Langkau ke kandungan utama

KEBENARAN IBARAT AIR.

Perjuangan kebenaran memberi manfaat kepada manusia.

Perjuangan kebenaran ibarat air.
Mengalir dan terus mengalir. Kalau diempang, dia akan menyusup ke bawah. Kalau disekat di bawah, dia akan mengalir kesisi. Kalau disekat sisi, dia akan bertakung.

Sampai masa dia akan melimpah dan mengalir juga ke atas. Seperti air, ia tenang dan tidak mendesak. Tetapi ia tetap akan mengalir. Ia mengikut dan menyesuaikan diri dengan bentuk bumi.

Seperti air juga, perjuangannya sangat diperlukan. Sangat memberi manfaat kepada manusia. Sangat menyejuk
dan menyegarkan. Sangat menenang dan mententeramkan hati-hati manuaia. Tidak seperti perjuangan lain yang ibarat api yang mengganas dan membakar.

Orang lain menyelesai masalah dengan akal, walaupun masalah itu bersabit dengan hati dan jiwa manusia. Oleh itu masalah yang kecil jadi besar. Masalah yang sedikit jadi banyak. Masalah setempat tersebar ke tempat lain. Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi perjuangannya merujuk segala-galanya kepada Tuhan. Dibawa manusia kepada Tuhan. Dibawa manusia kepada Akhirat. Dipupuk rasa cinta dan kasih sayang sesama manusia. Bila Tuhan berada di hati, bila Akhirat menjadi matlamat hidup dan bila terasa dikasihi dan mengasihi, maka manusia menjadi manusia semula.

Abuya dapat menghidupkan fitrah kita. Dia menyubur dan  menghidupkan keinsanan kita. Mudah bagi kita menjadi baik dan mengabdikan diri kepada Tuhan. Perjuangan Abuya ibarat air. Air sifatnya lemah lembut dan sangat diperlukan oleh manusia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...