Langkau ke kandungan utama

MARUAH UMAT ISLAM.



MARUAH UMAT ISLAM.

Setelah umat Islam berjaya menjadi ikhwan Rasullullah Islam akan kembali gemilang. Maruah umat Islam terserlah kembali. Apa itu maruah? Apa pentingnya maruah? Bagaimana menjaga maruah? Apa jadi hidup tanpa maruah? Inilah persoalan yang kita perlu ungkaikan dalam artikel ini.

Selaku umat Islam kita mesti mempertahankannya. Maruah inilah nilai-nilai kebaikan atau kemuliaan diri atau kehormatan diri (izzatun nafsi/عزة النفس) yang ada pada seseorang atau sesuatu kumpulan atau sesuatu bangsa. Maruah itulah yang menentukan harga diri seseorang atau sesuatu bangsa.
Tanpa maruah, seseorang atau sesuatu bangsa dikira sebagai tidak ada harga, tidak ada kemuliaan dan tidak dihormati lagi.

Begitulah pentingnya maruah dan kerana itu setiap orang sangat menjaga maruahnya. Cuma soalnya, nilai maruah itu tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Tidak sama antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Ia tergantung kepada satu-satu ketentuan yang dibuat oleh masing-masing kelompok tentang apa itu maruah, mengikut apa yang ditunjangi oleh akidah masing-masing.

Ada yang beranggap bergaul bebas antara lelaki dan perempuan itu menjatuhkan maruah, tapi ada pula yang mengatakan hal itu tidak menghilangkan maruah. Begitulah seterusnya.

Umat Islam perlu tahu apa itu maruah bagi diri seorang Islam. Supaya kita dapat menjaga maruah diri dan agama kita, sama-sama menghormati, mempertahan dan memperjuangkannya.

Oleh kerana maruah adalah
nilai diri kita dan hidup mati kita.
Kita mesti memiliki dan mempertahankannya hatta dengan darah dan nyawa sekalipun. Maruah tidak boleh digadai. Demi menjaga maruah, darah dan nyawa boleh menjadi tebusannya. Begitulah tingginya nilai maruah pada manusia. Manusia sanggup buat apa sahaja demi memelihara dan mempertahankan maruah dirinya, agama, mangsa dan lain-lain.

Maruah atau kemuliaan diri atau
(zzatun nafsi/عزة النفس) bagi umat Islam ialah imannya. Kedua, ke-Islamannya, yakni hukum hakam yang lima yang tertegak dalam dirinya sama ada hukum wajib,sunat, makruh,haram atau harus.

Yangt termasuk maruah itu ialah kehormatan anak isteri, harta dan negaranya. Ketiga, ialah akhlak yang mulia yang menghiasi seperti jujur, ikhlas, sabar, kasih sayang, pemurah, berani, benar, tawaduk, berlapang dada, pemaaf dan lain-lain lagi.

Demikianlah tiga ciri penting tentang maruah seorang Islam. Inilah harga diri seorang Islam. Mulianya, terhormatnya dan agungnya umat Islam ialah apabila mereka mempunyai ketiga-tiga faktor ini.Iaitu memiliki maruah diri. Tanpa iman, Islam dan akhlak,umat Islam akan hilang maruah yakni hilang kemuliaan, kehormatan dan keagungan diri. Mereka terhina, tidak bahagia dan tidak dipedulikan. Ada, tapi macam tidak ada; ada yang tidak diambil kira. Sebab itu seorang Islam yang mahu dan sedar akan hal ini akan buat apa saja demi mendapatkan dan mempertahankan maruahnya selaku orang Islam. Maruah akan diperjuangkan sebagai hidup matinya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N