Langkau ke kandungan utama

ASAL USUL QADARIAH DI IRAQ.


QADARIAH LAHIR DI IRAQ.

Kita telah jelaskan sebelum ini dalam artikal "perselisihan yang membawa bala". Itulah iktiqad qadariah adalah sebuah mazhab yang dilahirkan di Basrah dalam negara Iraq. Berikutan timbulnya perbahasan hangat orang Islam mengenai dengan masalah qadha dan qadar Allah. Asal nama mazhab ini diambil dari perkataan Al-Qadar yang membawa maksud sifat qudrat.

Mereka berpendapat segala kerja baik dan buruk manusia itu terjadi dengan kehendak dan kuasa manusia sendiri dan bukan kuasa Allah. Segala baik dan buruk manusia itu telah ditetapkan oleh manusia bukan kuasa Allah. Pengasas mazhab ini bernama Ma’bad Ibnu Khalid Al-Juhani dan Ghailan Al-Dimasyqi.

Iraq menjadi tapak kebangkitan aliran qadariah yang berpunca daripada kota Basrah. Di era moden Iraq disebut-sebut kembali ketika Pemimpinnya Sadam Hussein menyerang Negara Iran. Iran sebuah negara yang menjadikan Syiah sebagai pegangan rasmi negara mereka.

Qadariyah adalah golongan menolak ketetapan atau takdir ALLAH. Mereka percaya setiap yang berlaku adalah hasil usaha dan kerana perbuatan makhluk semata-mata. Bagi mereka, ALLAH hanya mengetahui setelah ia berlaku. Dalam erti kata ALLAH tidak mengetahui dan tidak menetapkan perkara yang belum berlaku. Orang yang mula-mula membawa ideologi ini Ma’bad Al-Juhani di akhir zaman Sahabat.

Contohnya seorang berkata, “Kekayaan yang aku miliki ini  hasil usaha dan titik peluh aku sendiri.” tanpa dia mengaitkan kepada ALLAH SWT. Sedangkan ALLAH berfirman, “Segala nikmat yang ada padamu adalah daripada ALLAH, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan, kepadaNyalah kamu meminta pertolongan.” (Al-Nahl: 53). Juga tercatat dalam al-Quran, “Dan apabila aku sakit Dialah (ALLAH) yang menyembuhkan aku.” (Al-Syu’araa: 80)

Pemikiran sebegini menyebabkan manusia tamak terhadap dunia dan melupakan akhirat. Mereka menganggap usaha mereka telah memadai untuk mendapatkan apa yang diinginkan, tanpa perlu menjaga hubungan dengan ALLAH. Mereka marah jika sesuatu berlaku tidak sesuai dengan kehendak mereka.

Jabariyah pula berlawanan sama sekali dengan Qadariyah. Mereka menyerahkan semuanya kepada ALLAH dan meninggalkan usaha. Bagi mereka, manusia ibarat boneka yang melakukan apa saja ditetapkan ALLAH. Lahir dari pemikiran ini manusia yang malas, berharap tanpa ikhtiar. Ada  yang meninggalkan pekerjaan dunia sambil mengharap rezeki datang kepada mereka.

Firman ALLAH, “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana ALLAH berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. (Al-Qasas: 77)

Ahli Sunnah Wal Jamaah bersikap pertengahan. Qada dan qadar wajib diimani, ia adalah Rukun Iman. Malaysia dan Indonesia terkenal dengan pegangan rasmi negara ialah Ahli Sunnah wal jama'ah. Mejoriti umat Islam di dua buah negara tersebut berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah wal jama'ah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N