Langkau ke kandungan utama

KEADAAN MALAYSIA TEGANG.




Keadaan politik di Malaysia semakin meruncing. Sekalipun perubahan kerajaan baru telah berlaku. Parti Harapan telah menggulingkan kerajaan Barisan Nasional, namun kemelut politik masih berterusan. Ketika saya di Haramain beberapa orang Arab bertanyakan kepada saya, apakah peranan Agong atau raja di negara kamu? Hanya inginkan kepastian saja.



Politik Arab Saudi berlaku dalam konteks sebuah raja mutlak dengan beberapa garisan Islam, di mana Raja adalah ketua negara dan kerajaan. Keputusan dibuat, berdasarkan sebahagian daripada perundingan di antara para panglima kanan keluarga diraja dan penubuhan agama.
Mereka sendiri sudah maklum peranan Raja di Malaysia. 

Saya salinkan nota berkaitan peranan Yang di-Pertuan Agong atau 
Raja Malaysia(Tulisan Jawi: ÙŠÚ  دڤرتوان اڬوڠ) ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kita imbau kembali panduan yang telah Abuya kongsikan dengan kita. "PROSES PUTAR BALIK KEBANGKITAN ISLAM."
Rasulullah SAW bersabda: Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya, lalu berlakulah  zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu. Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan Diktator), dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian."

Mengikut maksud hadis di atas
yang kita tahu dengan istilah "JADUAL ALLAH". Bahawa Islam  akan melalui empat peringkat masa iaitu ZAMAN NUBUWWAH (zaman kenabian), ZAMAN KHULAFAH (khulafa'ur Rasyidin)ZAMAN FITNAH dan ZAMAN UMMAH pimpinan Al Mahdi dan Nabi Isa a.s).Zaman Nubuwwah dan zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang diistilahkan  zaman ummah pertama telah berlalu. Kini Islam berada dalam zaman fitnah. Tanda-tanda sudah menunjukkan ia juga akan berakhir. Buktinya, kebangkitan Islam semakin hari semakin rancak di Timur dan juga di Khurasan. Ia menjadi tanda hampirnya Zaman Ummah Kedua.

Pejuang Islam yang sejati ialah mereka yang sentiasa menagih janji Allah. Kita ada peluang untuk membenarkan zaman Ummah kedua ia benar-benar berlaku. Berpandukan sikap bagaimana Sultan Muhammad Al Fateh berjuang dengan kekuatan taqwa dan kekuatan lahir. Beliau benar-benar berjaya membuka kota Istanbul. Nama kota sebelumnya ialah kota Konstantinopel.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N