Langkau ke kandungan utama

PERJUANGAN YANG ADA ROH.

PERJUANGAN ROH.

Secara ringkasnya surah al-hadid 57dalam ayat 25 ini Allah menjelaskan bahawa Allah mengutuskan rasul-rasul-Nya dengan 'Bayyinah' dan menurun Al kitab, Almizan dan Al hadid itu supaya Allah mengetahui siapa yang menolong agama-Nya serta rasul-rasul-Nya dengan perkara ghaib. Apa yang dimaksudkan  menolong Allah dan Rasul dengan perkara ghaib?

Menurut ahli tafsir menolong  Allah serta rasul-rasul-Nya dengan perkara ghaib itu seperti berikut. Ertinya menyerahkan keyakinan. Keyakinan itu adalah perkara yang bersifat ghaib. Perkara-perkara itu ialah Allah, Akhirat, Syurga, Neraka dan lain-lain perkara ghaib.

Keyakinan kepada hal-hal ghaib ini menjadi syarat utama seseorang itu diiktiraf sebagai orang mukmin dan Muttaqin. Perhatikan firman Allah dalam surah al-Baqarah:"Kitab Al Quran ini sebenarnya tidak ada sebarang keraguan, kemusian ia menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa. Iaitu golongan orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan solat
dan mengimfaqkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.(Al Baqarah 2-3).

Perkara ini juga diperjelaskan lebih terperinci dalam surah As-Saff. 10. Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Dalam ayat ini Allah menawar kan satu perniagaan kepada orang-orang yang beriman yang sangat menguntungkan. Allah meminta dua perkara iaitu:
Pertama beriman kepada Allah dan Rasul. Kedua Berjuang dengan harta dan jiwa.

Dari dua modal yang Allah minta itu yang pertama dan utama adalah perkara ghaib iaitu beriman kepada Allah dan rasul.Dalam surah As-Saff juga Allah menjanjikan balasan yang tidak
dapat dilihat dengan mata kasar atau bersifat ghaib.

12. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.

13. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

Dari empat perkara balasan yang Allah janjikan itu tiga diantaranya adalah perkara yang ghaib iaitu pengampunan dari dosa, Syurga 'Adn adalah perkara ghaib. Pengampunan dosa hanya Allah sahaja yang tahu, begitu juga Syurga 'Adn adalah perkara ghaib yang hanya dirasakan di Akhirat kelak.Bantuan Allah pula tidak selalu berbentuk lahir, adakalanya berbentuk maknawi seperti rasa tenang, aman dan bahagia.Kunci kepada kebahagiaan dan keharmonian manusia adalah dari solat atau sembahyang yang khusyuk. Ia juga bersifat rohaniah atau maknawiah.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N