كل خطيءة
Maksudnya cinta dunia itu ibu segala kejahatan."

Bermula dari cinta dunia itulah akan lahir seribu satu bentuk kejahatan. Cinta dunia bukan bererti cinta pada harta benda semata-mata. Cintakan jawatan, inginkan pangkat, glamor, inginkan pujian, sangat suka kepada kemasyhuran bahkan apa saja yang dibuat jika niatnya bukan kerana Allah dan bukan kerana Akhirat itu bermakna ada terselit kepentingan-kepentingan dunia dan kerana dunia.

Berdoalah kita agar dipelihara oleh  Allah hati dan perjalanan nafsu diri kita. Jagalah hubungan kita dengan guru dan ibubapa agar kita tidak termasuk dalam golongan orang yang berbuat dosa dan derhaka kepada Tuhan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEMERDEKAAN YANG HAKIKI.

MUSLIM SELEPAS MERDEKA Kehidupan masyarakat Melayu sebelum merdeka ketika itu bergotong royong dalam semua hal sama ada dalam mengadakan majlis kenduri, menanam dan menuai padi, membina rumah dan sebagainya. Sekarang ini, semuanya perlu diupah kerana hidup nafsi-nafsi yang telah membudaya dan menebal. Kehidupan suami isteri sudah hilang kemanisannya. Anak-anak sudah tidak kasih kepada ibu bapa mereka, ibu bapa juga sudah tidak bertanggung jawab kepada anak-anak mereka. Suasana berkerja sama dan bertolong bantu di tempat kerja juga pun sudah hilang. Penyakit masyarakat pula sudah semakin kronik dan mengerikan.Peperangan, pergaduhan sudah menjadi satu kebiasaan.Mungkinkah ia akan berterusan. Pengaruh muzik luar terhadap remaja kita tidak pernah dibendung. Secara serius dari dulu hinggalah sekarang, khususnya muzik yang berbentuk pop, rock, metal dan sebahagiannya secara terang-terangan memuja Syaitan dan Iblis. Ia menjadi gilaan oleh muda-mudi kita. Kini kita berada d...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...