Langkau ke kandungan utama

HIDUP YANG BERKAT.


KONSEP BERKAT.


Firman Allah SWT:
وَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَٰلَمِينَ.
Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.(Al Ambiya 21:107).
Berkat ertinya bertambah. Berkat datang atau berasal dari rahmat. Berkat adalah untuk orang-orang yang bertaqwa. Ia diberi dari reda dan kasih sayang Tuhan.
Istidraj adalah untuk orang-orang yang derhaka kepada Tuhan sama ada orang kafir mahupun orang Islam. Ia diberi
oleh Tuhan dengan marah dan murka. Tuhan tidak mengamalkan diskriminasi dalam memberikan rahmat kepada hamba-hamba-Nya.
Kalau dilihat pada lahirnya sama sahaja. Tuhan bagi kepada semua orang. Namun kepada orang-orang yang bertaqwa, apa yang Tuhan bagi menjadi berkat. Kepada orang-orang yang derhaka pula apa-apa yang Tuhan beri jadi istidraj.
Kalau dilihat pada lahirnya sama sahaja. Sama sahaja bendanya.
Tapi kesan dan side effectnya berbeza. Kalau sesuatu itu ada berkatnya, akan timbul kesan-kesan yang positif. Akan timbul kasih sayang, perpaduan, ketenangan, bertambah iman dan bertambah taqwa.
Kalau sesuatu itu Tuhan beri dengan istidraj, akan timbul berbagai-bagai kesan negatif seperti perpecahan, pergaduhan, jenayah, kezaliman, ketidak-adilan dan huru hara.
Kalau kita mendapat apa-apa kebaikan (berkat) terutama dalam sebuah jemaah, ia mesti disandarkan kepada berkat orang lain untuk mudah kita menjaga hati. Tidak terasa kita hebat atau mulia. Berkat mesti dijaga. Kalau tidak ia boleh bertukar menjadi istidraj terutama kalau timbul rasa riyak megah, sombong rasa diri pandai dan mampu. Ibarat kita dapat buah yang banyak lagi manis. Tidak boleh kita lupakan tangkainya, rantingnya, dahannya dan batangnya.
Sangat tidak patut kita lupakan pokoknya. Kerana kalau tidak kerana pokok masakan akan ada buahnya. Generasi awal bersama pencetus sebuah jemaah bertungkus lumus dan berkorban habis-habisan untuk menjaga dan menjayakannya.  Generasi kemudian berdepan dengan dunia datang menggolek.
Ramai umat Islam hendak mudah dan hendak senang. Mereka jadi kaya, hendak berilmu, hendak maju dan dapat berbagai-bagai nikmat dan kelebihan tidak kira atas dasar apa. Atas dasar istidraj pun tidak mengapa. Sebab itulah kita dalam hendak membangun, dalam hendak mengejar kemajuan, semakin jauh dari Tuhan hingga akhirnya Tuhan dilupakan.
Apa sahaja yang mereka dapat semuanya berbentuk istidraj semata-mata yang penuh dengan kesan buruk dan negatif. Inilah puncanya, makin banyak kita berusaha, banyak syariat Tuhan yang dilanggar. Makin menjadi lemah, jadi hina, berpecah-belah, berbalah, bergaduh dan dihinggap berbagai penyakit jenayah dan gejala sosial.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...