Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

TUHAN TIDAK BEBANKAN DI LUAR KEUPAYAAN MANUSIA.

TUHAN TIDAK BEBANKAN DI LUAR KEUPAYAAN MANUSIA.

Firman Allah:

                                                 لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. (Al-Baqarah, 2:286).


Dalam kehidupan ini, kebanyakan manusia takutkan ujian. Sedangkan Tuhan ciptakan ujian dan Tuhan juga siapkan penyelesaiannya. Berdasarkan ayat di atas apa yang boleh kita faham ialah Tuhan tidak bebankan melainkan dalam diri manusia itu sendiri Tuhan sudah siapkan untuk mengungkai beban itu. Contoh kereta rosak, sedangkan alat-alat baikki ada dirumah. Kita pun tunggu dekat kereta yang rosak, sedangkan pada kita juga Tuhan bekalkan ilmu dan alat baikkinya ada tersimpan di rumah. Selagi kita tidak bergerak pulang kerumah mengambil peralatan membaikinya selama itu kereta tetap rosak, kita pun mengatakan ini ujian. Tuhan sudah bekalkan pada diri kita ilmu dan cara atasinya. Kalau kita tidak ada ilmu untuk membaikinya, bengkel kereta mudah did…

BANGKIT DAN BANGUN MEMBENARKAN JANJI ALLAH.

BANGKIT DAN BANGUN MEMBENARKAN JANJI ALLAH.

Putra Jaya menjadi pusat pentadbiran negara Malaysia. Putrajayaatau nama penuhnyaWilayah Persekutuan Putrajayaialah pusat pentadbiran Kerajaan PersekutuanMalaysiayang menggantikanKuala Lumpurpada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia adalahWilayah Persekutuanke-3 di Malaysia.

Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.
Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi telah berjaya menanamkan cita-cita memperjuangkan Islam kepada keluarga dan masyarakat mendidik benci dengan hal-hal yang bercanggah dengan Islam. 

Padahal tahun pertengahan 60 puluhan dunia dakwah terla…

MENGAPA UMAT ISLAM PERLU BINA KEKUATAN SENDIRI.

MENGAPA UMAT ISLAM PERLU BINA KEKUATAN SENDIRI.

Firman Allah:
قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱللَّهِ وَٱصْبِرُوٓا۟ ۖ إِنَّ ٱلْأَرْضَ لِلَّهِ يُورِثُهَا مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ ۖ وَٱلْعَٰقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ .
(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa". (Al-A'raaf,7:128).
Abuya tidak jemu-jemu melakukan XPDC, kerana Abuya Ashaari At Tamimi hendak bina kekuatan yang Tuhan tuntut iaitu kekuatan Iman dan Taqwa. Dalam sejarah Islam, pengembaraan atau xpdc merupakan suatu tradisi yang biasa dilakukan oleh para ulama dan pencari ilmu. Hampir seluruh ulama Islam pernah mengembara, dari satu kota ke kota lain untuk menuntut ilmu. Ajaran Islam sangat luas. Dari tiga asas utama ajaran Islam di zaman Rasulullah SAW iaitu ima…

PERANAN SULTAN DI ERA PERANG MINDA.

PERANAN SULTAN DI ERA PERANG MINDA.


Keberkesanan fungsi Timur menjadi tapak kebangkitan Islam dapat dilihat dan diukur pada watak masyarakat. Kemeriahan amalan Islam ketara di tengah-tengah masyarakat. Malaysia yang menjadi tapak kebangkitan Islam yang di terajui oleh bangsa Melayu atas nama Islam. Institusi Masyarakat adalah penentu dan penyumbang utamanya. Kalau masyarakat itu bertaqwa, takut dan cinta Tuhan, hidup aman damai, harmoni dan bahagia, maka negara yang menjadi tapak kebagkitan Timur akan turut memiliki ciri-ciri tersebut. Runtuhnya empayar Uthmaniah, berkrisis, hilang kasih sayang, roboh perpaduan, maka umat Islam seluruh dunia turut dilanda dan menerima kesannya. Apabila empayar Uthmaniah gagal berfungsi sebagai empayar Islam sebagai pusat melahirkan para pejuang, sebagai pusat kasih sayang, sebagai pusat mendidik wakil-wakil negara di bawah naungan empayar Uthmaniah, sebagai pusat pembinaan akhlak, gagal sebagai pusat menyuburkan iman dan taqwa, maka faktor-faktor lain…

PERJUANGAN TIMUR PENGGERAK KEBANGKITAN ISLAM.

PERJUANGAN TIMUR PENGGERAK KEBANGKITAN ISLAM.

Pejuang yang terhibur bersama Tuhan, dapat menjadikan perjuangan yang penuh ceria, optimis, tenang, senang, selamat dan menyelamatkan. Tidak ada keluh kesah, gelisah, putus asa dan kecewa. Adalah sangat bermakna bagi umat Islam seluruh dunia amnya dan di bumi sebelah Timur ini khasnya. Ini adalah kerana kita berada dalam lingkungan jadual Tuhan untuk umat akhir zaman iaitu kebangkitan Islam kali kedua akan berulang di sebelah Timur, di awal kurun di akhir zaman.

Perjuangan Islam di Timur bersambung dengan perjuangan Imam Mahdi. Panduan yang kita perolehi dari Abuya Ashaari At Tamimi dapat memahamkan kita bagaimana untuk meletakkan diri sebagai hamba kepada yang Maha Pencipta. Panduan tersebut boleh jadi bekalan membawa jemaah bani atau keluarga masing-masing berada di atas landasan perjuangan Islam di Timur. Di situlah nanti bakal menemui rahsia kekuatan sebenar perjuangan dari Timur. Menjadikan perjuangan yang menghiburkan kerana mendapat…

ORANG BERTAQWA SENTIASA HIDUP BERSAMA TUHAN.

ORANG BERTAQWA SENTIASA HIDUP BERSAMA TUHAN.



"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (Al-Baqarah,2:3).

Orang bertaqwa hatinya takut dengan Tuhan. Ertinya orang yang sentiasa hidupnya dengan Tuhan. Orang yang hatinya gementar dengan Tuhan. Orang yang hatinya kuat rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Cita-cita dan matlamat mereka adalah Tuhan. Kerisauannya adalah bimbang terputus dari Tuhan. Cemasnya adalah kerana tidak tahu bagaimana kedudukan dirinya di sisi Tuhan. Lebih menggerunkan ialah dia tidak tahu apakah di Akhirat nanti Tuhan terima atau tidak. Sedangkan Akhirat nanti kekal abadi dan tiada siapa yang bersimpati serta tiada siapa yang dapat menolong. Masing-masing sibuk dengan diri sendiri.

Abuya Ashaari At Tamimi mendidik hati kita supaya kuat rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Orang bertaqwa ertinya orang yang menda…

UMAT ISLAM TERPIMPIN IBARAT PASUKAN BOLA SEPAK.

UMAT YANG TERPIMPIN IBARAT PASUKAN BOLA SEPAK.


Firman Allah:
وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَإِنَّ حِزْبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلْغَٰلِبُونَ
Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang. (Al-Maidah, 5:56).

Kebangkitan Islam kali kedua ini adalah era "DUNIA BARU ISLAM". Ertinya selepas ini adalah giliran Islam menerajui dunia. Abuya telah pun menyediakan tapak kebangkitan Islam di Timur. Menyediakan masyarakat yang siap untuk mendokong Islam. Cara Abuya menyiapkannya ialah dengan mendidik masyarakat dan ahli keluarganya melalui kesedaran dan pendekatan dakwah. 

Abuya persiapkan anak-anaknya ibarat satu team bola sepak. Setiap pemain ada tugas dan peranan masing-masing. Penyerang dan pertahanan, fungsi utama mereka ialah untuk merampas (merebut) bola dari pihak lawan, mengawal bola, dan menghantarnya …

BANGSA MELAYU DAN CHINA DI ERA KEBANGKITAN ISLAM.

BANGSA MELAYU DAN CHINA DI ERA KEBANGKITAN ISLAM.



Pembuka tirai tahun baru 2016, Malaysia membuka distribution center dan juga pusat pameran untuk products Halal dari Malaysia. Pembukaan menjadi kenyataan atas nama Anjung Malaysia terletak di District 5 YiWu, China.  District 5 adalah wholesale market Antarabangsa di mana semua negara mempunyai outlet di sini.  

Xi’an adalah ibukota propinsi Shaanxi yang dulunya disebut Chang’an. Xi’an terletak di Huajue distrik, sekitar 120 km sebelah barat gunung Huashan, salah satu dari kelima gunung terkenal di negeri China. Xi’an juga merupakan pusat dari 12 dinasti yang ada di China. Di kota ini terkenal sebuah bangunan masjid tua yang sudah berumur lebih dari 1000 tahun dan disebut sebut sebagai masjid tertua di China yakni Masjid Agung Xi’an.

Masjid Agung Xi’an dibangun pada tahun 742 di tahun pertama pemerintahan Kaisar Tia Bo dari dinasti Tang (618-907). Meskipun sudah berusia begitu tua masjid yang lebih mirip sebuah bangunan pagoda ini masih…