Langkau ke kandungan utama

PERJUANGAN AKHIR ZAMAN.


HADIAH DARI GURU MURSYID.
Di hadapan kita ini ialah sebuah artikel tentang IMAN. Kita kongsikan sebuah kuliah Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Anggaplah ia sebagai hadiah
istimewa dari guru mursyid kita. buat kenangan dan pusaka peninggalan 
yang telah  sempat Abuya abadikan pada kita.

Abuya bantu kita supaya dapat kita gunakannya dengan sebaik baiknya sebagai satu-satunya hadiah yang paling berharga buat guru mursyid kita. Bagi kehidupan kita di dunia apalagi kehidupan di Akhirat.
(Pendidikan awal mengenal Tuhan).

Iman ialah punca tenaga,tempat
lahirnya segala-gala yang kita perlukan dalam hidup ini. Iman ialah harta manusia yang akan mengkayakan hati. Iman ialah kekuatan manusia yang akan menguatkan jiwa kita. Iman  ialah pendidikan yang akan menjadikan kita manusia yang
berakhlak mulia dan berbudi
tinggi.

Iman ialah sahabat kita yang
karib dan setia, yang sentiasa
bersama di waktu suka dan
duka.Iman ialah pembimbing kita yang akan memandu kita
kepada kebahagiaan hidup
yang kita harap-harapkan.


Melalui didikan guru mursyid mendidik kita tentang iman.Iman ialah penyuluh kita yang terang benderang, yang akan 
menyelamatkan manusia dari
kegelapan dan kesesatan.


Iman ialah pengawal kita yang
sentiasa bersedia untuk
menjaga kita dari serangan musuh lahir dan batin. Iman ialah pemelihara kita, yang akan menghalang kita dari terpesona dan tertipu dengan
hasutan dan bujukan nafsu dan
syaitan.Iman ialah pendorong
kita yang akan mengarahkan
kita supaya sentiasa berjuang
diatas landasan yang
dibenarkan oleh Tuhan.


Iman ialah tenaga penggerak
yang tidak akan membenarkan
kita berpeluk tubuh melihat
maksiat dan kederhakaan pada
Tuhan. Kalau kita memiliki
iman, kita sesungguhnya
telah menguasai segala-galanya 


Sebaliknya kalau kita ketiadaan
iman, maka kita telah
kehilangan segala-gala-nya pula.
Kerana itu guru Mursyid sarankan supaya berusaha
bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan iman.

Masa, tenaga, fikiran, jiwa, harta, nyawa dan apa saja hak kita jangan sayang untuk kita korbankan sebagai tebusan
pada iman. Sebenanya harga
pengorbanan kita itu terlalu
kecil jika dibandingkan dengan
nilai iman yang kita perolehi.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N