Langkau ke kandungan utama

NEGARA SYAM.



NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA)


Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan 
peninggalan purba yang berusia 
ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam.


Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain.



Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain.


Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat Laut Arab Saudi, Selatan Syria, Barat Iraq dan Timur Palestin. Keluasannya mencecah 89, 342 km persegi meliputi bukit bukau, tanah-tanah mendatar dan padang pasir yang luas dan persisir pantai Laut Merah yang terletak di bandar Aqaba. 


Di samping itu, persisir pantai Laut Mati (Dead Sea) yang menjadi antara tempat yang paling banyak dikunjungi pelancong asing dan tempatan juga terletak di negara ini negara Palestin.Dalam pengertian geografi yang luas, Palestin merujuk kepada kawasan yang merangkumi wilayah-wilayah Palestin, di samping sebahagian daripada Jordan,


Lubnan.dan Syria serta
Israel. Dalam pengertian yang sempit pula, ia merujuk kepada kawasan di dalam sempadan bekasMandat British Palestin (1920-1948), di sebelah barat Sungai Jordan.


Di bumi Syam juga terdapat
Palestin.Hari ini, Palestin boleh digunakan untuk merujuk kepada Negara Palestin yang dicadangkan olehPihak Berkuasa Palestin yang berpusat di WilayahTebing Barat.


Negara Syria moden. Syria
banyak melahirkan tokoh -tokoh yang berwebawa.Antaranya 
Syeikh Said Hawwa, Syeikh Mustafa al-Zarqa, Mustafa al-Siba’iy dan  Abdul Fatah Abu Ghudah. Syeikh Abdullah al-Hariri, seorang guru bidang Hadis, Syeikh Abdul Wahab, guru dalam fikah Hanafi dan  Syeikh tarikat Mala’ Ramadan al-Buti, bapa kepada Muhammad Said Ramadan al-Buti dan lain lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...