Langkau ke kandungan utama

CAHAYA DIUFUK TIMUR.






Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi sebagai pejuang kebenaran sanggup menjadi lilin yang membakar diri asalkan masyarakat dapat cahaya. Dia sanggup menderita,disisih, dibuang,
dihalau, dikurung hatta dirinya terkorban asalkan matlamat perjuangannya tercapai.

Pejuang kebenaran menghapus kan kegelapan dengan membawa cahaya. Dia membasmi kekufuran dengan membawa iman. Dia mengubah kejahatan dengan membawa akhlak. Digantikan rasa putus asa dengan rasa bergantung harap dengan Tuhan.

Era perjuangan Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi terbahagi dua. Era pertama Abuya berhempas pulas  berdakwah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Era pertama masyarakat masih lagi terlalu asing dengan dakwah. Ramai orang yang takut. Di awal era dakwah masyarakat beranggapan dengan adanya pergerakan dakwah Malaysia boleh jadi  mundur. Malaysia tidak akan tercapai  menjadi negara maju pada 2020.

Di era kedua perjuangan Abuya, masyarakat Malaysia tidak asing lagi dengan dunia dakwah bahkan mereka yang tidak mengikuti dakwah di risaukan takut-takut mengikuti budaya negatif seperti pergaulan bebas dan dadah. Ketika ini kita terkejut melihat hasil dakwah terus berkembang. Seolah-olah masyarakat dapat kesedaran secara automatik. Begitulah Tuhan lakukan di era sekarang.

Kita sedang menyaksikan bagaimana cahaya diufuk Timur itu berlaku.  Kita terkejut-terkejut melihat hasilnya. Demi keadilan Allah, didunia lagi Allah sudah perlihatkan bahawa sebesar-besar ujian, sebesar itu pulalah pertolongan-Nya pada kita. Sejak dulu hinggalah sekarang bantuan Allah tidak henti-hentinya dan makin luar biasa. Allah lepaskan dari helah musuh. Hingga terlepas dari perangkap musuh.

Musuh Islam seperti Yahudi terutamanya terkejut melihat perkembangan tersebut. Mereka telah mengusahakan agar umat Islam di Malaysia dapat di rosak kan dengan budaya Barat tetapi sebaliknya yang berlaku. Hingga pemerhati melihat apa yang ada di Amerika syarikat ada di Malaysia tetapi apa yang ada di Malaysia tidak ada di Amerika.Iaitu kemajuan di Amerika ada di Malaysia dan kebangkitan Islam di Malaysia tidak ada di Amerika.

Berkat kebangkitan dakwah sekolah-sekolah tahfiz tumbuh bagaikan cendawan. Ada dimana-mana negeri di Malaysia. Bahkan kita melihat program dakwah di kaca TV hampir setiap saluran buat pengisian dakwah. Ombak dakwah tidak boleh dibendung dan ditahan-tahan. Sesiapa saja yang menentangnya terpaksa berdepan dengan keluarga dan kaum kerabatnya yang mula jatuh cinta dengan Islam.

Apabila bertukar kerajaan selepas PR14, umat Islam terbahagi dua. Yang semakin lantang membela Islam dan satu pihak lagi semakin berani mencabar Islam. Pejuang yang hak terserlah dan yang memperjuangkan kebatilan juga terserlah dan lantang seperti  perjuangan LGBT.

Keluarga dan pengikut-pengikut
Abuya menjadi harapan masyarakat sebagai benteng yang dapat mempertahankan Islam. Masyarakat Islam memberi laluan dan sokongan kepada gerakan dakwah. Siapa yang menentang sekarang dianggap sebagai bangkai yang terdampar di tepi jalan.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N