Langkau ke kandungan utama

APAKAH NASIB KITA.





APAKAH NASIB NEGARA KITA?
Apakah nasib kita yang telah Allah rancangkan pada azali lagi? Apakah kita tahu apa yang akan berlaku kepada negara kita mengikut ketentuan Allah pada azali? Merujuk kepada huraian Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi dalam buku 'Aqidah Mukmin' siri 2, mengenai sifat Al Iradah bagi Allah SWT itulah yang menentukan perkara mumkin  itu yang terjadi atau tidak terjadi.

Semuanya Allah  SWT yang menentukan. Katalah mumkin yang tidak terjadi pada ketika ini ialah tidak hujan di tempat kita.Tidak terjadinya hujan itu, Allah SWT yang mentukan, dan hal ini
telah Allah tentukan sejak azali lagi.
Begitu juga dengan tidak berlakunya angin ribut pada satu-satu ketika itu, juga telah ditentukan oleh Allah SWT dan bukannya kehendak angin ribut itu. Jadi, segala yang mumkin itu, sama ada yang mumkin itu ada atau pun tiada, ia ketentuan daripada Allah SWT.

Bilakah Allah menentukan perkara yang mumkin ini iaitu sama ada hendak mengadakan nya atau pun hendak mentiadakannya? Allah SWT telah menentukannya pada azali lagi. Azali itu sebagaimana yang telah kita bahaskan dalam artikal sebelum ini, adalah
tiada permulaannya.

Untuk memudahkan fahaman kita, kita buat perbandingan begini. Ibarat sebuah bangunan itu hendak didirikan, sama ada 20 tingkat atau 30 buah tingkat, sama ada hendak dibangunkan tangganya atau dan lain-lain yang berkaitan dengan bangunan itu. Seseorang arkitek akan menentukan pelannya terlebih dahulu. Kemudian bangunan itu didirikan mengikut pelan yang telah disediakan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...