Langkau ke kandungan utama

ORANG MUKMIN SEJATI IBARAT BATU BATA.

ORANG MUKMIN SEJATI IBARAT BATU BATA.



Apa yang di maksudkan orang mukmin sejati itu ibarat batu bata. Orang mukmin sejati dapat membantu kembalikan semula peranan manusia. Tuhan datangkan manusia ke muka bumi ada dua peranan. Setiap manusia yang berada di atas kebenaran iaitu membawa manusia kembali kepada Tuhan.  Selain itu dia berkhidmat kepada masyarakat. Berkhidmat kepada masyarakat ialah melakukan kebaikan atau kebajikan untuk masyarakat oleh individu, jemaah atau pemerintah. Hasil wujudnya khidmat masyarakat adalah, segala keperluan dan masalah dalam masyarakat umum akan terbela dan selesai. Masyarakat dapat hidup tenang, aman damai, bahagia dan selesa.

Firman Allah:

             ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ ٱلذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوٓا۟ إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ ٱلنَّاسِ 

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya mereka berhubung dengan Allah dan adanya mereka berhubung dengan manusia. 
(Ali-Imran,3:112).

Khidmat masyarakat sangat dituntut oleh Islam. Ini berdasarkan perintah-perintah Allah dan Rasul SAW. 

Firman Allah:

 ۖ فَٱسْتَبِقُوا۟ ٱلْخَيْرَٰتِ ۚ

"Berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan."
 (Al-Baqarah, 2:148).

Firman Allah:

 وَجَٰهِدُوا۟ بِأَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ

Dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah 
(At Taubah,9:41).

Mereka dapat mengasihi saudara se-Islam bagaikan saudara kandung. Tepat seperti yang dikehendaki oleh Al Quran.
Firman Allah:

إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Al Hujurat,49:10).


Orang mukmin ibarat batu bata yang tersusun, simenlah pengikatnya. Ini penting, kerana rahmat dan kejayaan hidup bergantung kepada faktor itu. Sebab itu kita lihat zaman Rasulullah bersatu padu dan saling berkasih sayang. Hasil didikan Rasulullah, kaum muslimin menjadi seperti satu keluarga; bahkan satu badan. Ini digambarkan dalam hadis:

(( مَثَلُ المؤمنين في تَوَادِّهم وتراحُمهم وتعاطُفهم: مثلُ الجسد، إِذا اشتكى منه عضو: تَدَاعَى له سائرُ الجسد بالسَّهَرِ والحُمِّى ))
[أخرجه البخاري ومسلم عن النعمان بن بشير]

Maksudnya: Kasih sayang orang mukmin itu ibarat satu badan. Yang mana kalau satu anggota sakit, maka anggota yang lain turut sakit hingga terpaksa berjaga malam.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Yakin dan percaya kepada Allah lalu berkasih sayang sesama manusia itulah amalan orang mukmin. Yakin dan amal itulah dia agama. Percaya  akan hari pembalasan, lalu berbuat sesuai dengan kepercayaan, itulah  agama. Kalau dibuat hanya karena ikut-ikutan, itu bukan agama namanya. Orang mukmin adalah orang yang beragama orang yang membawa rasa dan keyakinan. Kesan daripada ilmu rasa inilah dapat melahirkan sifat-sifat mukmin yang sejati. Rasa hati yang terus diperhaluskan membentuk sikap manusia yang lahir di tengah-tengah kehidupan. Yakni orang mukmin itu pada lahirnya saja bersama-sama manusia tetapi hatinya bersama Allah. Badan lahirnya sibuk mentadbir dunia tetapi hatinya sibuk dengan Allah. Melalui mujahadah yang berterusan dan panduan yang tepat ini membantu membentuk peribadi mukmin pilihan. Mereka yang di gelar oleh Rasulullah SAW :
"IKHWAN ku di akhir zaman.

Orang Islam yang hidup matinya untuk Islam. Faham apa yang
mereka perjuangkan. Bersungguh-sungguh mengamalkan
di dalam diri mereka dan keluarga mereka, memberi seluruh
jiwa raga, masa dan harta untuk Allah dan Rasul. Mereka
sanggup berhadapan dengan sebarang risiko, bahkan mati
di dalam perjuangan itu memang ditunggu-tunggu. Syahid
adalah idaman mereka. Golongan ini amat sedikit dan
darjatnya lebih tinggi daripada ahli ibadah.

Tuhan mahu kita hidup bersatu padu, bergotong royong, berkasih sayang, bertolong bantu dengan Iman dan Islam sebagai pengikat. Ibarat batu bata yang tersusun, simenlah pengikatnya.

Para pejuang yang berjaya kembalikan semula peranan manusia bukanlah disebabkan atau hasil dari usaha mereka. Kejayaan yang berlaku keseluruhannya adalah dari iradah dan kuasa Allah semata-mata. Apabila berlaku kejayaan, Allahlah yang menjayakan mereka. Kejayaan yang berlaku keseluruhannya adalah anugerah dari Allah. Allahlah yang turun tangan untuk memberikan kejayaan itu kepada mereka.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N