Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

MEMAKAI SERBAN SUNNAH RASULULLAH SAW.

Serban Nabi mempunyai nilai tersendiri di mata para sahabat yang menjadi perawi pertama dari Nabi sehingga mereka memerhatinya pada baginda dan menceritakannya kepada generasi selepas mereka. Para ulama dan muhaddithin juga bersikap serupa sehingga mereka meletakkan satu bab yang khusus dalam kitab hadis atau sunan mereka menyentuh tentang serban Nabi s.a.w.. Di antara hadis-hadis yang akan kita temui dalam rujukan-rujukan hadis muktabar tentang serban Nabi s.a.w. ialah; a) Jabir bin Salim r.a. menceritakan; إن رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم دخل مكة وعليه عمامة سوداء “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memasuki Mekah dengan memakai serban berwarna hitam”. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah). Berkata Ibnu Hajar; “Warna hitam di sini seakan-akan menunjukkan fungsi kepimpinan Rasulullah s.a.w. pada hari yang bersejarah ini dan boleh jadi juga warna hitam di sini bukan satu perkara yang menjadi matlamat (yakni hanya kebetulan sahaja)”. Berkata Ahmad Abdu

UMAT ISLAM TERHIMPIT DENGAN SISTEM PENJAJAH.

UMAT ISLAM TERHIMPIT DENGAN SISTEM PENJAJAH. Penjajahan secara rohani dan maknawi lebih berkesan. Inilah bentuk penjajahan yang diamalkan oleh British terhadap tanah-tanah jajahannya termasuk Malaysia (Malaya). Hendak medeka dari penjajahan bentuk inilah yang paling sukar. Ia seperti musuh yang masuk dalam kelambu. Rakyat sudah menganggap penjajah itu kawan dan sahabat.  Penjajah diberi kepercayaan penuh. Ini adalah lebih merbahaya. Penjajahan bentuk ini dilaksanakan seperti berikut: 1. Melalui ideologi  Ideologi diasak ke dalam benak dan pemikiran umat Islam melalui psikologi dan pendidikan hingga ia menjadi satu amalan, pegangan dan aqidah umat Islam. Malahan ia sampai mengatasi agama. Malahan dalam semua sistem hidup yang berlandaskan ideologi. Sistem Islam ditolak ketepi. Malahan sistem hidup cara pemerintahan dan perundangan Islam dicemuh dan dihina. Rakyat mengaku Islam tetapi pemikiran dan cara hidup mereka tidak ada bezanya dari cara hidup kafir penjajah. 2. Melalui ilmu penget

KEBANGKITAN ISLAM SELAMAT DAN MENYELAMATKAN

KEBANGKITAN ISLAM SELAMAT DAN MENYELAMATKAN Umat Islam sudah tidak peduli sama sekali dengan hadiah dari Tuhan pada umat manusia di kurun ini. Apalagi di akhir zaman ini di mana Allah janjikan melalui lidah RasulNya akan adanya kebangkitan Islam kali kedua yang akan dipimpin oleh Imam Mahdi. Padahal bila kita lihat sejarah, tidak ada orang yang dapat sampai pada tujuan dan matlamatnya iaitu Tuhan, tanpa dibimbing oleh orang yang dekat dengan Tuhan. Lihatlah para sahabat Rasulullah SAW. Bukan saja individu- individu  mereka dapat berubah menjadi pribadi-pribadi yang agung, tetapi mereka juga dapat mengubah masyarakat hingga terbinalah masyarakat agung yang mendapat pujian dari Allah SWT. Kalaulah untuk mendapatkan taqwa para sahabat itu sendiri dibimbing oleh Rasulullah SAW, apalagi kita yang hidup di akhir zaman ini yang sudah terlalu jauh dari rasulullah SAW.  Mungkin ramai umat Islam yang belum lagi menyedari betapa amat pentingnya mencari pemimipin penyelamat. Kalau kita hanya meman