Langkau ke kandungan utama

UMAT ISLAM TERPIMPIN IBARAT PASUKAN BOLA SEPAK.






UMAT YANG TERPIMPIN IBARAT PASUKAN BOLA SEPAK.



Firman Allah:

وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَإِنَّ حِزْبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلْغَٰلِبُونَ

Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.
(Al-Maidah, 5:56).


Kebangkitan Islam kali kedua ini adalah era "DUNIA BARU ISLAM". Ertinya selepas ini adalah giliran Islam menerajui dunia. Abuya telah pun menyediakan tapak kebangkitan Islam di Timur. Menyediakan masyarakat yang siap untuk mendokong Islam. Cara Abuya menyiapkannya ialah dengan mendidik masyarakat dan ahli keluarganya melalui kesedaran dan pendekatan dakwah. 


Abuya persiapkan anak-anaknya ibarat satu team bola sepak. Setiap pemain ada tugas dan peranan masing-masing. Penyerang dan pertahanan, fungsi utama mereka ialah untuk merampas (merebut) bola dari pihak lawan, mengawal bola, dan menghantarnya kepada penyerang, dan mungkin turut menjaringkan gol. Penyerang tugasnya mendapatkan gol. Penjaga gol pula tugasnya menjaga gawang. Begitu juga pemain-pemain yang lain. Ada yang dibahagian pertahanan. Ada dibahagian sayap. Ada dibahagian playmaker. Kita tidak boleh marahkan penjaga gol kerana tidak pernah skor gol. Itu bukan kerja dia. Tetapi, penjaga gol dan pemain-pemain lainlah yang banyak mengumpan bola kepada penyerang untuk dia mendapatkan gol.

Quran dan Sunnah menjadi panduan dalam kehidupan. Umat Islam yang jadikan dua sumber tersebut tidak akan sesat. Umat Islam akan terpandu dengan Quran dan sunnah dalam pelaksanaan untuk tujuan keredhaan Tuhan. Team pelaksana yang dibina tersebut dalam Al Quran ia dikatakan parti Allah – hizbullah. Mana-mana pergerakan atau perjuangan dengan pelbagai nama atau pengenalan. Samaada dikenali berbentuk jemaah thoifah, jemaah Bani atau jemaah tariqat, atau jemaah pondok, atau kelompok-kelompok kecil yang perjuangkan Islam. Mereka mempunyai cita-cita Islam. Berjuang ke satu arah matlamat iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Berada di bawah satu kepimpinan atau di bawah seorang pemimpin sama ada pemimpin itu ditunjuk oleh Tuhan atau pun tidak. Mendapat ilmu dari sumber yang satu iaitu dari pemimpin di dalam jemaah itu. Ilmunya pula mencakup pelbagai aspek ilmu untuk membangunkan berbagai-bagai sistem dalam jemaah dengan tujuan mendapatkan keredhaan Allah SWT.


Moto "ikhwan Rasulullah" menjadi bahan dan silibus dalam Abuya mendidik keluarganya dan masyarakat. Melalui mujahadah yang berterusan dan panduan yang tepat ini membantu membentuk peribadi mukmin pilihan. Hati sahabat ialah hati yang sangat menunggu janji Allah. Hati ikhwan ialah hati yang sangat menunggu janji Allah. Abuya memandu dan mendidik keluarga dan masyarakat menunggu janji Tuhan, teruskan menunggu. Hati yang berharap itulah dibawa kemana mana. Begitulah hati para ikhwan di akhir zaman. Mereka dapat membawa Tuhan kemana-mana. Ini membawa maksud bahawa di mana sahaja mereka berada dan pada setiap masa dan ketika, mereka rasa bertuhan. Iaitu merasa Tuhan sentiasa melihat, sentiasa mendengar, sentiasa mengetahui tentang lahir dan batin dan sebagainya. Dalam erti kata yang kita disuruh rasa bertuhan dalam semua keadaan. 


Abuya membina jati diri keluarganya dan masyarakat ia juga membawa maksud keteguhan seperti kayu jati yang kuat dan teguh hingga boleh diukir tanpa ia patah. Kayunya pun tahan lama, tidak lapuk dan tidak dimakan anai-anai atau bubuk. 
Perabut yang diperbuat dari kayu jati tahan dan boleh digunakan turun temurun. Kayu jati adalah pilihan ia juga digunakan untuk bahan pembangunan yang mahal dan bermutu tinggi. Begitulah ibarat ikhwan diakhir zaman . Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,

“AKU TERSANGAT RINDU KEPADA PARA IKHWANKU.”

Maka bertanyalah para sahabat, “Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?”

Rasulullah SAW menjawab, “Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku.”

Kalaulah begitu sekali rindunya Rasulullah SAW kepada Ikhwan-Ikhwannya, sudah pastilah Ikhwan itu orang-orang yang juga SANGAT MERINDUI Rasulullah SAW.


Ikhwan adalah individu yang dibantu Tuhan. Para Ikhwan adalah kelompok yang dibantu Tuhan. Bagaimana kita hendak mengenal satu team yang cemerlang.

Pertolongan dan bantuan yang Tuhan bagi ke atas individu yang bertaqwa mudah dilihat dan dikesan. Tetapi pertolongan dan bantuan yang Tuhan bagi di atas dasar sebuah jemaah sukar hendak di kesan. Ini kerana pertolongan dan bantuan Tuhan itu dirata dan dipelbagaikan. Ada ahli jemaah yang dijadikan kaya, ada yang diberi ilmu. Ada yang penyantun dan berkasih sayang. Ada yang pandai membuat perhubungan. Ada yang pandai mendidik. Ada yang pandai mentadbir dan sebagainya. Seperti juga di dalam sesebuah masyarakat, akan berlaku saling bantu membantu, kuat menguat dan perlu memerlukan kerana jemaah itu hakikatnya adalah sebuah masyarakat yang kecil.

Ikhwan akhir zaman……………

Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,

"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku." 


Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,

"Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?" Baginda SAW menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali). 
(Muslim).


Rasulullah SAW, ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini:

"Apabila azan sang muazin, berserulah dia, 'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA juga ada menceritakan mengenai sifat istimewa Ikhwan ini, dalam hadis berikut yang maknanya kira-kira begini:


"Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku, ialah manusia yang hidup sesudahku. Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat ingin melihatku, (sehingga sanggup menjual) dengan anak isteri dan seluruh harta bendanya."



Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA,

"Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu." Muslim

Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA menyebutkan kira-kira begini:

"Sentiasa ada satu golongan daripada umatku, (mereka) memperjuangkan kebenaran, selalu memperoleh kemenangan sampailah ke hari kiamat. Maka turunlah Nabi Isa bin Maryam AS (kepada mereka). Maka berkatalah pembesar mereka (Imam Mahdi) kepadanya, "Marilah ke hadapan, imamkan sembahyang kami." Jawabnya, "Tidak. Sesungguhnya sebahagian kamu menjadi umarak bagi yang lain." Inilah suatu penghormatan daripada Allah untuk umat ini." Muslim

Dari Abdullah RA, katanya: 
"Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW menanyakan, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seorang yang mencintai suatu kaum, sedangkan dia belum pernah bertemu dengan kaum itu?" Rasulullah SAW menjawab, "Orang itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu."

( Muslim).


Ikhwan adalah gelaran yang diberikan oleh Rasulullah saw kepada umatnya di akhir zaman sehinggakan para sahabat menangis kerana tidak mendapat gelaran tersebut dari Rasulullah saw kerana ia hanya diberikan khas untuk umat akhir zaman sahaja oleh itu semoga sebahagian hadis dan kata-kata sahabat di atas dapat memberi satu semangat kepada kita agar sama-sama kita merebut gelaran itu seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah saw kepada kita.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N