Langkau ke kandungan utama

TIGA TAHUN DI ARAB SAUDI.




 (Pajak ladang kurma di Madinah)
 (Bukit Uhud)
 (Penginapan berlatar belakangkan Bukit Uhud).

PENGALAMAN PAHIT MANIS BERADA DI ARAB SAUDI.

Selama tiga tahun berada di Arab Saudi macam-macam pengalaman yang dilalui. Apa yang telah Allah takdirkan untuk mematangkan diri menempuh kehidupan yang menjadi jambatan ke Akhirat. Saya merasakan hidup saya akan berakhir disana. Selain itu
kisah dibawah yang sangat memberi kesan..kepada diri saya.

Seorang wanita warga Arab Saudi menceritakan kisah suaminya yang mati otak sejak 15 tahun yg lalu..katanya:

"Suamiku asalnya seorang pemuda yang periang, bersemangat, cergas, segak, sasa, berpegangan agama, berakhlak dan berbakti kepada kedua orang tuanya..dia mengahwiniku pada tahun 1390 H dan aku tinggal bersamanya di rumah  ayahnya sebagaimana adat kebiasaan keluarga orang Arab Saudi..

Melihat kebaktiannya kepada kedua ibu bapanya, aku mula rasa takjub degannya dan aku bersyukur kepada Allah kerana menjodohkanku dgn suami ini..Kami dikurniakan seorng ank perempuan setelah setahun perkahwinan kami berlangsung..kemudian tempat kerjanya berpindah ke daerah  timur..Dia berulang alik ke tempat kerjanya selang seminggu..seminggu di sana dan seminggu bersama kami..sehingga ia berlangsung selama tiga tahun, manakala anak perempuan kami sudah berumur 4 tahun..

Tanggal 9 Ramadan 1395 H, ketika dlm perjalanan pulang ke kediaman kami di Riyadh, beliau terlibat dlm kemalangan jlnraya..ekoran itu beliau dimasukkan ke hospital dlm keadaan tidak sedarkan diri..Para doktor pakar yg merawatnya mengisytiharkan keadaannya sebagai 'mati otak' kerana kerosakan saraf otaknya pd kadar 95%..

Peristiwa itu sangat menyedihkan kami, terutamanya bagi kedua ibubapanya yg telah lanjut usia..Menambahkan lagi keperitanku, pertanyaan oleh anak kami Asma' tentang ayahnya yg sangat dirinduinya, lebih-lebih lagi dia telah menjanjikannya permainan yg disukainya..Kami bergilir-gilir menziarahinya setiap hari..sedangkan keadaannya tidak berubah sedikitpun..

Setelah 5 tahun masa berlalu..ada yg menasihatiku supaya menuntut cerai darinya melalui mahkamah, ats alasan penyakitnya itu  tiada lagi harapan sembuh..bahkan sebahagian ulama telah memberi fatwa kpdku hukum keharusan cerai dlm keadaan kesihatan yg sebegitu..Namun, aku menolak sepenuhnya idea itu, bahkan aku tidak akn sekali2 menuntut cerai selagi dia masih ada di ats muka bumi ini, sama ada dia dikebumikan sama seperti si mati yg lain atau mereka biarkan saja dia bersamaku sehingga Allah melakukan apa yg dikehendakinya..

Sebaliknya tumpuanku terarah kpd ank perempuanku yg masih kecil..aku masukkannya ke sekolah tahfiz al-Quran..sehingga dia hafaz keseluruhan al-Quran sebelum umurnya melewati 10 tahun..Selepas itu, aku memberitahunya berkenaan hal ayahnya..dan dia tidak lekang mengingatinya..kadangkala dia menangis dan kadangkala dia diam membisu...Anak perempuanku seorang yg berpegangan agama..dia solat setiap fardu pd masanya..dia bangun solat di akhir malam, sedangkan dia belum berumur 7 tahun..

Aku bersyukur kpd Allah krn memberi hidayah kpdku utk mentarbiahnya seperti al-marhumah neneknya yg sangat akrab dgnya, juga seperti al-marhum datuknya..Dia mengikutiku menziarahi ayahnya dan dia membaca al-quran kpdnya dari semasa ke semasa..bahkan dia bersedekah bagi pihaknya..

Suatu hari pd tahun 1410 H. dia berkata kpdku: "Wahai ibuku! biarkanlah aku tidur di sisi ayahku pd mlm ini"..aku menerima permintaannya walaupun dalam keadaan  teragak-agak.

Kemudian, anakku ceritakan kpdku (apa yg berlaku ke atas dirinya):

"Aku duduk di sisi ayahku sambil membaca surah al-Baqarah sehingga khatam, kemudian aku rasa mengantuk lalu tertidur..aku bermimpi seolah-olah satu senyuman melewati kehidupanku, justeru aku merasa tenang dgn keadaan itu..aku tersedar dari tidurku, lalu aku mengambil wuduk dan bersolat..ma sya Allah tanpa henti..tetapi aku tertidur semula di tempat solatku..
tiba2 ada seseorang berkata kpdku: "Bangunlah..apakah wajar kamu tidur, sedangkan Tuhan yg Maha Pemurah sentiasa jaga? Adakah wajar, sedangkan sekarang waktu penerimaan yg Allah tidak menolak permintaan hambanya?

Kemudian aku terjaga, terasa seolah-olah ada sesuatu yg hilang dariku..lalu aku angkat kedua tanganku, sambil melihat kpd ayahku, sedang air mataku berlinangan..aku berdoa:

"Wahai Tuhanku! wahai Tuhan yg Maha Hidup! wahai Tuhan yg Maha Berdiri! wahai Tuhan yg  Maha Agong! wahai Tuhan yg Maha Perkasa! wahai Tuhan yg Maha Besar! wahai Tuhan yg Maha Tinggi! wahai Tuhan yg Maha Pemurah! wahai Tuhan yg Maha Penyayang..
Ayahku ini seorang hamba dari sekelian hamba-Mu..dia telah ditimpa kesusahan, namun kami tetap bersabar, tetap bersyukur dan tetap beriman dgn segala ketentuan-Mu terhadapnya..
Ya Allah! sesungguhnya dia berada di bawah rahmat dan kehendak-Mu..ya Allah! Engkau telah sembuhkan Nabi Ayyub dari penyakitnya, Engkau juga telah kembalikan Nabi Musa kpd bondanya, Engkau juga telah selamatkan Nabi Yunus dlm perut ikan, Engkau juga telah tukar api menjadi sejuk dan selamat utk Nabi Ibrahim..
Sembuhkanlah ayahku drpd penyakit yg menimpanya..ya Allah! mereka dakwa tiada lagi harapan sembuh baginya..Ya Allah! engkau memiliki segala kekuasaan dan keagongan..maka kasihanilah dia dan sembuhkanlah penyakitnya..

Mataku rasa mengantuk..lalu aku tertidur sebelum terbit fajar..tiba2 terdengar suara perlahan membisikku: "Siapa kamu? apa kamu buat di sini? Lalu aku bangkit disebabkan suara itu..aku pandang ke kiri dan ke kanan tapi tiada sesiapa..kemudian suara itu berulang lagi..rupa2nya ia suara ayahku..justeru tanpa berlengah lagi, aku terus bangkit dan memeluknya dgn gembira...tetapi dia menjauhiku..sambil beristighfar dia berkata: "Bertaqwalah kamu kpd Allah..kamu tidak halal bagiku". Pantas aku menjawabnya: "Aku Asma', anakmu". Lalu dia terdiam..

Aku keluar memberitahu para doktor..sebaik mereka tiba mereka terkejut melihatnya..seorang doktor warga Amerika yg tidak fasih bahasa arab berkata: "Subhanallah!, manakala seorang lagi doktor warga mesir berkata: "Maha Suci Tuhan yg menghidupkan semula tulang temulang yg hancur"..manakala ayahku tidak tahu apa2 pun yg berlaku..sehinggalah kami memberitahunya hal itu..lalu dia menangis seraya berkata:

"Hanya Allah sebaik2 penjaga dan Dialah yg menjaga para solihin, demi Allah, aku tidak ingat apa2, cuma sebelum kemalangan itu berlaku aku niat ingin berhenti utk solat sunat duha..kemudian aku tak ingat lagi, sama ada aku solat atau tidak".

(Menyambung ceritanya) Si Isteri berkata: "Akhirnya Abu Asma' kembali ke pangkuan kami, sebagaimana aku harapkan..umurnya telah hampir 46 tahun..bersamanya, aku dikurniakan seorang lagi anak lelaki..segala puji bagi Allah..sekarang umurnya dua tahun dan sudah boleh merangkak..

Maha suci Allah yg telah mengembalikannya kpdku setelah 15 tahun berlalu..Dialah (Tuhan) yg menjaga anak perempuannya untuknya..Dialah jua (Tuhan) yg memberi hidayah kpdku untuk tetap setia dgnnya dan berlaku jujur terhadapnya meskipun dlm keadaan dia telah hilang dari dunia..

Oleh itu, janganlah sekali2 kamu abaikan doa..sesiapa yg menjaga hak Allah, nescaya Allah akan menjaganya..dan jgnlah kamu abaikan kebaktian terhadap kedua ibu bapamu..
ketahuilah bhw di Tangan Allah jualah pengurusan dan penentuan segala perkara..tiada sesiapa pun selain-Nya yg melakukan semua itu.."

Kisah ini untuk pengajaran

Melaluinya, mudah mudahan Allah memberi manfaat bagi org yg berada dlm kesukaran atau ditimpa malapetaka besar atau tertutup baginya pintu penyelesaian atau terputus darinya jalan keselamatan..lalu dia ketuk pintu langit dgn doanya sambil meyakini pemakbulan oleh-Nya..justeru jgnlah berputus asa..selagi Tuhan kamu itu ialah Allah..hantarkan saja segala doa dan balutkanlah ia dgn sangkaan baik terhadap-Nya yg Maha Suci..kemudian yakinlah dgn hampirnya saat kejayaan dan kemakbulan..dan akhir doa kita ialah (pengakuan) bhw segala puji bagi Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N