Langkau ke kandungan utama

BANGKIT DAN BANGUN MEMBENARKAN JANJI ALLAH.

BANGKIT DAN BANGUN MEMBENARKAN JANJI ALLAH.


Putra Jaya menjadi pusat pentadbiran negara Malaysia. Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.


Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.


Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi telah berjaya menanamkan cita-cita memperjuangkan Islam kepada keluarga dan masyarakat mendidik benci dengan hal-hal yang bercanggah dengan Islam. 


Padahal tahun pertengahan 60 puluhan dunia dakwah terlalu asing dalam masyarakat. Suasana persekitaran adalah tidak munasabah untuk menimbulkan rasa ingin memperjuangkan Islam, lebih-lebih lagi masyarakat masih berbangga dan berkiblat kepada dunia Barat.

Firman Allah:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ .

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali-Imran,3:104).


Bila kita hendak berbuat untuk kebangkitan Islam, berbuat untuk Allah dan Rasul tidak cukup hanya dengan semangat -semangat sahaja.  Apapun yang hendak kita lakukan, asasnya kena ada ilmu. Samalah juga dengan berjuang, sebelum hendak berjuang, kena ada ilmu. Jadi dengan ilmu itu, kena difahami. Dengan faham, baru boleh melaksanakan. Mana mungkin asal kita hendak berdakwah dan berjuang, tanpa ilmu dan faham agama. Sebab itu banyak orang termasuk cerdik pandai ada yang tersasar dalam berjuang. Sebab ilmu tak tepat, jauh sekali dari faham. Namun satu hakikat mesti diakui, bahwa untuk mencapai hal itu tidaklah semudah yang kita rasakan dan gambarkan. Di samping penentang dan musuh yang pasti tidak akan mengalah dan duduk diam sahaja. Musuh tidak akan mengalah dengan kita. Dan perlu diingat bahawa musuh kita ini akan gunakan segala macam cara dan stratigi untuk halang kebangkitan Islam. Inilah yang membuat pertarungan orang beriman menghadapi mereka menjadi sangat berat. 


Di samping kita usahakan ilmu, bila cita-cita Islam tersemat di jiwa, kita akan mencari-cari apa lagi yang menjadi perhatian Tuhan kepada kita. Antaranya apa lagi yang membawa berkat dalam kehidupan ini. Malaysia mendapat berkat kerana menjadi tapak kebangkitan Islam di Timur. Bumi ini diberi berkat daripada langit dan bumi. Berkat pada hasil buminya, pada penghuninya, pada ilmunya, pada anak-anak dan zuriatnya, pada isterinya, pada suaminya, pada sahabat handai dan jiran, pada gurunya, berkat dakwahnya, berkat ajarannya, berkat pimpinannya dan sebagainya. Semua nya mendapat berkat. Ini jelas sekali dalam ayat: 

“Jikalau penduduk sebuah kampung (atau sebuah negara) itu beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat daripada langit dan bumi.” (Al A’raf, 7:96).


Berkat maknanya bertambah atau subur. Apabila dikatakan hidupnya berkat, maknanya hidupnya penuh dengan kemuliaan, ketenangan, kebahagiaan dan penuh dengan pahala. Hartanya berkat, harta yang tidak putus-putus dapat disalurkan kepada kebaikan dan berpahala walaupun dia bukan orang kaya. Ilmunya berkat, maknanya ilmu yang dimilikinya itu dapat diamalkan, bertambah dan dapat dimanfaatkan kepada kebaikan serta menambahkan pahala.


Badannya yang sihat yang dikatakan berkat itu adalah badan yang dapat digunakan untuk kebaikan. Dengan kesihatan badannya itu, digunakannya untuk jihad fisabilillah, untuk khidmat kepada masyarakat dan dapat menambahkan pahalanya. Masanya berkat ialah masa yang Allah untukkan padanya, dapat digunakan kepada kebaikan. Dia tidak buang masa percuma dengan perkara yang melalaikan. Umurnya berkat, mungkin umurnya bertambah. Kalaupun umurnya tidak bertambah, tetapi umur yang diberikan kepadanya itu akan menambahkan pahala. Rezekinya berkat yakni rezeki yang tidak putus-putus sekalipun tidak kaya, yang dapat digunakan untuk kebaikan dan dapat menambahkan pahala.


Berkat pada anak-anaknya atau zuriat ertinya, anak-anak dan cucu cicit berjaya menjadi anak-anak yang soleh, yang menjadi penyejuk mata hati. Berkat pada isterinya atau suaminya, iaitu isteri tersebut atau suami itu soleh dan solehah, yang dapat mengingat dan memimpinnya selamat di dunia dan di Akhirat. Berkat pada sahabat handai dan jiran, ertinya mendapat sahabat yang baik-baik dan ramai pula yang membantu perjuangannya untuk menegakkan kebenaran. Berkat pada gurunya, iaitu dia mendapat guru yang soleh yang dapat memimpin dan memandunya selamat di dunia dan Akhirat.


Berkat berjuang di era kebangkitan Islam. Bonos besar bila kita bela Allah dan Rasul di era kebangkitan Islam, buat satu kekuatannya Tuhan beri seperti sepuluh kekuatan. Beruntunglah bagi orang yang mengikut arus kebangkitan Islam yang telah Tuhan tetapkan. Moga kita termasuk orang yang mendokong negara Malaysia sebagai tapak empayar Islam. Siapapun menolak atau menentang agenda ini ertinya ia menolak agenda Tuhan untuk kebangkitan Islam sekali lagi. Dia bukan berdepan dengan jadual manusia tetapi berdepan dengan jadual Tuhan. Sekalipun musuh musuh Tuhan tidak menyukainya. Usaha usaha musuh Tuhan tetap akan gagal.


Membuat khidmat dengan mansyarakat. Satu usaha yang sangat didorong oleh Islam. Bila kita berbuat di era kebangkitan ada bonos dari Tuhan. Kesan penerimaannya lebih lagi. Manusia  senang menerima dakwah kerana ada bonos dari Tuhan untuk kebangkitan Islam. Buat satu Tuhan bagi sepuluh berkat kebangkitan Islam.


Apa yang di makasudkan dengan khidmat masyarakat ialah melakukan kebaikan atau kebajikan untuk masyarakat oleh individu, jemaah atau pemerintah. Hasil wujudnya khidmat masyarakat adalah, segala keperluan dan masalah dalam masyarakat umum akan terbela dan selesai. Masyarakat dapat hidup tenang, aman damai, bahagia dan selesa.


Khidmat masyarakat sangat dituntut oleh Islam. Ini berdasarkan perintah-perintah Allah dan Rasul SAW. 

Firman Allah:

 ۖ فَٱسْتَبِقُوا۟ ٱلْخَيْرَٰتِ ۚ

"Berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan."
 (Al-Baqarah, 2:148).

Firman Allah:

 وَجَٰهِدُوا۟ بِأَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ

Dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah 
(At Taubah,9:41).


Oleh kerana perjuangan Islam itu adalah terpaksa sibuk, berkorban, terkorban, menghabiskan masa, berhadapan dengan kesusahan dan cabaran, terpaksa mengkesampingkan kepentingan diri.


Yakin dan percaya kepada Allah lalu beramal. Itulah dia agama. Percaya  akan hari pembalasan, lalu berbuat sesuai dengan kepercayaan, itulah  agama. Kalau dibuat hanya karena ikut-ikutan, itu bukan agama namanya. Orang yang beragama orang yang membawa rasa dan keyakinan. Kesan daripada ilmu rasa inilah dapat melahirkan sifat-sifat mukmin yang sejati. Rasa hati yang terus diperhaluskan membentuk sikap manusia yang lahir di tengah-tengah kehidupan. Yakni orang mukmin itu pada lahirnya saja bersama-sama manusia tetapi hatinya bersama Allah. Badan lahirnya sibuk mentadbir dunia tetapi hatinya sibuk dengan Allah. Melalui mujahadah yang berterusan dan panduan yang tepat ini membantu membentuk peribadi mukmin pilihan. Mereka yang di gelar oleh Rasulullah SAW :
"IKHWAN ku di akhir zaman.


Orang Islam yang hidup matinya untuk Islam. Faham apa yang diperjuangkan. Bersungguh-sungguh mengamalkan
di dalam diri mereka dan keluarga mereka, memberi seluruh jiwa raga, masa dan harta untuk Allah dan Rasul. Mereka sanggup berhadapan dengan sebarang risiko, bahkan mati di dalam perjuangan itu memang ditunggu-tunggu. Syahid adalah idaman mereka. Golongan ini amat sedikit dan darjatnya lebih tinggi  dari ahli ibadah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N