Langkau ke kandungan utama

PERANAN SULTAN DI ERA PERANG MINDA.

PERANAN SULTAN DI ERA PERANG MINDA.


Keberkesanan fungsi Timur menjadi tapak kebangkitan Islam dapat dilihat dan diukur pada watak masyarakat. Kemeriahan amalan Islam ketara di tengah-tengah masyarakat. Malaysia yang menjadi tapak kebangkitan Islam yang di terajui oleh bangsa Melayu atas nama Islam. Institusi Masyarakat adalah penentu dan penyumbang utamanya. Kalau masyarakat itu bertaqwa, takut dan cinta Tuhan, hidup aman damai, harmoni dan bahagia, maka negara yang menjadi tapak kebagkitan Timur akan turut memiliki ciri-ciri tersebut. Runtuhnya empayar Uthmaniah, berkrisis, hilang kasih sayang, roboh perpaduan, maka umat Islam seluruh dunia turut dilanda dan menerima kesannya. Apabila empayar Uthmaniah gagal berfungsi sebagai empayar Islam sebagai pusat melahirkan para pejuang, sebagai pusat kasih sayang, sebagai pusat mendidik wakil-wakil negara di bawah naungan empayar Uthmaniah, sebagai pusat pembinaan akhlak, gagal sebagai pusat menyuburkan iman dan taqwa, maka faktor-faktor lain hanyalah sebagai membantu menambahkan parahnya kemusnahan empayar.


Abuya kongsikan maklumat dan panduan tentang peranan sultan di era ini. Sultan berperanan di era kebangkitan ini. Iaitu  terlibat secara langsung di era perang minda. Apabila disebut tentang Timur pusat tapak kebangkitan, disana terdapat dua figure paling utama iaitu ulama dan umara. Maka antara kedua-dua itu sudah tentulah ulama atau penasihat pemerintah paling utama. Kalau ulama dan umara tidak bertaqwa, maka jadilah mereka penguasa yang zalim. Ulama dan umara yang bertaqwa ialah orang-orang yang serius terhadap tanggungjawab pada agama, bangsa dan negara. Mereka menyediakan tenaga, masa, fikiran dan semangat untuk tugas khalifah Allah di dunia. Firman Allah:

                                       Ø¥ِÙ†َّÙ…َا ÙŠَØ®ْØ´َÙ‰ ٱللَّÙ‡َ Ù…ِÙ†ْ عِبَادِÙ‡ِ ٱلْعُÙ„َÙ…َٰٓاء

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. (Ulama). (Faatir, 35:28).


Begitulah jauh bezanya antara umat yang bertaqwa dan tidak bertaqwa. Kalaulah kita dapat capai makam ini, insya Allah akan jadilah kita bangsa dan negara yang aman makmur, seperti yang kita laung-laungkan dan idam-idamkan, sebagaimana maksud firman Tuhan di sebut dalam Al Quran:
(negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!. (Saba, 34:15).

Akibat ulama tidak bertaqwa maka mereka tidak dapat mendidik pemimpin atau penguasa agar menjadi pemimpin yang bertaqwa. Bila pemimpin tidak bertaqwa, maka hatinya akan dikerumuni oleh nafsu-nafsu jahat. Antaranya ego, sombong, takabur, riyak, ujub, menzalimi, (diskriminasi), pilih kasih, gila kuasa, tidak adil, berburuk sangka, berhasad dengki, terutama sesama pemimpin, menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan dunia semata-mata, menghukum sesuka hati, takut dengan rakyat sendiri, bersifat pemarah dan bermewah-mewah.


Kalau penguasa tidak bertaqwa, sukar hendak mencari yang suka merendah diri dan merasakan dirinya setaraf dengan orang lain, tidak berbangga dengan kuasa, tidak rasa dirinya istimewa, berlaku adil dan lemah lembut, berbaik sangka, berkasih sayang sesama pemimpin, menggunakan kuasa untuk kepentingan Islam dan kehidupan di Akhirat, berhati-hati ketika menghukum, suka memaafkan dan hidup ala kadar, iaitu sekadar keperluan. Mereka adalah benteng negara. Serangan dari musuh di era ini sangat halus. Ulama dan umara adalah tiang-tiang negara. Musuh terus mencari sasaran untuk hancurkan negara.


Musuh Islam memang banyak. Yang paling menonjol ialah kaum Yahudi dan Nasrani sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
(Baqarah, 2:120).

Satu golongan lagi yang memusuhi Islam ialah golongan yang dinamakan orentalis iaitu golongan yang ditakrifkan sebagai ' ' pakar ' dalam hal bangsa-bangsa timur. Mereka ini terdiri dari sebahagian orang yahudi dan Nasrani atau Kristian termasuk free Thinker atau orang-orang yang tidak mengakui akan peraturan agama.


Para orentalis belajar Islam dengan tujuan merosakkan ajaran Islam itu sendiri. Mereka mengubah atau menambah, membuang dan menokok serta menyelewengkan fakta-fakta serta huraian-huraian untuk mengelirukan umat Islam yang jahil dan untuk menakut-menakutkan orang di luar Islam agar mereka jangat menganut agama Islam. Contoh penyelewengan golongan orintalis yang telah mempengaruhi sebahagian dari umat Islam. 


Para orentalis suka belajar dan mengkaji Al Quran dan Hadis, bukan kerana mereka mahu beriman dengannya bahkan mereka tidak pun berminat untuk menganut Islam, tetapi setakat mahu mengetahui ilmu Islam untuk diperbandingkan dengan agama lain atau dengan ajaran-ajaran ideologi yang lain. Mereka belajar dengan tujuan untuk mrosakkan agama Islam itu sendiri.


Bagi menghalang anasir-anasir yang cuba merosakkan agama Islam, Sultan sangat berperanan di era ini. Bukan sahaja serangan dari luar Islam, tekanan pengaruh Syiah dari dalam juga sangan aktif di negara ini. Malaysia sebuah negara menjadikan Islam sebagai agama rasmi, berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Malaysia. Negara tidak menghalang agama lain menjadi anutan kepada penganut-penganut lain. Contoh lagi kemeriahan program agama diperingkat negara, seperti negara akan menerima pandangan dan cadangan kepada pembentukan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara di seluruh negara, selawat perdana yang sangat mendapat sambutan  umat Islam dan lain-lain lagi. Musuh-musuh Islam sangat mengikuti perkembangan pesat Syiar Islam ini di Malaysia. 


Rahsia kejayaan kebangkitan Islam pertama. Kebangkitan Islam ianya berlaku Bersama Cinta dan Akhlak. Rahsia kejayaan Rasulullah SAW, Khulafaur Rasyidin dan Salafussoleh mengislamkan dunia adalah kerana mereka cintakan Allah lebih daripada cintakan dunia. Juga kerana mereka memberi tumpuan yang serius kepada Akhirat dengan membersihkan hati mereka. Mereka mampu menundukkan nafsu, lalu dunia jatuh terjelapak ke tangan mereka. Mereka serius membersihkan hati mereka melalui mujahadatunnafsi, riadatunnafsi, dengan disiplin serta barakah pimpinan Rasulullah SAW, maka mereka diberi Allah sifat-sifat hati yang bersih.


Malaysia dipilih menjadi tapak kebangkitan Islam kali ke dua di Timur. Rahsianya ialah apabila negara kita, kerajaan Malaysia ishtiharkan dengan jelas dan tegas pegangan rasmi ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah maka ini sangat membantu menyatukan umat Islam dalam satu pegangan dan keyakinan Islam yang mantap. Sekarang Malaysia yang menjadi harapan empayar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pengaruh syiah yang telah menguasai 3/4 Timur Tengah pun tak mampu menghalang! Ini adalah era kebangkitan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diterajui oleh Malaysia. Apa yang ada di Malaysia sudah tidak ada di Timur Tengah seperti Selawat Perdana, iaitu umat Islam berkumpul beramai-ramai berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Perpaduan yang diikat oleh agama lebih kuat daripada yang diikat oleh ideologi, oleh ikatan darah, oleh ikatan ekonomi, oleh ikatan senasib. Oleh itu umat Islam kalau mahu perpaduan kuat, jadikanlah Islam sebagai pengikatnya. Model Islam sebenar sedang dibangunkan semula di bumi Malaysia. Islam takkan kalah lagi. Bermula di Malaysia, akan kembali gemilang dan menguasai seluruh pelusuk dunia!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N