Langkau ke kandungan utama

PERJUANGAN TIMUR PENGGERAK KEBANGKITAN ISLAM.

PERJUANGAN TIMUR PENGGERAK KEBANGKITAN ISLAM.


Pejuang yang terhibur bersama Tuhan, dapat menjadikan perjuangan yang penuh ceria, optimis, tenang, senang, selamat dan menyelamatkan. Tidak ada keluh kesah, gelisah, putus asa dan kecewa. Adalah sangat bermakna bagi umat Islam seluruh dunia amnya dan di bumi sebelah Timur ini khasnya. Ini adalah kerana kita berada dalam lingkungan jadual Tuhan untuk umat akhir zaman iaitu kebangkitan Islam kali kedua akan berulang di sebelah Timur, di awal kurun di akhir zaman.


Perjuangan Islam di Timur bersambung dengan perjuangan Imam Mahdi. Panduan yang kita perolehi dari Abuya Ashaari At Tamimi dapat memahamkan kita bagaimana untuk meletakkan diri sebagai hamba kepada yang Maha Pencipta. Panduan tersebut boleh jadi bekalan membawa jemaah bani atau keluarga masing-masing berada di atas landasan perjuangan Islam di Timur. Di situlah nanti bakal menemui rahsia kekuatan sebenar perjuangan dari Timur. Menjadikan perjuangan yang menghiburkan kerana mendapat Tuhan. Tuhan adalah Maha Penghibur. 


Malaysia mainkan peranan penting dalam kebangkitan Islam kedua. Membela nasib umat Islam di negara-negara lain. Contoh Malaysia perihatin nasib pelarian umat Islam dari Palestin. Istiqamah bersuara di majlis Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Berdasarkan pengalaman dan pencerahan di atas, yakinlah kita bahawa Allah bersama orang yang berjuang membela agama-Nya. Berlatar belakangkan bangsa Melayu yang belum pernah ada pengalaman menerajui empayar atas nama Islam dan bangsa yang jauh lebih mundur dibandingkan bangsa Barat yang pernah menjajah dunia dan menerajui negara maju yang memiliki teknologi tercanggih masa ini. Kita yakin bahawa apa yang berlaku bukannya manusia yang set tetapi Allah yang catur.


Untuk mengecapi perjuangan kebenaran bertarap sejagat, bersama Imam Mahdi sangat tertakluk kepada persiapan umat Islam. Hakikat kehidupan ini tertakluk kepada sukatan dan ketentuan Tuhan yang Maha Berkuasa. Jadual Allah untuk umat akhir zaman adalah di set oleh Tuhan bukan manusia. Persiapan paling penting ialah umat Islam menyediakan hati yang sangat bergantung dengan Tuhan. Hati-hati yang benar-benar dapat merasai kehendak Tuhan itulah yang berlaku dan merasa beruntung dalam apa situasi sekalipun, akan menikmati keindahan jadual Tuhan. Allah akan masukkan ke dalam hati kita ketenangan, ketenteraman, keselamatan dan sangat terhibur dengan Tuhan. Hati begini di anugerahkan Syurha yang di segerakan ( الجنة العاجلة ).


Pertama banyak perkara yang kita mahu, yang kita inginkan, yang kita idamkan dan menjadi cita-cita kita. Kita berusaha untuk mencapai dan mendapatkannya atau memperolehinya. Kita pun berjaya atau usaha kita itu berhasil. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Tuhan yang menganugerahkan kejayaan itu. Iringilah pula dengan rasa bimbang kerana dengan kejayaan itu sekaligus merupakan amanah, tanggungjawab dan ujian. Tuhan mahu melihat bagaimana hamba-hamba-Nya melaksanakan tuntutan syukur itu. Paling utama ialah tidak merasai kejayaan itu adalah hasil usaha dan kepandaian diri. Bahkan kekal rasa hina, dhaif, tidak upaya dan tidak layak memikul amanah.


Kedua setiap perkara yang diingini, yang diidamkan, setiap kemahuan, impian dan cita-cita, diusahakan untuk mencapainya, tidak semuanya akan berhasil atau berjaya memperolehinya. Banyak yang menemui kegagalan. Bersabar dan terima dengan penuh redha dan rela. Kerana Tuhan yang lebih mengetahui ke atas tiap sesuatu. Semuanya tertakluk kepada sukatan dan ketentuan Tuhan. Suatu kegagalan mungkin dilihat negatif oleh manusia namun di sebalik itu tersimpan berbagai hikmah yang hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Terlalu banyak hikmah, iktibar, didikan dan pengajaran Tuhan di sebalik kegagalan itu. Bersyukurlah kerana Tuhan menyimpan berbagai kebaikan disisi-Nya. Mudah-mudahan dengan kegagalan itu akan kekal rasa dan sifat kehambaan, menjadi penghapusan dosa kalau pun tidak sampai meningkat darjat. 


Perkara ketiga, sering juga terjadi perkara yang kita cita-cita, yang kita idamkan dan diusahakan untuk mendapatkannya, namun tersasar dari keinginan asal. Dalam sitausi begini, perasaan yang wajar ialah terimalah hakikat bahawa kita manusia ciptaan Tuhan ini tidak memiliki kuasa mutlak. Yang memiliki kuasa mutlak ialah Tuhan. Lantaran itulah tidak semua dicapai menurut kehendak dan usaha kita. Segala usaha itu tidak lebih dari menghadirkan sebab yang di-Syariatkan Tuhan. Itu pun dengan maksud supaya manusia mendapat pahala dari usaha tersebut. Yakinlah tiada yang sia-sia dari setiap yang Tuhan anugerahkan serta yakinlah bahawa itulah yang terbaik untuk kita, cuma kita tidak mengetahui dan memahaminya. Setiap sesuatu adalah di bawah takluk dan pentadbiran Tuhan. Di situ kita mendapat pengajaran bahawa kalau kita ada kuasa, tentulah kita akan memperolehi apa yang kita mahukan. Manusia paling berkuasa tetap tidak terlepas dari mengantuk, sakit, bencana alam, dikutuk dan dihina orang, tua, uzur dan mati. Apabila mati, manusia lain yang menguruskannya untuk disemadikan di dalam tanah. Selepas tua tidak upaya pula untuk menempuh padang Mahsyar, Hari Hisab dan akhirnya ke Syurga  atau ke Neraka.


Keempat, kita juga perlu menerima hakikat bahawa kita juga berusaha menghindari banyak perkara seperti sakit, kemalangan, kegagalan, ada yang berjaya dan ada yang gagal. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang gagal. Di sini juga kita dapat merasakan bahawa Tuhan mengawal dan menfadbir tiap-tiap sesuatu. Tuhan Maha adil yang melakukan sesuatu ke atas hamba-hamba-Nya penuh berhikmah. Sedikit sahaja hikmah yang dapat diselami, sekadar yang dapat difikirkan oleh akal yang amat terbatas.


Kepelbagaian keadaan yang Tuhan lakukan kepada manusia itu yang paling utama Tuhan mahu manusia sentiasa merasa bertuhan, tidak putus hubungan dan pergantungan kepada yang Maha Berkuasa. Ketika susah dapat dirasakan didikan Tuhan kepadanya, maka bertambah pula azam untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Ketika susah, gagal, sakit, musibah, bencana, terasa pula cubitan kasih sayang dari Tuhan dan sekaligus sebagai suis otomatik dari Tuhan untuk hamba-Nya berpaling kepada Tuhan. Andainya memahami hakikat ini, alangkah indah dan beruntungnya kerana setiap situasi tidak putus dari rasa kehambaan dan rasa bertuhan.


Kelima satu aspek yang mungkin amat jarang disedari oleh manusia iaitu terlalu banyak perkara dan peristiwa yang telah, sedang dan akan berlaku adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas atau terfikir. Sama ada sesuatu perkara, kejadian dan peristiwa itu berkait secara langsung dengan kita atau tidak kena mengena dengan kita. Keadaan ini yang paling banyak berlaku. Kalau ada yang mahu memikirkannya sering terhenti setakat kajian sebab dan akibat. Sekadar berfikir tentang punca sesuatu perkara atau peristiwa itu berlaku. Amat jarang bahkan hampir tiada yang mahu mengaitkan dengan Tuhan. Jarang atau hampir tiada yang mahu melihat dan merasakan bahawa Tuhan yang menjadikan tiap-tiap sesuatu.


Sebab akibat memang merupakan ketentuan atau sunnah
Allah (سنة الله). Namun apakah sebab itu bukan dari Tuhan? Sesuatu akibat yang bermula dari sebab, sedangkan sebab itu Tuhan juga yang datangkan untuk menghasilkan akibat. Tuhan hendak menghasilkan kesembuhan dari sebab ubat, ubat itu juga datangnya dari Tuhan. Tuhan hendak kenyangkan manusia dengan sebab makan, makanan itu juga dari Tuhan dan Tuhan yang ciptakan makanan. Tuhan yang tadbir dengan menentukan jenis benda yang hendak dimakan. Ertinya tidak pula boleh makan sebarang benda seperti batu, kayu, plastik atau besi. Lima situasi kehidupan inilah di antara maksud hidup bersama Tuhan. Penjelasan ringkas ini sudah memadai untuk memahamkan kita bagaimana untuk meletakkan diri sebagai hamba kepada yang Maha Pencipta. Di situlah nanti bakal menemui rahsia kebahagian yang sebenar. 




   




 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N