Langkau ke kandungan utama

DUNIA DALAM PANDANGAN ISLAM.




Madinah Munawwarah di kenali dengan masjid Nabawi. Madinah juga di kenali dengan ladang kurma yang bermutu tinggi. Perjalanan dari Madinah ke Mekah lebih kurang 424 kilometer kalau hendak gambarkan jarak KL- Kota Bharu lebih kurang 474 kilometer kurangkan 50 kilometer. Ladang kurma ini terletak berhampiran dengan Jabal Bhaida ataupun dikenali juga dengan nama bukit magnet. Kalau sesiapa yang pernah datang sini insyAllah tahu tentang satu kawasan yang bila kita naik kereta dan free kan gear,kereta itu akan ditarik oleh bukit magnet tu dan boleh berjalan sendiri hingga mencapai kelajuan 80km/jam. 
     Berlatar belakangkan Banjaran Uhud,ladang kurma ini betul-betul mengembalikan nostalgia Rasulullah dan para sahabat satu ketika dulu. Menurut ceritanya,ladang kurma ini dulu ialah milik seorang sahabat Rasulullah iaitu Saidina Zubair Al Awwam. Moga keberkatannya teruslah mengalir hingga ke detik ini. Jemaah Abuya Ashaari At Tamimi telah menyewa ladang kurma tersebut dari orang tempatan.
     Takrif "dunia" mengikut pandangan Islam ialah apa jua perkara atau amalan yang faedahnya tidak membawa kepada akhirat, hanya habis di dunia saja. Dengan kata lain, dunia ialah sesuatu yang tidak membolehkan kita mencapai keredhaan Allah. Ertinya Allah tidak redha. Jadi kalau perkara itu diredhai Allah, maka ia disebut akhirat. Yakni dunia yang sudah diakhiratkan. 

DUNIA LADANG AKHIRAT.

     Dunia ini adalah tempat untuk kita bekerja. Secara analoginya, mari kita ibaratkan dunia ini seperti suatu ladang, dan tanamannya adalah amal. Manakala akhirat itu pula adalah tempat untuk kita mempersembahkan hasil tanaman kita. Mana mungkin, apabila kita kata dunia itu ibaratkan ladang, tapi kemudiannya kita hanya sekadar duduk diam, bersenang lenang, terbuai lena dengan nikmat harta dan kuasa, games, movies, perempuan, dan sebagainya. Daripada Ibnu Umar r.a beliau berkata :  “Rasulullah s.a.w memegang dua bahuku sambil bersabda :”Jadilah kamu didunia ini seolah-olah kamu adalah orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan. Apabila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu diwaktu pagi. Dan jika kamu berada diwaktu pagi, janganlah kamu menunggu diwaktu petang. Manfaatkanlah kesihatanmu sebelum sakitmu dan hidupmu sebelum datangnya kematianmu.”  [HR Bukhari]

     Ada menjadi benih yang baik: Taqwa adalah benih yang baik bagi ladang akhirat. Supaya benih Taqwa dapat memberi manfaat dan kebaikan, benih taqwa itu mesti ditanam hingga ia tumbuh menjadi pokok yang ada batangnya, dahan, ranting, daun, bunga dan akhir sekali buahnya. Buah taqwa itulah hasil yang boleh dinikmati di dunia dan di Akhirat. Kalau benih taqwa itu disimpan dan tidak ditanam maka ia tidak akan tumbuh. Maka tidak akan ada hasil atau buahnya untuk dinikmati. Benih akan hanya tinggal benih. Benih tidak akan berguna kepada sesiapa kalau ia tidak ditanam dan tidak tumbuh hingga mengeluarkan buah. Begitu juga kalau benih itu ditanam di tempat yang salah seperti di tanah yang tidak subur, di tanah berlumpur, di tanah berpasir atau berbatu. Pokoknya tidak akan tumbuh. Kalau tumbuh pun, ia tidak akan subur dan tidak akan menghasilkan buah.

     Banyak daripada pokok yang ditanam tidak sempat berbuah atau buahnya tidak semanis yang dijangkakan. Tuhan memperingatkan bahawa apa juga yang manusia tanam di dunia buah yang sempurna muncul di akhirat. Buah yang manis, masam atau beracun akan dirasai dengan sempurna setelah berlaku kiamat. Apa yang diperolehi di dalam dunia lebih banyak bersifat bayangan yang menipu-daya.
     Rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan adalah benih taqwa. Bagaimanakah dapat kita tanam benih taqwa ini hingga tumbuh batangnya, dahan, ranting, daun, bunga dan buahnya. Kalau kita tidak pandai menanam benih taqwa ini, bagaimanakah kita hendak dapat pokok dan buahnya? Setelah kita faham rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan, termasuk rukun-rukun tambahan atau rukun dalam rukun di dalam rukun-rukun itu, macam mana hendak kita buat supaya ianya mendatangkan hasil.

     Supaya Islam kita itu rendang dan lebat buahnya. Dilihat indah dan orang gemar dan rindu padanya. Kalau Islam benar-benar ditegakkan atas dasar taqwa, ia akan kelihatan cantik dan indah. Orang kafir pun akan suka dan rindu dan tidak tertahan-tahan untuk masuk Islam. Orang kafir tidak akan menghina Islam kerana fitrah manusia itu tidak akan menghina sesuatu yang murni dan indah kecualilah orang kafir yang hasad dengki dan berfikir kalau dia masuk Islam, dia akan rugi.

     Untuk mempastikan benih taqwa itu ditanam sampai tumbuh dan melahirkan pokok dan buah, itulah kerja kita setiap hari. Dari bangun tidur hingga kita kembali tidur. Dalam kerja dan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita oleh kerajaan atau jemaah, sama ada sebagai pengarah, pegawai, pengurus, kerani, petugas, guru dan sebagainya di berbagai bahagian dan jabatan. Kalau kita membahu mahu ambil tanggungjawab tidak curi tulang, tidak buang masa, kerja kita bersungguh-sungguh, ada kasih sayang, tetamu dan pelanggan dilayan dengan baik, berkerja pula di atas syariat Tuhan kerana takut dan cinta Tuhan, maka itu menanam benih taqwalah namanya. Ia akan melahirkan batang, dahan, ranting, daun, bunga dan buah taqwa. Itu baru tugas kita yang rasmi. 

     Apatah lagi dalam apa yang kita buat di dalam hidup kita seharian yang berbentuk tidak rasmi. Di sini lagi banyak benih taqwa yang dapat kita tanam. Contohnya, kalau nampak sampah di premis, kita buang. Kita nampak duri, paku, serpihan kaca atau najis diperjalanan, kita buang. Kita mentadbir dan mendidik keluarga. Kita berjiran. Kita berkawan. Amalan yang dilakukan benar-benar ikhlas. Niat yang baik. Ilmu yang memberi manfaat. Sedekah jariah. Mendidik anak menjadi yang soleh. Itu semua adalah menanam benih taqwa. Ertinya sudah ada benih yang baik untuk ladang akhirat.

BAJA UNTUK LADANG AKHIRAT.

     Dunia yang menjadi ladang akhirat juga memerlukan baja. Dunia di ibaratkan seperti bangkai. Dalam hukum feqah bangkai adalah najis. Baja organik ialah baja yang terhasil dari najis ayam / kambing / lembu dan lain-lain haiwan termasuk manusia. Ada juga yang terhasil dari reputan tumbuhan dan tulang – dipanggil baja kompos . Baja kompos sangat baik untuk pokok. Dunia juga di ibaratkan tempat bercucuk tanam. Hasilnya akan di petik dan di makan di Akhirat. Dunia ibarat najis maka kita jadikan ianya baja maknawiah untuk menyuburkan pokok Akhirat. Harta yang di sedekahkan. Sabar dengan kehinaan dan cercaan orang ke atas diri kita. Redha dengan ujian yang Tuhan datangkan ke atas diri kita.


DUNIA ADA YANG JADI PENYAKIT.

     Suka menzalimi orang lain. Di antara bentuk dunia yang jadi penyakit, menzalimi orang lain. Bukan mudah untuk kita menzalimi orang lain. Tanpa ada apa-apa pasal, tidak mungkin kita boleh menzalimi orang lain. Kerana orang lain itu bukan hidup sendiri-sendiri di muka bumi ini. Dia ada Tuhan. Tuhan menjaganya. Tuhan melindunginya. Kita tidak boleh berbuat sembarangan terhadapnya. 

     Kalau seseorang itu berjaya menzalimi orang lain, sebenarnya dia telah menzalimi dirinya sendiri dan telah membuat dosa hingga Tuhan murka kepadanya. Maka orang yang menzalimi orang lain harus sedar bahawa kezalimannya adalah berpunca dari dosanya sendiri dan bukan salah orang yang dizalimi. Kezalimannya itu hanya untuk menyempurnakan kemurkaan Tuhan terhadapnya. Lagi banyak dan dahsyat kezalimannya, lagi bertambah murka Tuhan kepadanya. Makin dia zalim, makin bertambah geramnya, makin bertambah dendam kesumatnya, makin tidak puas hatinya. Sudah zalim, mahu lebih zalim lagi. Dia tidak puas dimurka Tuhan. Contoh yang lain suka marah-marah orang. Mengumpat orang lain.  Suka mengikrab orang lain. Suka bersangka jahat dengan orang lain.

DUNIA YANG MENJADI HIJAB KE AKHIRAT.

Dunia yang menjadi hijab ke akhirat. Tidak nampak jalan menuju akhirat. Contoh kisah Tha'labah asalnya terlalu miskin, hingga bertukar pakain dengan isteri ketika hendak solat. Bila sudah menjadi kaya kufur dengan Tuhan. "Cinta dunia punca segala kesalahan". Contoh terlalu berkira-kira dan dari situ timbul masalah-masalah yang lain pula.

Firman Allah:

وَمَن كَانَ فِي هَٰذِهِ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِي الْآخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًا

Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya. (Al Israa,17:72).

     Sesiapa ketika di dunia buta mata hatinya, dan ketika hidup di dunia tidak menemui jalan kembali kepada Tuhan, sesudah matinya pun tidak menemui jalan. Kesesatan jalan di akhirat lebih menggerunkan daripada buta mata di dunia. Apa juga yang manusia mahu usahakan maka dunia inilah kebunnya. Kehidupan dalam dunia inilah yang menentukan nasib manusia ketika sakratul maut, dalam alam kubur, di Padang Mahsyar, di Hisab, di atas jambatan menyeberangi neraka dan pada kehidupan yang abadi. Perbezaan di antara dunia dan akhirat hanya satu sahaja, iaitu di akhirat ada peluang untuk melihat Tuhan secara terang-terangan, sementara di dunia melihat Tuhan melalui hijab-hijab. Urusan Islam, iman, tauhid dan makrifat selesai di dalam dunia ini juga. Apa yang diperolehi di dunia ini itulah yang akan dibawa ke akhirat.

SAJAK CINTA DUNIA
Apabila Dunia Dicintai
Apabila dunia dicintai
Maka ia akan dijadikan matlamat hidup
Dunia pun menjadi buruan dan rebutan
Bila ia dijadikan rebutan
timbullah saingan dan perlawanan
Saingan dan perlawanan itu
akan membawa perbalahan dan permusuhan
Di dalam perebutan timbullah hasad dengki
jatuh-menjatuhkan, khianat-mengkhianati
Kemuncaknya pergaduhan
membunuh dan peperangan
Lebih-lebih lagi yang merebut itu para ulama
pemimpin dan orang-orang kaya
Maka krisis kerana dunia lebih hebat lagi
berlaku di dalam kehidupan
Maka punahlah kasih sayang
hilanglah timbang rasa
Persaudaraan hilang, simpati gersang
kerjasama terpaksa
Hidup nafsi-nafsi pun subur dan menjadi budaya
Masing-masing menjaga kepentingan diri sendiri
Hidup harmoni, kasih sayang, bertimbang rasa hilang
Akhirnya semua manusia di dunia
hidup di dalam ketakutan dan penderitaan
Cuma ketakutan dan penderitaan
di antara satu sama lain tidak sama
Orang miskin susah
kerana tidak ada yang hendak dipakai
dan yang hendak dimakan
Yang sakit terbiar
tidak ada wang untuk berubat
Ulama-ulama dihina
dan tidak dihormati lagi
Guru-guru, ibu bapa tidak dikasihi
Anak-anak atau rakyat jelata
tidak akan disayangi
Orang-orang kaya dibenci
harta mereka akan dirompak dan dicuri
Nyawa mereka sentiasa terancam
Para-para pemimpin tidak dihormati dan ditaati
Bahkan menjadi sasaran permusuhan
dari rakyatnya
Maka dunia pun menjadi neraka
kerana penyakit cinta dunia

Selepas Asar
14 - 07 - 2000 AFT.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N