Langkau ke kandungan utama

KEBANGKITAN ISLAM SELAMAT DAN MENYELAMATKAN

KEBANGKITAN ISLAM SELAMAT DAN MENYELAMATKAN



Umat Islam sudah tidak peduli sama sekali dengan hadiah dari Tuhan pada umat manusia di kurun ini. Apalagi di akhir zaman ini di mana Allah janjikan melalui lidah RasulNya akan adanya kebangkitan Islam kali kedua yang akan dipimpin oleh Imam Mahdi. Padahal bila kita lihat sejarah, tidak ada orang yang dapat sampai pada tujuan dan matlamatnya iaitu Tuhan, tanpa dibimbing oleh orang yang dekat dengan Tuhan. Lihatlah para sahabat Rasulullah SAW. Bukan saja individu- individu  mereka dapat berubah menjadi pribadi-pribadi yang agung, tetapi mereka juga dapat mengubah masyarakat hingga terbinalah masyarakat agung yang mendapat pujian dari Allah SWT. Kalaulah untuk mendapatkan taqwa para sahabat itu sendiri dibimbing oleh Rasulullah SAW, apalagi kita yang hidup di akhir zaman ini yang sudah terlalu jauh dari rasulullah SAW. 



Mungkin ramai umat Islam yang belum lagi menyedari betapa amat pentingnya mencari pemimipin penyelamat.
Kalau kita hanya memandang dari sudut pembangunan material, orang yang tidak kenal Tuhanpun, Allah izinkan untuk berjaya membangunnya. Tetapi untuk membangun rohaniah, bukanlah hal yang mudah yang tentu bukan sembarang orang dapat membuatnya. Ketika dunia sedang dilanda kerosakkan di mana-mana, ketika dunia memerlukan sentuhan tangan Tuhan, Allah kirimkan pemimpin yang bertaraf Nabi dan Rasul. Di akhir zaman ini Rasul dan nabi sudah tidak ada lagi. Tetapi dengan kasih sayang Tuhan untuk menyelamatkan manusia, maka Tuhan turunkan mujaddid penutup. Malangnya tidak hanya orang biasa dan awam yang tidak memperdulikan tentang mujaddid penutup ini, bahkan ulama dan orang-orang yang tahu hadist tersebut, juga bersikap tidak peduli. Padahal merupakan kasih sayang dan hadiah dari Tuhan untuk membaiki kerusakan yang sudah dibuat oleh umat manusia. 



Kedatangan seorang pemimpin penyelamat membawa satu kaedah, cara teknik dan metoda baru yang sesuai di kurunnya, bertujuan untuk memperbaiki apa yang rosak di waktu itu. Metode itu hanya berkaitan hal-hal yang telah rosak sahaja. Supaya yang rosak itu dapat dibetulkan dengan menggunakan metode yang baru. 



Di kurun ini semua masalah sudah wujud. Sistem pemerintahan sudah rosak, masyarakat rosak, rakyat rosak, ibadah rosak, aqidah rosak, akhlak rosak, tauhid rosak, ekonomi rosak, politik rosak, dan macam-macam lagi yang sudah rosak. Sebab itu kedatangan pemimpin penyelamat di kurun ini tentulah keadaannya lebih sulit lagi. Apabila hendak membetulkan semua perkara tadi, ertinya semua golongan yang terlibat dalam kerosakan itu seakan-akan menjadi penentang kepada kedatangan mujaddid ini. Karena terlalu besarnya kerosakkan yang terjadi di era globalisasi, sains dan teknologi yang canggih ini, maka Allah utus mujaddid penutup untuk membaikinya dan menyempurnakan kebangkitan itu. Pemimpin Penyelamat itu adalah Imam Mahdi. Bila semua sudah rosak, artinya semua golongan yang terlibat akan merasa terancam dengan kedatangan mujaddid penutup ini. Tetapi dengan ilmu ilham yang diberikan oleh Allah dan ketaqwaan yang dimiliki oleh mujaddid tersebut, Insya Allah ia akan sanggup membaiki kerosakan yang ada.



Para ikhwan dan asoib adalah kelompok pejuang yang menjadikan Timur tapak perjuangan mereka. Kelompok ini Tuhan telah persiapkan untuk bersama Imam Mahdi. Mereka
senentiasa menanti dan bersedia untuk mendokong pemimpin penyelamat tersebut. Jadual Allah adalah satu dasar yang dijadikan pedoman dan panduan dalam perjuangan Timur yang selamat dan menyelamatkan.



Ianya merupakan satu kebangkitan kesedaran untuk mendaulatkan dan merealisasikan Islam di atas muka bumi ini setelah jatuh selama 700 tahun. Kali ini Islam akan bangkit sekali lagi dan ianya takkan kalah lagi. Kalau kita berjuang di waktu Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan di dunia tetap Allah nilai dengan ganjaran pahala, dan jika mati ketika membela Allah dan Rasulullah dikira mati dalam kebaikkan. Betapalah kita ditakdirkan berada di kurun yang dijanjikan, Islam sekali lagi akan diberikan kemenangan sebagaimana di zaman Rasulullah SAW dan salafussoleh.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N