Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

DUNIA DALAM PANDANGAN ISLAM.

Madinah Munawwarah di kenali dengan masjid Nabawi. Madinah juga di kenali dengan ladang kurma yang bermutu tinggi. Perjalanan dari Madinah ke Mekah lebih kurang 424 kilometer kalau hendak gambarkan jarak KL- Kota Bharu lebih kurang 474 kilometer kurangkan 50 kilometer. Ladang kurma ini terletak berhampiran dengan Jabal Bhaida ataupun dikenali juga dengan nama bukit magnet. Kalau sesiapa yang pernah datang sini insyAllah tahu tentang satu kawasan yang bila kita naik kereta dan free kan gear,kereta itu akan ditarik oleh bukit magnet tu dan boleh berjalan sendiri hingga mencapai kelajuan 80km/jam.       Berlatar belakangkan Banjaran Uhud,ladang kurma ini betul-betul mengembalikan nostalgia Rasulullah dan para sahabat satu ketika dulu. Menurut ceritanya,ladang kurma ini dulu ialah milik seorang sahabat Rasulullah iaitu Saidina Zubair Al Awwam. Moga keberkatannya teruslah mengalir hingga ke detik ini. Jemaah Abuya Ashaari At Tamimi telah menyewa ladang kurma tersebut dari orang te

DUA MUSUH BATIN MANUSIA.

     Semasa manusia berada di alam roh, semua setuju dan menerima apa yang Tuhan tentukan. Contoh, manusia kena menyembah Tuhan, semua mengatakan setuju, tiada pertelingkahan, tiada pergaduhan. Apa yang datang dari Tuhan diterima oleh akal dan hati. Manusia adalah hamba Tuhan dan diminta menyembah Tuhan, akal bersetuju dan hati pun bersetuju. Buktinya, kalau ada orang yang memanggil kita, saudara adalah hamba Allah. Secara automatik hati dan akal kita dapat terima. Bahkan kita rasa seronok, puas hati dan bangga menjadi hamba Allah. Sedangkan bila orang panggil kita, saudara ni hamba isteri, hamba dunia, hamba duit.  Mendengar panggilan itu tentu  kita menolak dan marah. Firman Allah:                                              أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَآ ۛ   "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi".  (Al-A'raaf,7:172). Ayat Quran ini menunjukkan bahawa di alam roh, semua manusia