Langkau ke kandungan utama

UMAT ISLAM TERHIMPIT DENGAN SISTEM PENJAJAH.

UMAT ISLAM TERHIMPIT DENGAN SISTEM PENJAJAH.


Penjajahan secara rohani dan maknawi lebih berkesan. Inilah bentuk penjajahan yang diamalkan oleh British terhadap tanah-tanah jajahannya termasuk Malaysia (Malaya). Hendak medeka dari penjajahan bentuk inilah yang paling sukar. Ia seperti musuh yang masuk dalam kelambu. Rakyat sudah menganggap penjajah itu kawan dan sahabat.  Penjajah diberi kepercayaan penuh. Ini adalah lebih merbahaya. Penjajahan bentuk ini dilaksanakan seperti berikut:

1. Melalui ideologi 

Ideologi diasak ke dalam benak dan pemikiran umat Islam melalui psikologi dan pendidikan hingga ia menjadi satu amalan, pegangan dan aqidah umat Islam. Malahan ia sampai mengatasi agama. Malahan dalam semua sistem hidup yang berlandaskan ideologi. Sistem Islam ditolak ketepi. Malahan sistem hidup cara pemerintahan dan perundangan Islam dicemuh dan dihina. Rakyat mengaku Islam tetapi pemikiran dan cara hidup mereka tidak ada bezanya dari cara hidup kafir penjajah.

2. Melalui ilmu pengetahuan

Ilmu pengetahuan dalam ideologi telah mengambil alih ilmu Islam. Semua ilmu semata-mata menghala ke dunia. Semua ilmu semata-mata untuk dunia. Tidak ada ilmu tentang Tuhan, tentang Akhirat, tentang Syurga dan Neraka, tentang syariat dan akhlak. Akhirnya umat Islam hilang iman, hilang Tuhan dan hilang akhlak. Umat Islam terputus dengan Tuhan dan terputus dengan agama. 


Orang Islam yang berjaya mendapat ilmu dunia dan ilmu ideologi di sanjung, diberi jawatan dan gaji yang tinggi. Orang ini pula merasa bangga, megah, sombong dan tinggi diri. Kerana sudah tidak ada Tuhan dan tidak ada agama dalam hidup mereka, mereka terjebak dengan maksiat dan kemungkaran. Kehidupan seperti ini terus jadi budaya. 


Kalau ada pun yang hendak belajar ilmu agama, diduniakan dan disekularkan ilmu agama itu hingga yang ada ilmu agama pun lebih cinta dunia dari cinta Tuhan. Ilmu agam itu disempitkan dan dijuruskan ke dalam jurusan-jurusan yang kecil-kecil hingga ia tidak lagi berkesan untuk mendidik rakyat. Orang belajar agama pun untuk tujuan mendapat sijil dan jawatan. Ilmu agama diduniakan. 


Bila ideologi dan ilmu seperti ini diterima dan dijadikan amalan dan cara hidup umat Islam, maka umat Islam terhimpit dan tersepit dengan sistem hidup ciptaan penjajah. 
Sistem Islam tidak dapat diamalkan lagi. Segala sistem hidup terpaksa mengikut sistem penjajah yang jelas adalah ciptaan Yahudi dan Nasrani yang tentunya bercanggah dengan syariat Tuhan. Ini tepat seperti amaran yang Allah berikan dalam Al Quran yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya, tidak akan redha Yahudi dan Nasrani kepada engkau (ya Muhammad),sehingga engkau mengikut cara hidup mereka."(Al Baqarah, 2:120).


Maka rosaklah kehidupan umat Islam. Rosak ekonomi, rosak kebudayaan, rosak pendidikan dan sebagainya. Sepatutnya umat Islam berekonomidengan penuh kasih sayang, penuh pembelaan, penuh khidmat dan bertolong bantu tetapi terpaksa berekonomi dengan sistem riba dan kapitalis yang hanya mementingkan untung, yang menekan dan menindas. Sepatutnya umat Islam berkebudayaan dan berhibur dengan kebenaran untuk mendapat hidayah dan ketenangan jiwa tetapi diajarkan hawa nafsu. Sepatutnya umat Islam dididik mencintai Tuhan dan bekerja untuk mendapat redhaTuhan tetapi diajar oleh penjajah supaya umat Islam dididik untuk jadi pencinta dunia. 


Tetapi umat Islam tidak sedar. Mereka terbuai dengan kegembiraan menyambut kemerdekaan tahun demi tahun dengan berbagai-bagai aktiviti yang tidak berfaedah. Hakikatnya, mereka masih dan tetap terjajah. Rohani dan pemikiran mereka, hatta kehidupan mereka sendiri terus terjajah. Mereka terus terikat dengan pemikiran dan sistem hidup penjajah. Mereka tetap jauh dari cara hidup Islam yang Tuhan mahu. Bagaimanakah umat Islam kini akan dapat keluar dan terlepas dari penjajahan rohani dan maknawi seperti ini? Penjajah telah lama pergi tetapi hakikatnya penjajahan terus berlaku. Kita pun sangsi, kemerdekaan apakah sebenarnya yng kita sambut tahun demi tahun itu?


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N