Langkau ke kandungan utama

ORANG BERTAQWA SENTIASA HIDUP BERSAMA TUHAN.

ORANG BERTAQWA SENTIASA HIDUP BERSAMA TUHAN.



"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."
(Al-Baqarah,2:3).


Orang bertaqwa hatinya takut dengan Tuhan. Ertinya orang yang sentiasa hidupnya dengan Tuhan. Orang yang hatinya gementar dengan Tuhan. Orang yang hatinya kuat rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Cita-cita dan matlamat mereka adalah Tuhan. Kerisauannya adalah bimbang terputus dari Tuhan. Cemasnya adalah kerana tidak tahu bagaimana kedudukan dirinya di sisi Tuhan. Lebih menggerunkan ialah dia tidak tahu apakah di Akhirat nanti Tuhan terima atau tidak. Sedangkan Akhirat nanti kekal abadi dan tiada siapa yang bersimpati serta tiada siapa yang dapat menolong. Masing-masing sibuk dengan diri sendiri.


Abuya Ashaari At Tamimi mendidik hati kita supaya kuat rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Orang bertaqwa ertinya orang yang mendapat Tuhan. Abuya ingatkan kita mendapat Tuhan ertinya mendapat segala-galanya. Hidup orang bertaqwa ini senang, tenang dan bahagia kerana susah dan senang sama sahaja baginya. Kedua-duanya tetap datangkan keuntungan. 
Kalau susah dia sabar kerana kesusahan itu datang dari Tuhan, serta yakin kesusahan itu hanya sementara dan akan Tuhan iringi pula dengan anugerah nikmat. Kalau senang pula dia bersyukur kerana itu adalah anugerah Tuhan. Kalau kita gembira dengan kesenangan, mengapa dukacita di atas kesusahan sedangkan kedua-duanya datang dari Tuhan. 


Abuya berterusan bimbing kita sentiasa ingat Tuhan. Alangkah bahagianya orang yang setiap situasi hidupnya mendapat Tuhan yang ertinya mendapat keuntungan. Inilah maksudnya mendapat segala-galanya. Untung di dunia hidup dalam ketenangan. Untung Akhirat pula Tuhan tidak sia-siakan dengan menganugerahkan ganjaran berlipat ganda tanpa diduga di Akhirat kelak.


Pengalaman adalah peristiwa yang benar-benar pernah dialami. Pengungkapan pengalaman secara narasi berarti mengemukakan atau memaparkan suatu peristiwa atau pengalaman yang pernah dialami berdasarkan urutan waktu terjadinya peristiwa. Mengungkapkan pengalaman boleh dilakukan baik secara tertulis maupun lisan , jadi membuat narasi pun dapat dilakukan secara lisan pula, contohnya adalah tradisi sastra lisan yang disampaikan dari mulut  ke telinga. Begitu juga minda di kongsikan secara tradisi/media.


Pengalaman bersama Abuya ketika ekspedisi di dalam dan luar negara sangat indah. Banyak panduan yang diperolehi. Ketika menghadapi suasana cemas dalam negara tetapi bila dapat panduan dari Abuya rasa terpandu. Kini pengalaman dan panduan yang di perolehi selama ini menjadi panduan dan bekalan bagi meneruskan cita-cita Islam yang telah di bina dan di tanam menjadi keyakinan. Tarikh 13 mei 2010 menjadi kenangan terakhir bersama Abuya Ashaari At Tamimi. 


Siapa yang tidak inginkan kebahagian kerana kebahagian adalah fitrah manusia. Setiap manusia berbuat apa sahaja yang semuanya ingin mencapai tujuan akhir iaitu kebahagian, biar pun sedikit sahaja yang berjaya memperolehi kebahagian hakiki. Berbagai cara yang manusia laksanakan dengan tidak jemu-jemu memburu dan mencubanya. Itu semua bertujuan untuk merasa bahagia. Majoriti manusia tidak, dapat atau memperolehinya kecuali hanya sekadar eskapisma yang bersifat sementara. Hanya sekadar melupakan sekejap penderitaan batin yang tidak kunjung padam. Manusia hanya mencapai utopia yang di awang-awangan, tidak berpijak di bumi nyata, tidak lebih menjadi eskapisma, kepura-puraan dan menipu diri sendiri. 


Untuk mengecapi kebahagian yang sebenar, terimalah hakikat kehidupan ini sangat tertakluk kepada sukatan dan ketentuan Tuhan yang Maha Berkuasa. Hati yang benar-benar dapat merasai kehendak Tuhan itulah yang berlaku dan beruntung dalam apa situasi sekalipun, akan menikmati keindahan hidup yang disebut sebagai Al-jannatul 'ajilah, 
( الجنة العاجلة). Syurga yang disegerakan sebelum Syurga yang hakiki. 


Peristiwa atau kejadian yang tidak pernah diduga, yang berlaku di luar diri atau tiada kaitan dengan diri bertujuan untuk menjadi iktibar teladan dan pengajaran. Menjadi peringatan bahawa bila-bila masa sahaja kejadian yang sama boleh menimpa diri. Bila-bila masa tanpa disangka, giliran kita akan menerima nasib yang sama. Oleh itu bersedia dan berwaspadalah. Hari ini kita dikejutkan dengan peristiwa mati beramai-ramai kerana kapal terbang terhempas jatuh. Esok tanpa diduga mungkin giliran kita pula tetapi dengan punca yang berbeza. Esok lusa orang lain pula terkejut mendengar berita kematian kita kerana tercekik tulang, atau jatuh katil, atau dilanggar lori, atau kita langgar lori dan sebagainya.
Tuhan berbuat tidak mengira siapa. Di sisi Tuhan seluruh makhluk itu sama sahaja. Hidup di dunia ini sementara sahaja bahkan amat sekejap. Akhirat yang kekal abadi. 


Apa sahaja yang Tuhan lakukan ke atas makhluk-Nya kita tidak berhak mempersoalkannya lebih-lebih lagi tiada hak untuk memprotesnya. Tuhan punya kuasa mutlak, terpulang kepada Tuhan untuk berbuat apa sahaja. Hamba hendaklah merasai diri itu adalah hamba dengan serba serbi kekurangan, kedhaifan, lalai, leka dan banyak menderhakai Tuhan. Sekaligus hendaklah merasai bertuhan, iaitu rasa-rasa yang selayaknya bagi Tuhan. Jangan sekali-kali menyalahkan Tuhan atau buruk sangka terhadap Tuhan. Dan jangan mengistimewakan diri sendiri. Ketika gagal dikatakan takdir Tuhan, ketika berjaya dianggap diri pandai, istimewa, luar biasa. Ini sangat tidak beradab dengan Tuhan. Hakikatnya kedua-dua keadaan itu dari Tuhan. Namun sebagai hamba yang wajib beradab dengan Tuhan, maka ketika gagal dirasakan kesalahan dan dosa diri, ketika berjaya anggaplah sebagai anugerah Tuhan.














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N